Khamis, 25 Februari 2010

Tauhu Goreng Singapura

TAUHU GORENG SINGAPURA

Salam kembali sume :-),

Yeeeaaa!!! dpt mkn tauhu pun akhirnyer ehehe... sana sini makan tauhu, jeles sungguh! td ni g beli tauhu dan mulakan projek yg senang ni, makan ni jer pun dah cukup buatkan kita kekenyangan hihihi... sesekali mkn mcm ni mmg best dah tak yah nasik2 lagi dah.. Rumah MAMASYIPAH, KAK HANA, KAK YATIE, MAMAHAWA, KAK AYU lagi sapa? lupa lah.. skrg giliran kita pulak makan tauhu ya :D Resepi asal kat umah CMG lagi :D Rupanyer mcm tauhu sumbat jugak! beza dsumbat dgn dtabur gitu jerr sayurnyer, sedap mkn byk2 sayur :D Mintak izin n halal ya sekali lg CMG resepinyer tak pun leh g umah CMG lagi :D, maceh!!

TAUHU GORENG SINGAPURA

Bahan-bahan
  • 4 keping tahu biasa
  • 1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
  • 100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap - aku ngan mat tk celur
  • 1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
  • 4 ulas bawang putih*
  • 5 - 6 biji cili padi*
  • 200 g kacang tanah*
  • 3 - 4 camca besar gula melaka*
  • 3 camca besar kicap pekat*
  • 1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
  • Sedikit air*(*bahan sos kacang)
  • kita tambah petis sikit :D

    Tabur kacang byk2 sayur byk2 walahhhhh! cedap banget!
Cara-cara
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!

3 ulasan:

umi_e berkata...

sedapnya!

Sue @ Nenie berkata...

Sesekali ku rasa teringin...
makan tauhu dengan kuah kacang...

Nyanyi sambil ikut melody lagu Shima "teringin" yg fofular lewat 90-an dolu²

faraliza berkata...

salam ika...bak sini tauhu tuh seketul