Selasa, 23 Februari 2010

Meatballs n eggplant in tomato sauce

MEATBALLS N EGGPLANT IN TOMATO SAUCE

Salam kembali lagi buat semua yg dtg ;-),

Akhirnyerrrrr! terlaksana sudah! huh! baru puas hati dpt buat klu tak meroyan jerr rasanyer :D Tp kitanyer versi ni lain sikitlah kan pa yg laen? ada TERUNG!!!!! sukeeeeeeee sgt dgn terung! pastu kan meatballs tu kita wat kecik2 jer senang budak2 nak ngap tu yg tk nmpk sgt tuuu :D.. sedap! mkn pulak dgn pasta ke spaghetthi ke mmg puas hati :-).. Ramai dah yg cuba buat KAK HANA, JIYA, lagi sapa? lupa pulak.. ehehe.. tp sedih sbb daging kita tggl sikit jerr nak order lg segan nanti minggu depan order lg huhuhu... Credit tuk IJAN Finland ya.. ibunyer kepada bb yg bernama mikaal yg bulat dan comel tu :D.. Ijan cam biasa eak resepinyer mintak izin n halal dulu :D maceh!!! carik lg resepi2 yg cedap2 ya :D kita sokong dr semua penjuru :D

MEATBALLS n EGGPLANT in TOMATO SAUCE
Sauce Recipe-adapted from Jamie O TV program

  • Untuk meatballs
  • 500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar>>Kita ika guna daging lembu masuk semua sekali dlm FP :D
  • 1/2 teaspoon serbuk jintan manis
  • 1/2 teaspoon serbuk ketumbar
  • 1/2 teaspoon serbuk cili
  • 2 genggam breadcrumbs
  • 1 telur -kite tak letak
  • 1 tablespoon daun oregano kering/fresh
  • 1 tablespoon daun rosemarry dicincang – kite tak letak
  • garam
  • 1 teaspoon serbuk blackpepper
  • Untuk tomato sos
  • 1 tin tomato cincang
  • 1 biji bawang besar di cincang
  • 1 bawang putih dicincang
  • 1 teaspoon daun oregano kering
  • garam
  • Untuk dibakar
  • mozarella cheese
  • grated parmesan


  1. Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
  2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
  3. Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap :)


2 ulasan:

Watierman, rmanbkr berkata...

Ada saja juadah yg mengancam...tiap2 kali dtg sini....!

openid berkata...

Huh! mujur sempat buat.kalo meroyan dulu sapo nk jawab.hehe... ika dok sana kena order gak daging ek? susah ke nak dapat daging halal?

Ijan