ads/iklan

Khamis, 25 Februari 2010

Pau

PAU
Resepi III

Salam n selamat pagi sume! ;-)

ehehe... semalam g jalan2 umah KAK YANI tengok ada pau TAPI kali ni resepinyer dgn caranyer mmg lain dr sebelum yg dbuat nii, sgt menarik! dah ada modal nak bf apa pg ni :D maceh ya kak yani bg idea ;-)Resepi kali ni mmg best, lembut sgttttttt... rasa lain dr yg lain..Resepi asal ambik kat MyR dr LynnSham dan katanyer juga resepi dr taukey frozen food kita tak kenallah sbb tak pernah beli pun yg isntant2 gini lg satu manalah ada kat siam nii :D Buat inti kacang merah, kelapa dgn plain jer.. Mcm biasa ya mintak izin resepinyer juga mekaseh! :-) g kat umh KAK YANI jugak ya klu nak tgk pau yg putih gitu ;-)

PAU

Bahan-bahan
( 64 biji - doh seberat 20 gm )
  • Bahan A:
  • 450 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 230 ml air
  • 1 tbsp susu pekat manis
  • 5 tsp yis segera - Mauripan
  • Bahan B:
  • 300 gm special pow flour (Hong Kong)
  • 180 gm gula kastor
  • 40 gm shortening
  • 2 tbsp double action baking powder (for pau)
  • 1 tsp bread softener
  • Bahan C - larutkan:
  • 100 ml air
  • 1/2 tsp ammonium carbonate
  • Sedikit garam
  • Bahan D:
  • Inti - ikut citarasa sendiri



Cara-cara
  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin (saya guna bread maker). Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit. Saya guna bread maker Empress [Cosway], setting no. 51, uli sebanyak 4 pusingan).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederhana

Rabu, 24 Februari 2010

Soft Crust Pizza

SOFT CRUST PIZZA

Salam kembali jam kul 1.15min waktu thai n indonesia :D,

Hari ni kan, ntahlah! malassss jer rasanyer, ayat yg sama hari2 MALAS :D sume2 malas.. dah plan lama nak buat pizza cenggini yer laaakan org buat itu ini kita pun duk sibuk nak buat jugak :D kang org makan yg pelik2 kita pun terasa nak makan jugak kan? tp kalau org terjun bangunan kita tak ikutlah kan, kalau nak terjun katil kita org pertma yg nak ikut eheheh... da da da..merepek jerr dah ptg2 mcm ni huh! Resepi asal kat umah jejaka idaman malaya CMG :D, sedap jugak sbb rasa herb dr oregano n bwg putih dia punyer roti tuu budak2 mcm biasalah mmg mkn rotinyer jerr yg mkn topping sume maknyer! manalah tak comel bdn ni huhuhu... Topping tu kan kita guna belen sos buat meatballs semalam tu haaa...tak yah membazir guna jer lg sedap tuu.. pastu letaklah sayur apa2 dan sebab kita ni suke dgn vege mmg kita taram letak vege sumenyer, no sosej just lftover meatballs :D.. Mcm biasa cikmat ya mintak izin n halal resepinyer :D sedap! tenkiuuu!! Boleh g umah CMG jugak ya :D

SOFT CRUST PIZZA

Bahan Doh:-
250 g tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening)
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering

Bahan Inti:->>Kita guna lebihan meatballs sauce semalam tu :D ikut suka lah nak topping apa ya :D

1 cawan sos lada hitam "LIFE"
4 biji cendawan butang, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris bulat
5 biji black olive, belah 2
5 biji green olive, belah 2
15 biji capers
1 biji tomato, potong bulat
5 keping chicken ham
Parutan keju Mozarella secukupnya



Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun chicken ham, tomato dan semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!


