ads/iklan

Sabtu, 27 Februari 2010

Nasi Mandhi

NASI MANDHI

Salam kembali ;-),

Sapa2 yg belum mandhi jer tak leh join makan nasik ni :D, nasi pun tahu jugak nak g mandhi ahahaha... buat ni pdnkan dgn kan ayam yg kat bwh sana tu ya :D pastu kita ni dasarnyer pemalasss sepatutnyer lawan dgn acar2 ke apa kan, kita tak pulak bukak nenas dlm tin makan dgn nenas dlm tin tu lah! hihihi.. TAPI sedapppppppp!!!!!! :D tak cayer g cuba ;-).. sana sini org buat nasi MANDHI lah KEBULI lah lepas ni tak tahu nasi apa lagi yg kuar.. Resepi ambik kat umah KAK UMMI kuantan, maceh kak! N terima kasih juga buat peyumbang respei Puan Raidah n mamasya :-) kerana berkongsi resepi yg cedap ni ya :-).. N mcm biasa mintak ijin resepinyer n halalkan sekali ya :D.. tenkiuuuu!!! cnp dr rumah KAK UMMI :D maceh sekali lagi!


NASI MANDHI

Bahan:-
  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning- guna
  • 1 sk kunyit campur dgn sikit air
  • Garam secukup rasa.


Apa yg lain nasi ni?? dia bau arang :D tu yg sedap tuuu mcm satay jugak yg dbakar guna arang tu mcm mana bezanyer dgn bakar atas kuali jer :D

Cara penyediaan:-

  1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  4. #Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  6. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

(#) Step (4) ni tak buat sbb tak ada arang kat rumah..ada kat kedai, maleh nak membakar setakat nak letak seketuiii..hehee) Orang lain jgn ikut akak eh..rajin2 sikit.

Tiada ulasan: