Khamis, 11 Februari 2010

Gateau au chocolat cake

GATEAU AU CHOCOLAT CAKE

Salam sume nak masuk tgh hari d bangkok :-),

Uisshhh! lum masuk tgh hari lg lah sini baru kul sembilan :D.. gatou au chokolat cake ahahahaha.... sapa2 yg belajar bahse pari ni meh share ilmu camne nak sebut dia nii spelling dlm malay kan hihihi.... Buat semalam lepas buat roti bakar kek budak2 suke jer kek cekelat nii tapi kan makan masa dia baru lepas kuar oven then rest tuk 1 our kan ibarat mengigit buih2 sabun gitu ahaks! ahahaha.... maklumlah tak gune tepung 1 g pun! jdnyer mmg rasa meringue n cekelat alat2 :D... Menarik sbb senang rasanyer kalau bg makan kat org paris pun dia org kata deliciouso! jgn lah buat mukepelik tgk kek tu mmg dah ghuper dia mcm tu kalau tgk kat buku lagi teruk mcm kena pijak! hihihi... Meh sini kalau nak tgk rupa dlm buku g kat umah KAK HANA ya :D Kak mintak izin n halal resepinyer :D mekaseh! budak2 mmg suke tp mkn td pg ni dia dah rasa mkn buih lah kan sbb dah terperap satu malam dia dah jd rasa xtra sedap ;-).. sapa2 yg nak cuba cubalah senanggggggggggggggggg sgt :D tu yg laju jer nak wat bhn2 sume tersedia ada :-)..

GATEAU AU CHOCOLAT CAKE

Bahan-bahan (loyang 18cm)
  • Bahan A
  • 130g dark choc
  • 120g butter
  • 10g serbuk koko
  • Bahan B
  • 3 biji kuning telur
  • 40g gula
  • Bahan C
  • 3 biji putih telur
  • 30g gula
  • Topping - gula aising



Sowi arrr tersalah ambik tapis terambik yg lobangnyer besor2 tu yg mcm ribut salji jerr tu ahahaha.. :D halallah kan :D

Cara-cara
  • Bahan A - Cairkan dark choc dan juga butter menggunakan kaedah double-boiler. Bila dah cair, masukkan serbuk koko dan kacau sebati. sejukkan dan ketepikan.
  • Pukul bhn B (kuning telur dan juga gula) sehingga jd cream. ketepikan.
  • Pukul pula bhn C (putih telur dan gula) hingga kental dan gebu@ meringue. ketepikan.
  • Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau sebati menggunakan spatula.
  • Masukkan pula bahan C sedikit demi sedikit sehingga habis dgn kaedah kaup balik menggunakan spatula. Tak perlu over mix asal dah sebati semua bahan.
  • Alas loyang dengan oven paper. Seelok2nyer gune loyang spring foam supaya mudah utk keluarkan.
  • Panaskan oven 170. Bakar selama 30-35min.
  • Sisip tepi loyang dengan pisau utk keluarkan kek.
  • Sejukkan di atas redai. Tapiskan gula aising ke atas kek dan sedia utk dihidang.

3 ulasan:

♥LOVE2COOK♥ berkata...

Hmmmm...sedapnyaaaa! Bau sampai ke sini tau! hehehe :)

Sue @ Nenie berkata...

Salam Ika.
Wahhh...ada masa cam boleh cuba gak ni...tapi yang prob nya tak tau bila ada masa tuuu...Mintak sini dulu lahhhh

openid berkata...

Dah sampai siam dah ke cekelat neh... huhuhu

ijan