Ahad, 14 Februari 2010

Apam Pisang

APAM PISANG

Salam kembali sume!!! :D

Errkk?? ada owang ke ni? wawawawa.... tak pelah tuan umah bebel2 sorang2 jerr sajer ni nak ilangkan bowing dhari minggu yg cukup panas! :D pisang kita dah hampir2 menopus jdnyer mg sesuwai kalau nak wat2 kek atau pun yg sewaktu dgnnyer.. Lama dahhh simpan angan2 nak buat apam pisang ni tetiba tgk kat updated blog CMG buat apam pisang apa lagi terussss masuk gear! ekekeke.. tak pkir panjang perut kenyang ke tak asal dapat buat! sib baik lepas siap tu perut pun lapo :D SEDAP!!!!! i likeeeeeee bau2 pisang mcm ni :D KAK HANA pun buat menu pisang jugak tp kek lah kan kita ni apam2 lah kan lg senang punyer kerja :D.. ok lah since sume org sibuk tak pe i rela hati ckp sorang2 hihihi.... Untuk resepi mintak izin ya CMG mcm biasa buat rujukan akn dtg ;-) maceh! tak pun leh g umah CMG.. Resepi ni cmg amik kat rumah KAK RINNCHAN :-) maceh sume :D..

APAM PISANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kurang lebih 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus (mat guna gula perang)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair (mat guna 1/4 mentega dan 2/4 minyak masak)
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh esen pisang (optional, resipi asal tak letak)
Secubit garam



Kita wat acu kecik2 ni jer sbb i punyer pengukus tak muat masuk loyang besor2! hihihi...


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan (dalam gambar mat guna "bunt-pan")
  2. Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
  3. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  4. Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 45 minit. Kalau guna acuan kecil2, kukus 10 minit. Gunakan api sederhana besar.

4 ulasan:

Nuridah berkata...

Salam Ika,

tadi knur masuk tak boleh tinggal komen... dtg lagi ni nak apam pisang tu...ada ceri lagi..hihi tapi knur tak suker ceri...knur tak jln mana2 hari ini...malas nak duduk rumah aje...hihi..chicken chop ada lagi tak?? Knur nak sepinggan ni...kita bentang tikar kat bawah pokok kelapa...ada tak...kalau kelapa jatuh kelepuk kat atas kepala kita berdua...huhu.

cikmanggis berkata...

baru terdetik nak cilok resepi ni kat rumah cmg..ika dah buat!!!wah pantas cam kilat ni hihi bak mai sini sebijik :)

openid berkata...

Salam Ika,
Wah sungguh santek dan gebu apam mu itew! jongket2 nak mai amek tiga ketui wat balik.hehheh

ijan

indahhouse berkata...

salam ika,
apa khabar? osh ish. lama saya tak makan apam. kelmarin tak terfikir lak wat apam pisang. lenkali leh buat nih.
ps... your kids soooo cute. dah besar panjang rupanya. untung ika.