Yg ni sebelum kejadian ya, cis pun tak letak lg kang klu letak cis org tk nmpk apa isi dlm dia.. :D

Kuih Serimuka PElangi

SERIMUKA PELANGI

Salam sume, selamat pagi! :-)

Dah sarapan ke belum ni? meh sini bf kat sini mkn kuih serimuka kita yg tak mo jadik sgt ni ya :D nmpk rekahan antara lapisan atas ngan bwh tu huhuhu.. tp tak pe ttp sedap ;-).. Dah nmpk kuih ni lamaaaaa kat umah KAK CT yg comel tuu tp asyik kebelakang jerrrr sbb list menunggu bykkkkkkk sgt.. pastu nmpk kat umah KAK HANA pulak! haih! tak leh jadi ni nak kena try sbb cantek jerrr nak makan pun sedap mata memandang tp bukan takat rupa rasa dia pun mmg sedap ;-), Resepi ni kak CT dpt dr dlm buku Koleksi Aneka Talam dan Kuih Lapis.. Kak CT mintak izin n halal resepinyer buat rujukan :-) maceh! senang sgt nak buat dia tu nak kena tekan betul2 pulut tu baru dia cantek huhuhu... ni kes tak sabor dan telaten sbb tu jd mcm tu :D

SERIMUKA PELANGI

Bahan-bahan
Lapisan bawah
  • 2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
  • 21/2 cawan santan cair
  • 1 sudu teh garam
  • sehelai daun pandan
Lapisan atas
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan gula - gula kita lebihkan 41/2 sb
  • sedikit garam
  • pewarna kuning, hijau, merah (ikut suka)



Cara-cara
  • Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
  • Masukkan semua lapisan bawah dan kukus hingga masak.
  • Apabila masak, kluarkan daun pandan dan tekan pulut ke dalam loyang sehingga mampat. - k.ct menggunakan plastik sebagai alas loyang supaya senang nak keluarkan.
  • Bancuh semua bhn2 lapisan pelangi kecuali pewarna kemudian tapiskan.
  • Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. Masukkan setiap mangkuk satu warna pilihan.
  • Kukus semula pulut yg telah dimampatkan.
  • Tuang lapisan merah dan kukus 10minit. buat lapisan seterusnya sehingga habis. - hana balut tutup pengukus ngan kain agar air tidak menitik ke atas kuih.
  • Lapisan terakhir kukus lebih kurang 30minit.
  • Sejukkan baru boleh dipotong.

Selasa, 23 Februari 2010

Meatballs n eggplant in tomato sauce

MEATBALLS N EGGPLANT IN TOMATO SAUCE

Salam kembali lagi buat semua yg dtg ;-),

Akhirnyerrrrr! terlaksana sudah! huh! baru puas hati dpt buat klu tak meroyan jerr rasanyer :D Tp kitanyer versi ni lain sikitlah kan pa yg laen? ada TERUNG!!!!! sukeeeeeeee sgt dgn terung! pastu kan meatballs tu kita wat kecik2 jer senang budak2 nak ngap tu yg tk nmpk sgt tuuu :D.. sedap! mkn pulak dgn pasta ke spaghetthi ke mmg puas hati :-).. Ramai dah yg cuba buat KAK HANA, JIYA, lagi sapa? lupa pulak.. ehehe.. tp sedih sbb daging kita tggl sikit jerr nak order lg segan nanti minggu depan order lg huhuhu... Credit tuk IJAN Finland ya.. ibunyer kepada bb yg bernama mikaal yg bulat dan comel tu :D.. Ijan cam biasa eak resepinyer mintak izin n halal dulu :D maceh!!! carik lg resepi2 yg cedap2 ya :D kita sokong dr semua penjuru :D

MEATBALLS n EGGPLANT in TOMATO SAUCE
Sauce Recipe-adapted from Jamie O TV program

  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar>>Kita ika guna daging lembu masuk semua sekali dlm FP :D
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur -kite tak letak
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – kite tak letak
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan


  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :)


Bentou @ Omuraisu/ omelette rice

BENTOU@OMURAISU/OMELETTE RICE

Salam kembali sebelum hilang jap g ni hihihi.... :D

Ok ni antara menu kakak kat tadika, abg dia kureng sikit jdnyer hari ni buat bentou asing2, untuk abg buatkan hamburger :D, dan emak pun tumpang 2 tgn lah kan :D ehehe... Omuraisu ni biasanyer ank2 jepun suke mkn sbb rasa tomato sauce ank org2 jawa atau melayu tak tahu pulak ya mcm ank kita yg sulung ni dia tak minat sgt tang sos tomato tu jdnyer kalau buatkan dia omuraisu ni kena dlm lain rencah tak sama dgn kakak..leceh tulll ank mama huh! Resepi biasa rujuk sini daaaa... japanesefood.about sbb simple ada kita tmbh apa2 yg patut lah kan sbb ikut gaya kita kan :D... Sapa2 yg nak tgk resepi asal klik kat JAPANESEFOOD.ABOUT@ Omuraisu ya.. kat situ leh tgk ya :D kat sini tak leh nak letak ketchup dulu biar kakak yg tuang sendirik masa nak makan nanti :D.. Ni resepinyer kita cnp dr sana :-)

OMURAISU/OMELETTE RICE

Ingredients:

  • 4 cups steamed Japanese rice
  • 1/2 lb. chicken breast
  • 1 green peppers, chopped
  • 4 white mushrooms, sliced
  • 1/2 onion, chopped
  • *salt and pepper to season
  • 4 Tbsp. ketchup
  • *vegetable oil for frying
  • 8 eggs
Kita tambah>>

Sos Tiram sikit jer
worcestershire sauce
Kacang Buncis



Dlm tak nmpk sbb tak leh nak korek2 dia punyer telur tu kang merajuk ank dara sorang tu hihiih... :D xtra ebi fry n kyuuri

Cook steamed rice (kita guna nasi semalam). Cut chicken into small pieces. Chop green pepper and onion. Slice mushrooms thinly. Heat vegetable oil in a large skillet and saute chicken. Add onion, mushrooms, and green pepper in the skillet and saute together until softened. Add steamed rice in the pan and stir-fry together. Sprinkle some salt and pepper. Stop the heat and add ketchup and mix well. Set the seasoned rice aside. Heat 1 tsp of vegetable oil in a large skillet. Beat two eggs in a small bowl and pour the egg in the skillet. Quickly spread the egg and make a round omelet. Place 1/4 of the seasoned rice in the middle of the omelet and fold top and bottom sides of omelet over the rice. Cover the frying pan with a plate and turn them over to place the omerice in the plate. Repeat this process to make four omelet rice. Put some ketchup on top of omurice just before serving.


Haaa..yg ni lebih2 dia untuk kita makan sikit2 ni nanti :D buat sikit jer buat2 rasa :D

Choc Raisin Bread

CHOC RAISIN BREAD

Salam n selamat pagi sume!! :-),

Haaa..roti lagi! :D dah nak buat mcm mana sbb mmg roti lah menu paling senang dan sedap :D, lg satu budak2 mmg suke dgn roti kdg tu malas nak buat tp sian bila tanyer mama ada roti ke tidak huhuhu... sblm ni ada buat water roux jdnyer nak perabihkan pun ya jugak, tunggu dlm minggu ni mmg ada menu roti jerrr :D.. Kali ni selongkar2 terjumpa buku roti ni lah! pdhal buku ni dah lama dpos tp baru cuba 2 resepi jer dlm buku ni.. ehehe.. bila nka khatam tak tahu :D Ambik dr buku DIY HOME BREAD dan sume recipe oleh Khoo See Yew tp dlm buku ni sume duli secara manual dan bantuan mixer lah kan.. tp kita ada BM guna jer lah khidmat dia.. :D kan!! kan!! Buat semalam petang tp kena nyorokkan lah sbb budak2 kalau nmpk mmg tak leh nak buat bf lah kan, hari ni sibuk lgi sbb tu buat bf yg dah siap2 senang! :D atau mmgnyer pemalas :D, Ok tuk resepi ni kita salinkan bulat2 dr dlm buku tu ya ada adjust sikit2 ya :D

CHOCO RAISIN BREAD
Source DIY HOME BREAD by chef Khoo See Yew

Ingreadients

A
300 g High Protien Flour/Bread Flour
5 g Milk Powder>>Tak masukkan
3 g Bread Improver
10 g Choc Powder

B
50 g Castor Sugar
1/2 tsp Salt
30 g Egg>>yg ni kita tak masukkan :D ganti dgn 1 sb WATER ROUX
180 g Cold Water>>Yg ni masukkan fresh milk
7.5 g Yeast
1/2 tsp Choc Emulco

C
15 g Butter
15 g shortening

D
150 g Raisin



Method

  • Combine A and B to form a dough. Add in C, knead until smooth and elastic.
  • Add in D,mix till well blended.
  • Cover n rest for 30 minute.
  • Divide into 40g each. Let them prove for 10 minutes. Roll into balls.
  • Arrange into (8x8x4)" greased tin. Let it prove double in size, brush with egg wash and sprinkle sesame seeds.
  • Bake at 180C for 20-25minutes.

ATAU

Masukkan sume dlm BM bermula dgn liquid dulu barulah masuk bhn kering.. set kan On n tunggu sampai siap bergantung jenis BM masing2 ya..Bila dah berenti tumbuk2 kuarkan angin n bg rest 10 minute sebelum dbagi2 kan kepada bebola kecil.. Selepas tu boleh leh dbahagikan setiap satu lebih kurang 40g bentuk2 kan, penaikkan lg 2 kali ganda. pastu bakar mcm biasa.


Isnin, 22 Februari 2010

Garlic Mashed Potato

GARLIC MASHED POTATO

Salam dptg isnin yg berangin tp panas :D,

Hari ni mcm biasa tugas2 seharian yg membuatkan kita sibuk dr pg sampai ke ptg ehehe... Jdnyer dah penat2 tuuu kan masak simple2 jerr lg pun belen nasi semalam ada lg sikit reheat kan jerr pastu buatlah makanan tambahan :D, ni lah dia dah lama masuk dlm list tp tak terbuat buat pdhal bukan payah sgt pun huhuhu... kita mmg tak kisah skrg ni dgn rasa garlic2 ni sbb dah terbiasa jdnyr mmg tak jd masalah lah dgn bau garlic ya bdn tak bau taw! bdn menten wangi wakakaka..... Ok resepi asal ni kat MyR @ MOMMAMIA, ramai dah yg cuba tu yg xcited nak cuba jugak eheh... Jom makan sama2 :D.. Terima kaseh ya tuan punyer resepi mintak izin n halal juga resepinyer d sharekan kat sini, tenkiuuuuu! Sebelum tu nak share citer sikit,

Itu hari masa g carik adapter tuk budak2 ninyer NDS, jalan2 jap g bawah carik ada apa2 yg boleh dmakan masa nak balik nanti, terlalu kat kedai roti nii, ada satu keluarga arab ni kan, pakai jubah tutup sume tak nmpk apa pun nmpk mata jerr ank pompuan 2 org dlm lingkungan 3 n 4 tahun gitulah, kita ni dekat kedai jual2 dvd berdepan jer dgn kedai roti tu, nak jdkan kisah lah kan, dan kita pun tak kesahlah kan tp dah seagama tu kan rasa sedih pun ya, dia nak beli roti kosong ke apa ke suka atilah kan, TAPI yg kita nmpk ni kan dia ambik roti yg toppingnyer ada pork floss???? weeiiii..klu ayam tu tak gelilah sgt tp vavi tuuuu huhuhu.... dia belikan tuk ank2 dia, dlm hati ni terpkir agaknyer bapak dia org bukan islam kot! tp tgk gaya mmg arab tuu lg2 lah bini dia huhuhu... geli terus n terus kita cabut balik tak jd nak ronda2 tgk makanan huhuhu.. sekian.. jdkan teladan.. hmmm... tp tak heranlah pak2 mak2 arab yg ada kat sini dia org bertudung lingkup tgn tak nmpk nmpk mata jer tp makanan yg dia org makan ni kan bacon tu dah biasa bg dia org..eeuuuwwwww! tahu jer lah kan bacon tu dr apa huhuhu.. da da da ngumpat laks ehehe.. nak gosok bajulah! :D g tgk resepi kat bwh nun :D ngeeee...

GARLIC MASHED POTATO
kita buat suku adunan jer hihihi...

Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )

  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih



Cara-cara

  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!