Sabtu, 27 Februari 2010

Ayam Masak Merah

AYAM MASAK MERAH

Salam minggu semua :-),

Hari ni lmbt sikit update sbb ada masalah nak upload gmbr ekekeke.... sblm ni guna Flikr tp dah terlebih limit jdnyer kena tunggu bulan depan baru leh upload gmbr :D, yg kat atas ni pulak guna photobucket tp tak reti nak masukkan watermark mcm mana hihihi... apa2 jer lah! haih! malas betull lerrr teruss2 tak de mood rasa mcm nak membuta jerrr bila dah tak de mood mcm ni :D.. Kita mmg suke ayam masak merah dr dulu lagiiiiii kalau ada org hantar masa2 raya yg dcarik dulu adalah ayam masak merah sbb mak kita tak pandai sgt tp kita suke masakan org lain dan sebab lg satu mak kita pulak tak berminat ayam masak merah lg suke ayam masak kicap :D.. Kali ni guna resepi HANA6877 budak mana ntah ni, sedap tau!:P maceh ya HANA6877 ekekeke.... Mintak ijin n halal resepinyer mbakyu :D.. Maceh!! Nak g SINI HERE pun boleh :D.

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 4 ketul ayam (yg dipotong sederhana)
  • garam dan kunyit ( utk goreng ayam )
  • 10 btg cili kering - kurangkn jika tk thn pedas
  • 3 sudu tomato puri
  • 2 sudu sos chili 2 sudu sos tomato
  • 4 biji bwg merah
  • 2 biji bwg putih
  • 1 btg serai diketuk
  • 1 inci halia diketuk - nk blend skali pon boleh
  • sesudu air asam jawa
  • 1 biji bwg besar ( dihiris bulat )
  • bahan tumis ( kayu manis dan adik beradiknya )
  • garam
  • gula

Betapa MERAHnyer lada kering kali ni :D i likeeeeee!!!

Cara-cara

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak.
  2. Blend cili kering,bwg merah dan putih dan tumis sehingga cili masak. Masukkan bhn2 tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan tomato puri, sos tomato, serai,halia,air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  4. Last skali masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang yg telah dihiris bulat2. Tutup api... Hiaskan lagi ngan timun,salad,tomato...(ikut suka)...

1 ulasan:

openid berkata...

Merahnye makngah! tp nak jugak..nak makan ngan nasik mandhi tu sepinggan okey... ayam lebey... 3 ketui nak !!!

Ijan