Jumaat, 26 Februari 2010

Gulai Pedas Udang Galah

GULAI PEDAS UDANG GALAH

Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung yg beragama islam tak kira dmana anda berada ;-),

Selawat serta salam ke atas nabi besar junjungan kita NABI MUHAMMAD S.A.W,Marilah kita sentiasa mensedekahkan Al-Fatihah kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda, para rasul dan para nabi lainnya,keluarga kita yang telah menyambut seruan Illahi, kedua ibubapa, ahli keluarga serta muslimin dan muslimat.-Al-Fatihah. Tetiba rasa sayu rindu mcm2 perasaan keluar pd hari ni, dr pg td sampai td ni onkan ayat2 suci Al-Quran, tenang sikit minda hari ni nak masak pun tak de kelam kabut, gitu jugak kemas2 relaxxx jer buat kerja hari ni :D kan bagus kalau hari2 mcm ni ehehe... Tu yg lmbt sikit update tuu, sarapan buat roti cekelat lg tuk budak2 tak yah n3 kang org jemu asyik rotiiiiiii jer hihihi... Dah masuk rabiul awal dahh... byk peristiwa sejarah yg berlaku pd rabiul awal ni, sama2 kita ambil iktibar dan renungan bersama buat bekalan masa akn dtg :-).. Hari ni kita mkn udang yg besor tu ya :D kdg tu dah boring asyik dbuat masak ituu jerr, kali ni nak makan udang yg berair air gitu maksudnyer tak nak masak kering2 atau sambal2 gitu.. jdnyer dr semalam dah selongkar sume dapur org tgk2 resepi ni jugak yg berkenan, dr CMG @ GULAI PEDAS UDANG GALAH... Syedappppp!!! xtra cili mcm biasa pastu sorilah terbelalak rencahnyer tu sbb malas nak buat bising sgt budak kecik tu tido.. alasan! :P Cikmat mcm biasa ya, halalkan n izinkan juga resepinyer dletak kat sini buat rujukan klu buku resepi lesap :D, maceh!! untuk kengkawan yg dtg singgah lepas free insyaAllah kita balas kunjungan :-) tq!

GULAI PEDAS UDANG GALAH

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang galah bersaiz besar
2 -3 biji timun
2 helai daun kunyit, disiat2
2 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
20 - 30 biji cili padi hijau*
1 inci kunyit hidup*
7 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)



1st time masukkan timun mcm cikmat sedap rupanyer! jakun betul ya kita ehehe..


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang dibersihkan, kerat kaki2 kecil, kerat muncung nya yang tajam dan juga sedikit kulit kepalanya. Perlahan2, menggunakan hujung pisau tarik keluar kotoran dari kepalanya (kira mcm beg sampah si udang tuu, seperti dalam gambar). Buat hingga siap, cuci bersih dan toskan. Timun dikupas kulit, kerat 2 setiap biji, belah 4 setiap keratan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan udang, serai titik, bahan tumbuk halus dan sedikit santan cair. Kacau rata dan masak atas api sederhana hingga udang kecut (jadi warna kemerahan). Tuang lebihan santan cair, kacau dan biar mendidih.
  3. Tambah asam gelugor dan timun. Tuang pati santan dan tambah garam secukup rasa dan secubut gula. Masukkan daun kunyit dan biar mendidih perlahan 2 - 3 minit sambil dikacau selalu.
  4. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman. Kalau rasa tak nak guna cili padi, takut pedas, boleh ganti dengan cili merah dalam 3-4 biji..

2 ulasan:

Sue @ Nenie berkata...

Salam Maulidur Rasul buat Ika sekeluarga...
Ika, Udanggggnyaaaaa....buat kita ngencessss....

openid berkata...

Salam Maulidur Rasul buat ika dan family...
Sedapnyer udang galah mu... bak ler sekor dua.huhuhu

ijan