Ahad, 21 Februari 2010

Nasi Tomato Ayam

NASI TOMATO AYAM

Salam, hari minggu semuanyer yg tak jenjalan :D,

Hari ni tak g jalan duk kat umah jerr td pg g belanja brg dapur jerr big boss penat lah nak g jalan2 6 jam duduk kat flight montotnyer kematu wakakakaka....balik2 jer dr umah terus carik bilik air, kesiannnn.. :D jdnyer ni sebok sume dah penuh brg kering pun dah penuh, kita pun senang hati nk masak apa hari ni :D... Tak oernah masak nasi tomato atau dah pernah lupa pulak yg pasti ni 1st time makan, sedap sgt nasi niii... boleh kekalkan list menu ni sbb tak rugi mencuba sedap banget! agaknyer kalau ganti daging pun sedap tp kita syglah bekalan daging kita cuma sikit jerr huhuhu... tp dgn ayam ni pun dah kira the best ;-) senang rupanyer nk masak bhn2 pun ada daun2 pandan tu sume mmg semalam dah borong jdnyer mmg byklah kan.. Tak sangka pulak nasi2 mcm mmg sedap! Untuk resepi nasi tomato ni ambik kat Myr @ KAK FIDA mekaseh ya kak fida.. sedap sgt! leh buat lg lainkali, td kita ni mkn dgn acar jerr, budak2 pun suke lah pulak! buat ni pun suku adunan lebih sikit cukup2 ank beranak makan ekekeke.... Ok mcm biasa ya kak mintak izin n halal resepinyer juga tak pun leh g kat MyR@NASI TOMATO AYAM by KAK FIDA maceh!!!

NASI TOMATO AYAM

Bahan-bahan ( 8 0rang )

  • 1 kg beras basmathi - cuci dan toskan
  • 300 g ayam/isi ayam - potong kecil
  • 1100 ml air
  • 8 biji tomato buah - dicincang halus
  • 4 sb tomato puri
  • 1 1/4 cawan susu sejat>>Yg ni kita ganti susu segar
  • 3/4 cawan minyak sapi/majerin
  • garam secukup rasa
  • BAHAN KISAR:-
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 1 ibujari halia
  • BAHAN PENUMIS:-
  • 8 kuntum bunga cenkih
  • 8 biji pelaga
  • 3 inc. kulit kayu manis
  • 4 batang serai - dititik
  • 3 helai daun pandan - disimpul
  • BAHAN HIASAN:-
  • daun sup/bawang,bawang goreng,gajus goreng



Gaul dgn kismis, bwg goreng bykkkkkkkkk sgt daun sup pun byk sedapppppp nyerrr! :D jemput makan sorang sesudu :D

Cara-cara

  1. Air dan ayam direbus hingga ayam empuk,toskan ayamnya dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing.Masukkan pula tomato buah dan tomato puri dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan pila air rebusan ayam dan susu cair dan biarkan mendidih lalu masukka beras dan masak hingga hampir kering.Masukkan ayam tadi dan garam secukup rasa dan kacau hingga sebati.Tutup periuk dan kecilkan api dan masak hingga nasi tomato ayam tanak.
  4. Matikan api.Taburhan dgn 1/2 bahagian bahan hiasan dan serihkan nasi perlahan2.
  5. Taburkan lebihan bahan hiasan di atas nasi ketika menghidang...

1 ulasan:

openid berkata...

Alahai sorang sesudu mana nak cukup Ika.... bak sini sepinggan baru betul :D

Ijan