ads/iklan

Ahad, 7 Februari 2010

Inche Kabin :D

INCHE KABIN

Salam hari minggu sume ;-),

Bukan kita yg letak nama pelik ni tanyer tuan punyer resepi tapi sbnrnyer tak pelik pun sbb ianyer hanyalah AYAM GORENG KARI kenapa namanyer sampai mcm tu sekali??? kena baca sejarah ni kat umah CMG ya :D.. Dah perap ayam ni mlm semalam td ni baru goreng sgtlah sedap! skrg ni suke pulak mkn ayam2 yg berperisa mcm ni i mean yg berempah rempah gini lerr dulu tak minat sgt sukneyr yg goreng2 tepung tak pun kepci jerr :D lupa lupa lupa, sowi ya semalam sibuk g belnja barang2 kering byk yg habis dan mcm biasalahkan awal bulan mmg keja ngemas dapur :D dan dapur pun dah siap TAPI ada yg tak siap lg tu tuan umah ni senyap jerr huh! org kol byk kali bukan reti nak kol balik pastu kita kol lg bkan reti2 nak angkat tepon, rasanyer tahun ni pindah kot menympah sgt dpt tuan umah mcm ni huhuhu...tukar bilik jerr condo yg sama :D ehehe... balik pada citer ayam kabin bin bin kan tgk kat umah KAK UMMI kuantan ya pastu lepas tu kuar pulak menu NASI BERINGIN yg dah masuk list sejak n3 umah KAK AYU Singapore publish huh! panjang betul citer INCHE KABIN ni ya.. jom tgk resepi mintak halal n izin resepinyer mekaseh :-) cnp dr umah KAK UMMI :D>>

INCHE KABIN/AYAM GORENG KARI

Bahan-Bahannya :-) (akak buat half dr bahan ni)
  • 4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
  • 1/3 cawan rempah kari
  • 200 ml pati santan
  • 1 inci halia*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
  • 1 camca besar serbuk cili
  • 2 biji limau nipis, perah jusnya
  • 3/4 camca besar gula
  • 1 camca teh garam


Cara membuatnya :-)

  1. Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
  2. Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
  3. Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
  4. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
  5. Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasan, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!) - Akak goreng sekali je selepas masak dalam kuali tu...

Tiada ulasan: