Jumaat, 12 Februari 2010

Blueberry Muffin

BLUEBERRY MUFFIN

Salam n selamat pagi sume :-),

Hari ni ada kesibukkan sikit jdnyer n3 ada dan tak de ehehe.... esok pulak ada follow up appoinment utk kakak n adik, isnin pulak giliran si abang.. Hari ni nak jumpa kakak blogger NOORANA kalau tak de aral melintang kalau i tak sesat lah kan sbb tak pernah sampai tempt tu ekekeke.... DAN yg jd sgt geram ni kan last minute owner kol esok ada tukang nakdtg lagi!!! huh! sedih tuuu semalam kita dah belanja petang tu nk jemput dtg umah teruk betull tuan umah ni bila dtepon tak mau angkat pastu bukan reti nak kol balik pastu dah senyap2 gini tetiba kol?? huh! mmg tak bertanggungjawab langsung.. mencinyer......!!! Hari ni bf BLUEBERRY MUFFIN by CMG, lembut cam cc ehehe... jom lah bf muffin hari ni bz sikit n tak de n3 lah lepas ni :D.. Cikmat mintak halal n izin ya resepinyer :-),

BLUEBERRY MUFFIN

Bahan-Bahannya:- (Mat buat 1/2 dari adunan dibawah, dapat 15 biji muffin)
170 g mentega
170 g gula halus (castor sugar)
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
160 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
Strawberry filling secukupnya (atau guna apa filling kegemaran)

Bahan Hiasan:-
100 g coklat berperisa strawberry, dicairkan secara double-boiler (tapi gunakan api paling perlahan dan biar mangkuk sederhana panas untuk mengelakkan coklat bertukar warna...Tips dari Ho Ah Lin @ Chef Nor Zailina Nordin...terima kasih!!)

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pasa suhu 175C. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan esen vanilla dan putar. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar tadi hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan adunan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh. Sudukan 1/2 camca teh strawberry filling dan sudukan sedikit lagi adunan untuk menutupi filling tadi. Isi hingga 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar selama 20 minit hingga kuning keemasan.
  4. Keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum dihias dengan coklat berperisa strawberry (jika suka).

3 ulasan:

fuzidss berkata...

wow...tidak tertahan rasanya melihatnya.. baru gambar je ni kalu mencium haruman nya pasti 5 ketul sekali akak makan hua ha ha

Sue @ Nenie berkata...

Salam Ika...
Amboiiii blueberrynya seketoi²

openid berkata...

Adus..comey comey nye muffin Ika. Bekas pun lawa bukan main. gebus gitu....
ijan