ads/iklan

Isnin, 1 Oktober 2012

1 2 3 4>>> Blueberry Chiffon Cake

 BLUEBERRY CHIFFON CAKE

Assalamualaikum wbt sume :-)),

Hari yang baru dan bulan yang baru :-)), Apa khabar semuanya? Moga diberi kesihatan yang baik sepanjang masa insyaAllah!

Sejak hari sabtu kita ada masalah nak mengedit gambar, rasanya laptop ni dah sakit sbb bila guna laptop ninja, ok ler pulak nak kuar gmbrnya, dr ditu mmg dah stress tahap maksima huhu.... Cuba lagi sampai ler ke hari ni mmg nasib kita lerrr agaknya, nak kena ganti lappy baru huh! Bukan tak nak beli yg baru tp lappy kat sini sume tulisan thai lerrr dia punyer butang2 keyboard nii, kita tak suke biar jepun tak pun korea ececece..... dah dpt tangkap apa masalahnya DATANGGGGG lagi satu masalahhhhhh haishh! dugaan kot biar menjadi org yg lebih sabar :-)) Bila post n3 dia tak nak kuar dan nak save pun tak boleh ada error pastu bila klik kat label kek utk n3 yg ni dia cuma kuar n3 yg ini sahaja, dari situ dah nmpk tahap kesabaran kita dah sampai ke kemuncakkkknya, terus shut down ini lappy malas nak online ehehe... Alhamdulillah ni tadi nmpknya dah ok :-))

Untuk resepi ni malas ler nak xplain byk2, buatkan utk bbsitter lagi sabtu lepas ni kita org panggil dia dtg lagi utk jagakan budak2. Kita semak resepi pulak :-)) Resepi dr blog HONEYBEESWEETS88, ikutkan resepi asal sumenya natural tp since kat sini pyh sikit nak dpt blueberry fresh kita guna yg filling punya ajaaaa pastu tmbh kaler pepel kok jadik pekat sgt hihihi.... 

Buat semua pengunjung arah, terima kasih dgn kunjungannya :-)) insyaAllah kita blogwalking malam2 sikit sbb arini tugas menghantar ank ke tuition :-)) Buat penyumbang resepi minta izin utk resepinya juga, tenkiuuuu!!! Utk terjemahan pulak tunggu kita free ya :-)) Salam bertemu kembali dan mudah mudahan tiada masalah lagi hendaknya insyaAllah aminnnnnnn....

ALL NATURAL BLUEBERRY CHIFFON CAKE
Recipe : HONEYBEESWEETS88

Ingredients for Fresh Blueberry Chiffon Cake (21 to 23 cm diameter):
Egg Yolk Mixture:

  • 5 egg yolks (5 biji kuning telur)
  • 100g of fresh blueberry compote (*see note)>>Yg ni kita gantikan 120g blueberry filling, masak sekejap atas api n letak jus lemon lebih kurang 2 sb)
  • 60ml fresh milk (60ml susu segar)
  • 80 ml corn oil (80ml minyak jagung)
  • 70g sugar (70g gula, nak kurangkan pon boleh tp rasanya tak pyh sbb dah sedap :-)) )
  • 130g Cake flour (130g Tepung kek>Tepung Ros)
  • 3 g salt (3g Garam)
*Note: Place 100g of fresh blueberry, 1 tsp fresh lemon juice and 2-3 tbsp caster suagr in a saucepan and cook mixture at low heat. Stir constantly and cook till the blueberries have burst and ozzed out it's juices. Once it thickens about 8 minutes, remove from fire and let cool for use later. (Dalam periuk kecik, masukkan 100g blueberry segar, 1st air perahan lemon dan 2-3 sb gula caster. Masak dengan api perlahan dan sentiasa di kacau sehingga blueberry segar td lembut dan mengeluarkan jusnya, jgn terlalu hancur. Apabila adunan pekat lebih kurang 8 minit, matikan api dan tunggu sehingga sejuk sebelum digunakan)

Egg White Mixture:

  • 5 egg white (5 biji putih telur)
  • 10g cornflour  (10g tepung jagung)
  • 70g sugar (70g Gula)




Method:
  • In a large mixing bowl, add in all of the egg yolk ingredients and mix well till everything is well incorporated and smooth. (Di dalam mangkuk yang besar, masukkan ke semua adunan utk kuning telur tadi dan kacau sehingga sebati. Yang ni kita gunakan whisk)
  • Preheat the oven to 175C. (Panaskan Oven dengan suhu 175c)
  • In another mixing bowl, add in all the egg white and beat using a mixer at medium speed till foamy. Without stopping the mixer, gradually add in the sugar and beat till stiff peaks. Turn the mixer to lowest speed, add in corn flour and beat till combined. ( Di dalam mangkuk besar yang lain, pastikan mangkuk bersih dr sebarang air atau minyak, masukkan putih telur dan terus memukul dengan kelajuan tinggi sehingga berbuih. Tanpa menghentikan mizer, masukkan gula dan sambung memukul sehingga adunan putih telur menjadi kental. Perlahankan mixer dan masukkan tepung jagung dan kembali memukul sehingga adunan sebati.)
  • Gently fold a quarter portion of the white mixture into the yolk mixture till well combined. Then add the yolk mixture to the white mixture and gently fold everything together till all is incorporated. (Dengan menggunakan kaedah kaup balik, masukkan 1/3 adunan putih telur ke dalam mangkuk yg berisi adunan kuning telur tadi dan kaup balikkan sehingga sebati, masukkan lagi adunan putih telur ke dlm adunan kuning telur tadi dan kaup balikkan adunan sehingga sebati dan buat sampai adunan putih telur tadi habis, gaul sebati.)
  • Pour the batter into a tube pan (no grease or non stick please) and place in the preheated oven to bake for 30 to 35 minutes. Tester comes out clean and it's ready. (Tuang adunan ke dalam loyang chiffon (JANGAN sapukan minyak atau  non stick) dan masukkan ke dlm oven yg telah di panaskan tadi dan bakar sehingga masak lebih kurang 30-35 minit. Dengan menggunakan bamboo skewer cucukkan dasar kek utk pastikan kek masak, jika keluarnya bersih boleh matikan api, jika masih melekat boleh sambung memasak sehingga masak) 
  • Remove from oven and immediately invert it to cool. Do not invert/ remove cake from pan until completely cooled. (Keluarkan dr oven dan terbalikkan loyang sehingga kek betul2 sejuk sebelum di keluarkan dr loyang)

     
     alhamdulillahhhhh! dia punyer blueberry berterabur ehehe..

17 ulasan:

Chik Mimi berkata...

cipon lagiiiiiiiii

JaSSNaNi berkata...

rajinnye mensyipon... wane pepel lak kali ni.. gebusss betul lah...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

purple!!!

sabar dubai berkata...

gebunyeeee kak ika...haii bile laa dpt menyipon..nk tgu dpt loyang nyee bilee laaa...hiihh

K.Nor berkata...

lama akak tak mencipon jah.. aritu beli telur ingat nak mencipon cranberry tup2 telur dah jd habuan roti john :)

makcikmanggis berkata...

ooo cantiknya cipon dier:)p..kaler purple yang sungguh menawan..purple ke biru ek?rabun warna plak ni hihi....Cm suka kek chiffon ni..sebiji sekali makan pun blom tentu kenyang :)

sury_25february berkata...

Walaaaa ika...pepel kolor....cantekk je kjdian kek cipon mu itu...:-)
Kite ade acuan cipon ni...tpi lom prnh buat lg...insyallah klu ade masa tu nnti nk jgak buat yg pepel ni....heeeee

makcikmanggis berkata...

ika..sedang ulangkaji resipi ni..rasa nak buat gak ..doakan ya agar rajin hikhik

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

aduhh.. mantap! suka dgn chiffon... bila mkn tu tak reti mkn sikit2... sabar ajelah..

zila norazila berkata...

adikk tomeiii,
akk pun pgemar chiffon..purple lg..berseri2 jew kan ..untung bbstr tue..jeles tul akk:)

Amie berkata...

Cantik warna cifon tu Ika, rupa pun gebussss! Kena sedia secawan minuman ni tuk bantu tolak masuk ke tekak he he he ehh

Marsita Yahya berkata...

Adik sweet... chiffon lagi rajin nyer...2-3 hari senyap pas tu timbul kek yg gebussss.

yan's cottage berkata...

cantik dan gebu je...nie mesti sedap..
mintak sikit boleh....????

Unknown berkata...

nampak pun dah tau kek ni gebu dan mulus saja kan,kalau dpt sepotong dua pasti tka lena tidur ni heeee

Kak Nita berkata...

Ika.....kak nita mmg suka kek chiffon , kalu makan ni mmg tak sedaq diri ...1/2 biji pon kaka nita boleh habiskan sorang...tambah2 ada blueberry pulaksss...adusss...!

dZana berkata...

aduh! cipon lgi..dlm buzy2 tu menyempat lagi.. rajin tul adikku ini..

Rohah berkata...

sejuk mata tengok kalerrr ungu ni..
wah,,,ada rindu kat akak ye..sehari 2 sblm ni mmg akak tak blog walking sangat...keadaan tak mengizinkan..