ads/iklan

Selasa, 1 Mei 2012

Khao Mok Gai aka Thai Style Chicken N Yellow Rice

_DSC0070-1
KHAO MOK GAI

Assalamu`alaikum wbt, salam selasa buat semua :-),

Minta ampun ni menu hari sabtu masa buatkan utk bbsitter yg dtg jaga ank2 kita masa ketiadaan kita laki bini hihihi.... kira menu diner utk bbsitter n ank2 kita, senang nak buat ni nmpk mcm leceh tp sedap. Kenal nasi ni masa kita jalan2 g pasar terjumpa backstreet stall halal yg jual nasi briyani thai ni lerr, kalau tgh hari dah abis daaaa mcm kedai sup yg kita pergi beli tu jugak :D Tapi kat kedai ni dia siapkan dgn salad sekali, sedap jugak saladnyer tp takde jumpa pulak resepi salad dia. Ramai blogger dah cuba? anataranye Tun Telani, tun post pasal nasi ni terus nak buat jugak, lepas tu nmpk saba yg kat dubai pun dah buat, semakin teringat ingat rasa nasi briyani thai ni, lwnkan dgn air cuka dia, mabelesss. Yang ni kita goggle2 n untuk air cuka tu kita ambik kat blog 3 hungry tummies, mmg samaaaaaaa air cuka dia dgn kat kedai tuu, sedap mmg! Nasi dia pun serupaaaa cuma kita campurkan beras siam dgn beras basmathi :D

Nasi ni lebih kurang mcm nasi ayam goreng kalau tak silap, resepi dr makcik manggis tp makcik manggis ambik dr blog tummy jugak. Terpulang nak guna resepi yg mana yg pasti mmg nasi ni sedap tp jgn makan selalu :D ok ok, tak leh lama sbb hari ni budak2 sekolah n kena pergi sekolah, tp pagi ni sibuk dgn ninja ada urusan berdua sahaja ehehehe...

Untuk resepi nasi n air cuka dia tu pergi kat link yg kita dah letak kat bwh tu ya :-) Akhir sekali SELAMAT HARI PEKERJA buat semua yg bekerja n juga buat suri rumah yg tiada cuti, TERIMA KASIH juga setiap kunjungan, dan insyaAllah kita buat kunjung balas bila free nanti ya :-) Semoga semua org dlm lindunganNya selalu insyaAllah aminnnnn...

KHAO MOK GAI/THAI STYLE CHICKEN N YELLOW RICE
RICE n CHICKEN RECIPE : HERE
SAUCE RECIPE : 3 HUNGRY TUMMIES

Ingredients:(Bahan-bahan)

For the marinade:(Bahan Untuk Perapan)

  • 4-6 pcs bone chicken (4-6 ketul peha ayam atau part lain pon ok)
  • 3 bay leaves (3 Helai daun Salam>>betul ke daun salam? :D kita guna yg kering)
  • 1 tbs turmeric (1 sb serbuk kunyit)
  • 1 tbs ground corriander (1 sb serbuk ketumbar)
  • 1 tbs curry powder (1 sb Serbuk kari>>yg ni kita guna serbuk kari thai, guna serbuk kari ayam pun ok)
  • 1 tbs cumin powder ( 1 sb serbuk jintan putih)
  • 1 tbs ground cinnamon (1 sb serbuk kayu manis>>yg ni kita kurangkan 1/2 sb)
  • 2 tbs sugar (2 sb gula>> kita guna 1 sb gula sahaja)
  • 1 tsp salt (1 sk garam)
  • 2 cups milk or half & half ( 2 cwn susu segar atau cair>>kita guna 1 cwn, 1/2 cwn susu segar dan 1/2 cwn susu cair)
For the rice: (Untuk Nasi)
  • 3 cups uncooked rice (3 cwn beras>>kita campurkan dgn basmathi)
  • 2 1/2 cups water/broth (2 1/2 cwn air/ Stok ayam>>kita guna stok ayam)
  • 1 tbs salted butter (1sb mentega>>kita gunakan minyak sapi)
  • 4 medium size shallots (4 ulas bwang merah saiz sederhana)
  • 2 bay leaves ( 2 helai daun salam)
  • 1 tsp turmeric ( 1 sk serbuk kunyit)
  • 1 tsp curry powder (1sk Serbuk Kari)
  • 1 tsp ground cumin (1 sk serbuk jintan putih)
  • 1 tsp ground corriander (1sk serbuk ketumbar)
  • 1 tsp ground cinnamon (1 sk serbuk kayu manis>>yg ni kita guna stick)

Preparations: (Cara-cara)

For the marinade: (Untuk perapan ayam)

Coat chicken with all ingredients. Refrigerate for an hour or overnight. (Satukan semua bahan-bahan perap dan sapukan ke seluruh peha ayam dan perapkan semalaman atau 1 jam atau lebih>>yg ni kita perap 2 jam sbb tak cukup masa)

For garnishing: (untuk hiasan)

Heat vegetable oil in a saucepan. Add half of the shallots and fried till golden brown. Set some aside for garnishing. (Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan separuh dr jumlah bawang merah yang di gunakan tadi hiris dan goreng hingga perang, separuh di tinggalkan utk hiasan dan separuh lagi di biarkan dlm kuali untuk proses seterusnya)

For the rice: (Untuk Nasi)

Heat butter in a sauce pan with the remainder of the shallots. Add all the spices and fried till fragrance. (Panaskan mentega di dalam kuali yang digunakan untuk menggoreng bawang awal tadi dan separuh bawang goreng tadi, masukkan semua rempah dlm kuali dan tumis sehingga naik bau)

Stir in uncooked rice until combine and spread it in the rice cooker. (Masukkan beras yg di bsauh terlebih dahulu di dalam kuali tadi dan kacau sehingga rempah yang di tumis tadi sekata, kemudian pindahkan ke dalam periuk nasi)

In a separate saucepan, heat 1 tbs butter. Add shallots and marinade chicken. Brown chicken on both sides. Chicken should still be under cooked but nice and brown on the outside. (di dalam kuali yang berasingan, panasakan 1 sb mentega, masukkan lebihan bawang merah dan ayam perapan tadi. Gorengkan ayam tadi dgn api sederhana sehingga ayam tadi separuh masak dan bertukar warna perang di luarnya, balikkan dan matikan api)

Arrange the brown chicken pieces around the rice dish in the rice cooker. Add water/chicken broth. You will need just enough water/broth to cover about 2 inches above the rice surface. Let them cooked in the automatic rice cooker until done. ( Masukkan ayam yang di goreng dgn butter tadi ke dalam periuk nasi, letakkan di atas nasi yg telah di tumiskan tadi. Masukkan air/stok ayam mengikut sukatan atau bergantung dengan periuk nasi masing2, kemudian masak nasi mcm biasa sehingga masak)

If you don’t have a rice cooker, spread the rice in a deep dish, oven proof pan. Arrange the chicken pieces around the dish, cover with water/broth. Cover the dish and bake at 350 for about 40 minutes. Check in between to see if the rice is drying out. If so, add more water/broth and gently toss. (Kalau takde periuk nasi atau nak gunakan mangkuk pyrex utk oven, masukkan beras dan ayam dlm mangkuk pyrex tadi, tambahkan air sehingga menutupi beras dan tutup mangkuk tadi dan boleh bakar dgn suhu 350f selama 40 minit atau sehingga masak)

_DSC0072_DSC0071
curah air cuka dia tu byk2 mmg tersgt sedap :D

SAUCE (Sos/Air Cuka)

Ingredients: (Bahan-bahan)>>kita buat stgh adunan ajer
  • 2 green chilies (3 tangkai lada hijau>>kita guna cili merah )
  • 5 cm knob of ginger (5 cm halia)
  • 3 stalks of coriander (3 tangkai daun ketumbar)
  • 3 spring onion (3 tangkai daun bwg)
  • 1/3 cup of castor sugar (1/3 cwn gula kaster)
  • 1/3 cup of white vinegar (1/3 cwn cuka)
  • salt to taste (garam secukup rasa)
  • 1 tbs of water (1sb air)
Method:

Chop all the herbs and aromatics finely and set aside. Place sugar and water in a bowl and microwave for a minute, add in the vinegar. Add chopped ingredients into the sugar and vinegar mixture, check for seasonings. (Cincangkan halus semua bhn2 kecuali air, gula, grm dan cuka. Masukkan gula kaster dan air di dalam mangkuk tahan panas, masukkan dalam microwave lebih kurang 2 minit dan masukkan cuka. Kemudian masukkan pula bahan2 yang telah di cincang halus tadi kedalam cecair cuka dan gula tadi, gaul dan perasakan)

_DSC0074

32 ulasan:

asyifamustaffa berkata...

as salam kak...selamat pagi...
Amboi..! Dasatnya resepi........hehe...
Baca resepinya dri atas ke bwah....hu....mcm mencbar jugak nie....sy bab2 masak nasi + lauk nie kerajinan tu kurang la skit kak...kene ambik auranya ni.....hehe...

Aisya berkata...

As salam..wah ni.resipi ori dr Bangkok..sedapnye.. Jah ni pagi2 dah tayang gambar yg menggodaa!

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Ika..

Amboiii..hidangannnnn...Kalah hidangan untuk santapan raja sehari ni^_^..

Ada lempuk lak kat bawah tu..hehehe... Nampak en hubby akak ni, dia suruh akak buat nanti.. Buatnya pun bukan susah kan. malas jer lebih... Sama ler resepi lempuk tu dgn yg mak akak ajar..Mak akak ajar tak bubuh apa2 tepung. Ada org letak tepung sikit..Akak suka yg cam ika buat ni..Nyumm...

ummiaisyah berkata...

sawadikappp...akak dtg nk tumpg mkn...keless la nasi ini...ayam tu mesti sedap gilerzzz

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam ija...waduhhhhhh!ngancam sungguh menu arini.Nk tumpang makan pon...ija jauhhhhhhhhhhhhh.
Camna tu?org baik dmm ngidam nih..hikhik

Ayam berkata...

salam Ija...sedapnya lauk pauk awak hari nie. Teringin saya nak merasanya.hahaha.nampak best sangat.

TopsyTurvyMum berkata...

Salam Ika...
Akak ambik mood nasi komok kat sini dulu haha..Akak plan nak buat petang ni utk dinner pas terliur tgk nasi ni kat rumah Hasue semalam.

Tanpa Nama berkata...

rasa cam dah lama tak ninggal komen kat belog lagu sentimental nih. tetibe nak carik bantal. ikikiki... memula akak jumpa nasi nih kat blog yana saiful, siap akak ngendeng lagi rempah komok tu.yana siap poskan lagi, tapi akk lupa duk simpan jek dlm es box.. adehh. pastu, akak jumpa kat belog anna qwina.. pas tun buat lagi ler cam gian jugak nak rasa..ni pulak nampak nasi derai2 gitu kat sini.. rasa skrg jugak nak singsing kain batik nak ke dapur. hakhakhak. singsing lak kan. auuww seksi nanti. nak ikat ketat2..bagi perut nmpak kecik skit. kakakakaa

angelina jolie.. a.k.a miss spam

izahdaut berkata...

spam jugak la komen akak ni dik. grrrrr

izahdaut berkata...

aikk guna nama sendrik tak spam pulak. aduhhhhh.. punya panjang komen guna nama cik anon, dia spam, guna nama sendrik elok jek keluar.. aaaarrgghhh menaikkan napsu amarah ku..huhu

Nuwairani berkata...

assalamualaikum kak ika...dah 2 hari kite duk termimpi2 nasi biryani...tapi belom sampai seru nak buat....serius! teringin sangat nak makan...nanti nak pakat dengan kawan2 la baru masak ni.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, Ija. Waaaa, nangis alak. Hari sabtu buat, hari selasa baru dapat tengok. Huwaaaaaaaaa, makin nangis bila tengok ayam tu, sedapnya dicecah air cuka tukannnn

Kek Kawin berkata...

