Sabtu, 6 Februari 2010

Keropok Lekor Nenek Jiya

KEROPOK LEKOR

Salam n selamat pagi sume dhari minggu :D,

Haaaa..kan dah kata kalau nak buat mmg kita buat KALAU senanglah kan kalau ssh tak leh tunaikan itu jam jugak :D lah kan kan kan.. Tp ni gabungan ikan saba dgn spanish mackerel, sedap lerr pulak mcm ross kata lg sedap guna ikan tenggiri nii... tp td ni cuma ada 2 fillet jerr huhuhu... terpaksa beli saba.. malas beli saba ni bauuuu dia han yir yir semacam tgn ni sampai skrg ada bau2 ikan lg ekekeke... Resepi kali ni guna resepi NENEK JIYA bukan JIYA hihihi... mekaseh ya jiya wakilkan kat nenek ya kimsalam sekali.. dulu dah penah buat itu hari baru buat yg minami san punyer kali ni kita tukar resepi jiya pulak selang seli ya sbb boleh pakai resepi ni mmg sedap walau tak secantik kopok NENEK JIYA tuuu malu i!tp ada satu RESEPI yg nak dbuat td ni kena tunggu esok kot sbb masih dlm pembelajaran lagi agak2 sapa yg tahu tu diam2 jerr ekekeke.... Untuk resepi kita mintak izin n halal ya jiya.. :D mekasehhh cap gajah ya besor sikit :D tak pun leh tgk SINI ya kakak2 adik2 :D yg penting jgn tmbh tepung biar jer dia maintain lembik tp tak lah lembik sgt kalau tak kang ssh nak buat panjang2 gitu... :Dkurang hanyir sbb ada bwg putih masa nak adun2kan dia :D dats why i like! :D

KEROPOK LEKOR NENEK JIYA

Bahan-bahan ( - )

  • 1kg ikan selayang/ kembung
  • 5-10 ulas bawang putih
  • 1kg tepung ubi/kanji
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Perasa
  • Air


Cicah sos cili jer pun dah sedap :-) yer lah perantau kan guna jer apa yg ada :D

Cara-cara

  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.


Yg ni baru lepas kena rebushhhhh :D

4 ulasan:

Jiya berkata...

alaaa... ika. nko sebot nenek aku pon tetap ada nama aku gak. kira cam tumpang glemer nenek. kakakakaka! aku pon rasa nak wat balik la kopok ni. nak try ikan tuna lam tin. agak2 sedap tak?? kang bau tuna plak. ngee! ni ni nko hempas kat dinding ke lantai? akekekekkekekekeke!

♥LOVE2COOK♥ berkata...

Dah lama tak makan keropok lekor...used to buy kat pasar malam jer! hehehe ;)

Ika, send me some pls!

indahhouse berkata...

salam ika,
teringinnya kopok lekor. rasa kopok siap kat sini, banyak tepung dr ikan. haish, nak kena beli ikan jugak nih, wat homemade, lagi puas hati kan? hihi. tumpang minum petang ya. :)

MamaFaMi berkata...

Ma baaaaru je makan kopok lekor tadi. Jiran mama bagi.. ma tinggal goreng je. Oh betapa senangnya hidup dok kat Malaysia ni... hahaha... adoi Ika, janganlah ketuk kepala mama... tahulah Ika jeles... hehehe...