Selasa, 16 Februari 2010

Apam Comel Inti Kelapa n Kacang Merah

APAM COMEL INTI KELAPA n KACANG MERAH

Salam n selamat pagi semua :-),

Adakah sume org sudah balik dr bercuti? :D aiyyaaaa! ada yg belum balik lg ka? tak po, kita teruskan kehidupan harian kita mcm biasa masak2 makan2 blogwalking2 citcat2 lagi? Oklah ni buat td pg buat sarapan lerr kan sampai num ptg nanti kot sbb buat tamak 1 adunan bulat2 hihihi... sbbnyer kita ada inti kelapa tu yg nak buat tuuu tp kali ni campur jugak dgn inti kacang merah sedap! kita suke pulak lah sejak2 ni dgn apam :D kita pun tak tahu naper jgn bdn pun mcm apam sudah! ehehehe... mmg gebu n lembut apam ni :-), dah wat byk kali jugak kali ni guna cup yg kecik sikit dulu guna yg besor2 tu mcm tak bestlah pulak nama comel kan nak guna acu lonpang iteww masa tak de buat jer lah dgn cup yg terjumpa ni :D Resepi asal ambik kat MyR @ LilyDvalley, mekaseh kak lily! suke sgt dgn apam akak ni mmg sedap ;-) n mcm biasa resepinyer mintak halal n izin ya :-)..

APAM COMEL INTI KELAPA

Bahan-bahan ( 15-20 biji )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tpg kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete




Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
  3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
  5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
  6. masukkan inti kelapa
  7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.


INTI KACANG MERAH
readymade frm mesia :D


INTI KELAPA
  • Inti Kelapa:
  • ==kelapa parut
  • ==gula merah
  • ==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • ==2 helai daun pandan-pintal
Cara>>
  1. ==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
  2. ==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
  3. Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.

2 ulasan:

cikmanggis berkata...

salam ika..cm jalan jalan ni.. ramai orang cuti jadi jalan tak jam..jap je sampai Bangkok ni hihi

openid berkata...

Kite sama cam CM tapi kite naik bus.hehehehe
Ijan