Salam ika...rajin..panjang menu hari ni..mintak cikit..sedap noo...

dZana berkata...

akk kene ambik cuti panjang kalau masak2 cam ni.. hahahaha... sebab mcm kene berkuntau jer kt dapur.. simpan dulu resepi yer adik ika.. muaahhh..

tun_telani berkata...

morning kak ika!! nasi komok versi original ke nii kak?? mesti lg sedap dr versi olahan kan? nnti nk try jugak lah..

quinnie berkata...

hehhehhe.adehhh sian si izah...bleh dpt title makcik spam gini...hahhahah....sabar izah...sabar..kekeek

kita teringin nak buat nasi ni tapi tak dek daun salam....agak2 ada beza byk ke? ish...nak beli yg kering makcik bukannya reti...huhuhu

Amie berkata...

Ikaaa.....
lambatlah pulak kapalterbang nak landing ni... adeeeehhh kita ni jauh berbaris kat belakang! Kempunanlah nak makan (adooiiii susah aku nak sebutnya... terbelit lidahku).
Cantik betul nasinya tu... menggoda!

ibundo berkata...

salam ika. Baru dua hari lepas kpah but nasi ayam. tapi yang ni nampak lain cara dan menggoda. Pasti akan dibuat ni nanti..

HaSue berkata...

ijah,ni resepi lain lg ke? Kalo tgk bhn2 x jauh beza kot ek..tp tang smbl jer lain...lenkali bleh try ni pulak..basmathi ade lg tu..hihi

sabar dubai berkata...

waduh kak ika...dr subuh td lgkitenk try komen xdpt...ni dah terlewat tinggal densha pon xpela kan.....bilekak ika tayang nimcm nk buat balik je..try sos cuka ni plak mesti best kann hehee

Yatie berkata...

waduhhh terliur yg amat tngk set nasi Ika ni...betul2 buat akak lapar yg teramat sangatlah..grrrrr...

Nuwairani berkata...

baru siap study resepi...nak tanya ni..bila masa pulak ada bawang merah ni? takde pulak di bahagian bahan2. ke kite yg salah tengok. (punyelah study resepi. tapi tak tahulah bila nak buat ni)

Hanis MY berkata...

salam ika.. sawadeekaa... eh tetiba feeling thai... ssh nya nk masak..pengsan tgk resipi huhu... tapi nampak sgt super duper mebeles!

Cheq Sue berkata...

dah buat jugak nasi ni lunch tadi, tapi x semeriah ika punya...buat versi orang bujang...memang meletopsssss sungguh

Rahel berkata...

Waw..sedapnya...menyelerakan betul...nak satu pinggan la..hehe..

Nuridah berkata...

Assalamualaikum Ika sayang!!

aduh dh mlm2 baru kak Nur dpt ngadap computer....tapi berbaloi gitu sebab dpt cuci mata ngan hidangan Ika yg sedap ini...masuk list dulu...nite Ika...tidur mimpikan akak boleh??

Rohah berkata...

waduh2..ngancem nih, ngenncess sume aderr..sepiring boleh ke?

Watierman berkata...

Assalam...sanagt cantik presentation menu mu Dik Ikaaa ooi Akak yang tak makan ayam pun terasa kesedapan masakan Dik Ikaaa ni ha!!...nanti2 nak try jugak buat untuk family Akak!Boleh ya Dik???Nanti Bila nak buat Akak c&p dari sini ya!!TQ for sharing!

Unknown berkata...

dah ramai dah yg buat nasi ni...memang menyelerakan.betulx2 buatkan akak lapar tgk nasi kat dapur ika memalam buta kat sini..hehe

Unknown berkata...

Akak jugak yg ketinggalan ni, dah tinggal tulang ayam baru nak dtg dapur Ika.
Dia punya nama panjang daaa....sekali sekala mkn ok kot.

Anna Qawina berkata...

komok? tomok? tomoi..heheh..lambatnya kak komen..nasi ika ni cam lebih sedap dari yg biasa tu kan..lawa lak tu hidang..heeh

Tanpa Nama berkata...

Its not my first time to visit this site, i am visiting this site dailly and get fastidious information from here daily.



Feel free to visit my web blog ... directory for local businesses