Jumaat, 19 Februari 2010

Talam Gula Merah

TALAM GULA MERAH

Salam n selamat pagi sume :-),

Yeaaaaaaaa!!!! akhirnyer menjadik jugak kuih talam nii hihihi... oppss.. ni 2nd trial ya, 1st trial buat dia tak mo lekat lapisan atas bawah :D lepas dapat tips dr DATIN JUNS n KAK YATIE barulah jadik! cuma td ni kita silap, kita main cakar2 bhgn tengah jerr jdnyer bhgn tepi tu dia malu2 nak lekat tp keseluruhan melekat! :D macehhhh kekanda2 ku sume :-).. Bila tgk org buat terasa jer nak makan nak beli tak de, kenalah buat.. dan sebenarnyer kan, kita tak suke kuih2 mcm ni dulu2 masa muda remaja belia nii tp tak tahulah sejak2 dah nak naik angka ni kan rasa cam dah tue, selera pun tukar bak kata kak jun lah kan wakakakaka... Tp tak pe, kuih2 mcm ni yg nak kena dhidupkan balik sbb akn pupus huhuhu.. semalam ada byk kemalasan lah.. ntahlah nak golek2 jerr kejanyer huhuhu... ninja tak de rasa mcm ada yg missinggggg jerrr :-( tp tak pe! hari2 dpt tgk muke ^_______^ love u papa! muaaaaccchhhsss! Untuk resepi talam ni kita ambik kat umah KAK YATIE US :-) maceh kak! kita suke sgt! sedap tauuu.. ;-) Mintak izin n halal resepinyer buat rujukan lain kali ya :-)

TALAM GULA MERAH

Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.


see!!! dia lekat kan kan kan!!! hihihi..

Lapisan Atas

* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

6 ulasan:

tunbegia berkata...

ingatkan tadi 'talam dua muka',

salamm,

Jun berkata...

amboiiii..sukanyer dia..tp mmg nampak cun..akak nk try respi ni lah nnti..hihi

Nor Hayati Ramlan berkata...

cantiknya ika, suka tengok...sama je atas dan bawah....

Watierman, rmanbkr berkata...

Ika...Akak memang suka .....fav...ni...pos mai sepiring...alahai letak dalam peti sejuk...makan masa sejuk pun sedap....nyaman tekak ooo..ni kira cendol versi kuih la!

Watierman, rmanbkr berkata...

Ika...hal rencah nasi goreng tu....cam ni....ambik 2 biji cili merah secubit belacan sedikit garam & oyster sos, bawang putih dan bawang merah....blend...tumis letak le apa yg Ika suka....boleh tak?

Tanpa Nama berkata...

kali pertama saya cuba resipi ni..terus jadi n yang paling impress...saya jual di kedai makan....terus licin..alhamdulillah..terima kaseh pada empunya resipi ni..allah saja yang balas....