Rabu, 24 Februari 2010

Soft Crust Pizza

SOFT CRUST PIZZA

Salam kembali jam kul 1.15min waktu thai n indonesia :D,

Hari ni kan, ntahlah! malassss jer rasanyer, ayat yg sama hari2 MALAS :D sume2 malas.. dah plan lama nak buat pizza cenggini yer laaakan org buat itu ini kita pun duk sibuk nak buat jugak :D kang org makan yg pelik2 kita pun terasa nak makan jugak kan? tp kalau org terjun bangunan kita tak ikutlah kan, kalau nak terjun katil kita org pertma yg nak ikut eheheh... da da da..merepek jerr dah ptg2 mcm ni huh! Resepi asal kat umah jejaka idaman malaya CMG :D, sedap jugak sbb rasa herb dr oregano n bwg putih dia punyer roti tuu budak2 mcm biasalah mmg mkn rotinyer jerr yg mkn topping sume maknyer! manalah tak comel bdn ni huhuhu... Topping tu kan kita guna belen sos buat meatballs semalam tu haaa...tak yah membazir guna jer lg sedap tuu.. pastu letaklah sayur apa2 dan sebab kita ni suke dgn vege mmg kita taram letak vege sumenyer, no sosej just lftover meatballs :D.. Mcm biasa cikmat ya mintak izin n halal resepinyer :D sedap! tenkiuuu!! Boleh g umah CMG jugak ya :D

SOFT CRUST PIZZA

Bahan Doh:-
250 g tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening)
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering

Bahan Inti:->>Kita guna lebihan meatballs sauce semalam tu :D ikut suka lah nak topping apa ya :D

1 cawan sos lada hitam "LIFE"
4 biji cendawan butang, hiris nipis
1 biji bawang besar, hiris bulat
5 biji black olive, belah 2
5 biji green olive, belah 2
15 biji capers
1 biji tomato, potong bulat
5 keping chicken ham
Parutan keju Mozarella secukupnya



Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DOH:- Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA:- Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos lada hitam, susun chicken ham, tomato dan semua bahan inti kecuali keju mozarella. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata. Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran....selamat mencuba!!!


Yg ni sebelum kejadian ya, cis pun tak letak lg kang klu letak cis org tk nmpk apa isi dlm dia.. :D

1 ulasan:

Sue @ Nenie berkata...

Salam...Sedapppnya pizza..

Yup..Bakwan tu adik beradik sepupu sepapat je ngan cucur udang Mesia..bezanya dia buh santan dan bawang putih tumbuk...