Rabu, 3 Februari 2010

Kuih Lapis Kacang

KUIH LAPIS KACANG

Salam dpg rabu :-),

Jom bf kuih2 pulak mmg suke ngan kuih2 mcm ni sesekali mkn bolehlah jgn hari2 makan kang sah2 jd tong! :D Buat mlm td ni sambil2 kemas sume siap dah! terasa nak makan kena buat kalau tak mcm org meroyan jerrr huhuhu...buat half portion jerr mcm kak jun, ni pun sbb nmpk kat umah KAK JUN ekekeke... Mekaseh ya kak kita mmg suke rasa tepung kacang hijau nii.. Resepi asal dr CITARASAWAN @ MyR mekaseh buat semua! Mintak izin n halal juga respeinyer untuk rujukan kita n sume org ;-).. Hari ni kena g sekolah jdnyer bz lah ya sampai kepetang.. haih! malas betullll nak g sekolah huh! ok ok byk kerja nak kena buat sebelum g sekolah niii jom jom makan kuih ya :D

KUIH LAPIS KACANG

  • Bahan A
  • 200 gm tepung kacang hijau
  • 50 gm tepung hoon kwee
  • 40 gm tepung kanji>>Tepung Ubi>>Tapioca starch
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna hijau

  • Bahan B
  • 300 gm gula melaka
  • 100 gm gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 800ml santan pekat KARA
  • 400 ml air
  • Loyang 9" empat segi



Cara-cara

  1. Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
  4. Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
  5. Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
  6. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.

6 ulasan:

Watierman, rmanbkr berkata...

Salam Ika..wah cantik berseri-seri kuih lapis kacang mu...melambai-lambai Akak...Alhamdulillah..Akak ngap sepotong ye!!

HALAMANKU berkata...

wow syedp n syanteknyer.. sekali pandang cam kek lapis... ermapun suker.. bab suker makan kuih kole kacang... pssst Ika.. nak sepotong gak yer

Ummi berkata...

salam Ika, waaah cantiknya kuih lapis diaa..lg tergoda dibuatnya...alamat kena try la nih! Akak pun suka kuih2 lapis perisa kacang hijau camni, pastu jenis x reti nk makan sikit2, tibai banyaaakk..huhuuu...tembam la dibuatnya..hehe

indahhouse berkata...

Salam Ika,
wah, kue lapis ni nak amik seketul je tau. hihi.saya teringat kue koleh kacang yang ada tahi minyak tuh. hm....sedapnya!

Sue @ Nenie berkata...

Salam...
Cantikkk lapisss nya...samaaaa jeeeee

WanIntan berkata...

Assalamualaikum. ...just nak tanya klu tepung Hoen Kwee takde nak ganti dgn tepung aper yek....?