Selasa, 27 Januari 2009

Roti bebola bergula


Dalam berdiet sempat men curi curi buat roti muahahaha... :P lembut dan gebuss, mmg sedap, mcm biasalah kita tak reti nak letak resepi tp cilok resepi org ajerr, resepi ni dr MyR, terima kasih puan punyer resepi cik choppy.. :D copy n paste ajer ya malas nak naip :P..


Bahan-bahan ( 26 biji )

* 200g tepung roti
* 4g yis kering
* 20g gula halus
* 3g garam
* 10g skim milk
* 20g shortening
* 130cc air
mentega dan gula halus secukupnya

Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan bertanda * ke dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat kulit roti. Tekan butang 'ON'
Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker. Tekan adunan untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 26. Buatlah bentuk bulat.
Biarkan roti naik 2 kali ganda.
Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 12-15 minit.
Bila dah masak, sapukan dengan mentega dan taburkan dengan gula.

Tiada ulasan: