Rabu, 24 Februari 2010

Kuih Serimuka PElangi

SERIMUKA PELANGI

Salam sume, selamat pagi! :-)

Dah sarapan ke belum ni? meh sini bf kat sini mkn kuih serimuka kita yg tak mo jadik sgt ni ya :D nmpk rekahan antara lapisan atas ngan bwh tu huhuhu.. tp tak pe ttp sedap ;-).. Dah nmpk kuih ni lamaaaaa kat umah KAK CT yg comel tuu tp asyik kebelakang jerrrr sbb list menunggu bykkkkkkk sgt.. pastu nmpk kat umah KAK HANA pulak! haih! tak leh jadi ni nak kena try sbb cantek jerrr nak makan pun sedap mata memandang tp bukan takat rupa rasa dia pun mmg sedap ;-), Resepi ni kak CT dpt dr dlm buku Koleksi Aneka Talam dan Kuih Lapis.. Kak CT mintak izin n halal resepinyer buat rujukan :-) maceh! senang sgt nak buat dia tu nak kena tekan betul2 pulut tu baru dia cantek huhuhu... ni kes tak sabor dan telaten sbb tu jd mcm tu :D

SERIMUKA PELANGI

Bahan-bahan
Lapisan bawah
  • 2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
  • 21/2 cawan santan cair
  • 1 sudu teh garam
  • sehelai daun pandan
Lapisan atas
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 biji telur
  • 3 sudu makan gula - gula kita lebihkan 41/2 sb
  • sedikit garam
  • pewarna kuning, hijau, merah (ikut suka)



Cara-cara
  • Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
  • Masukkan semua lapisan bawah dan kukus hingga masak.
  • Apabila masak, kluarkan daun pandan dan tekan pulut ke dalam loyang sehingga mampat. - k.ct menggunakan plastik sebagai alas loyang supaya senang nak keluarkan.
  • Bancuh semua bhn2 lapisan pelangi kecuali pewarna kemudian tapiskan.
  • Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. Masukkan setiap mangkuk satu warna pilihan.
  • Kukus semula pulut yg telah dimampatkan.
  • Tuang lapisan merah dan kukus 10minit. buat lapisan seterusnya sehingga habis. - hana balut tutup pengukus ngan kain agar air tidak menitik ke atas kuih.
  • Lapisan terakhir kukus lebih kurang 30minit.
  • Sejukkan baru boleh dipotong.

2 ulasan:

Watierman, rmanbkr berkata...

Ika..Akak suka yang lapis2 tu...elok sangatlah dia tanggal....jgn marah tau..Akak makan yang bahagian pelangi tu...Akak tinggal pulut tu untuk Ika..sebab Akak tak suka pulut...hehehe...boleh tak???

Sue @ Nenie berkata...

Salam Ika,
pulut tu terus kukus dalam loyang yaa....bukan kukus asing then baru pindah dlm loyang yaaa...?
Gerammmnya tengok kaler² dia yang cantik itewwww