ads/iklan

Khamis, 11 Februari 2010

Roti Marble Coklat

ROTI MARBLE COKLAT

Salam selamat pagi dhari khamis buat semua ;-),

Wawawawa....... sgt keciwa sbb hp kita dak kecik sorang tu g spray dgn air gosok baju!!!! uuuwaaaaaa...... rasa sunyiii jerr bila tak de hp gini huh! nak bgn pg mcm mana ya? alarm sumenyer dah arwah terpaksalah kena guna alarm dr hp ninja tuu.. :-( sayang sgt kat hp ni sbb hadiah masa 14 feb BUKAN sambut valentine ya Kebetulannn.. masa tu pun hp yg lama tu arwah jugak, kiranyer kita beli ni dah lebih kurang 6 tahun! tak ganti hihihi...sayanggggg sgt kalau brg yg ninja tu bg ni pun masih belai2 lagi kut2 dia nak idup balik :D dia idup tp kan boleh buat emergency call jerr ekekeke..nmpk sgt dah menggong :D.. tak pe lah lupakan dulu hp burok kita tuu, meh sarapan roti buat ptg semalam ni lah lepas kacau2 wajik kita buat roti pulak dah tggl sepruh lepas budak2 ni buat makan diner dia org tak mo mkn nasik cuma nak mkn roti ni, telur dgn kentang goreng hihihi..senang tak kerja kita? :D.. Resepi ambik kat rumah ROSS OSAKA ya.. mekaseh ross :D bg idea, kebetulan ross mengemas kini rumah barunyer tu masuk pulak menu ni huh! lama dah tak wat! lembut tau! kita suke ;-) Kopipes n halal ya resepinyer ross mekasehh! meh bf ngan akak cicah ngan air milo panas sedapppppp tuuuu :D Sapa nak tgk cara marblenyer leh g kat link atas klik jer ya, kita ni buat marble ikut suka hati ekekeke... tak pe lah kan janji sedap cuma kuantiti gula akak upkan sikit jd 3sb :D..

ROTI MARBLE COKLAT

Bahan-bahanya.

200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula ( roti ni kira nya tawar sikit nak tambah 1/2 sudu kecil lagi gula pun boleh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air



Cara-Caranya

1.Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je. ( Penggunaan BM-bila doh dah siap boleh terus bentukkan, skip langkah 2)

2. ( uli tangan) perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.

3.Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.

-Cara Memarblekan Doh-

a) satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.

b)tutupkan keseluruhan adunan tadi

c) potong tiga adunan, jangan sampai terputus ye di bahagian atas tu, dan anyam bentuk tocang.

d) letak dlm sandwish loaf.

e) Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.

4. Akhir sekali, setelah roti masak, keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun dicicah dengan Milo ataupun Kopi O, nak sapu krim coklat ( nuttella) pun sedap juga, kanak-kanak pasti menggemarinya. : )



ada rupa apa eak roti ni sblm dpotong?? ehehehe...

Tiada ulasan: