ads/iklan

Selasa, 16 Mac 2010

Rojak Petis

ROJAK PETIS

Salam kembali semua! ;-)

Haaaaa... yg ni mmg kita tak leh nak lari sbb sukeeee bykkk dgn rojak petis ni! dulu2 kat umah mak keja beli jerrr, pastu dah asyik keja beli jerrrrr tu kan, pandai tokey rojak ni makin sikit! huh! sakit ati jgk kan... tak pe lah citer dulu2 dah jd baja :D.. Nmpk kat mana lagi rojak ni?? umah wong jowo nang jepun lah kan ahahaha.... cnp dr umah KAK HANA jerrr resepi asal umah CMG jap g nxt n3 baru cnp dr umah CMG hihihi..adil dan saksama! Satu lagi menu ala2 diet! mana dietnyer ni kalau dah makan tak hingat umah belum siap kemas! hihihi... Ok ok lah dah berpeluh air pun kuar sana sini, kan meh tgk resepi jemput makan! Ni versi malas ya, kita main tumbuk besor2 jer kacangnyer sbb nak rasa kacang yg lebih! :D alasan org2 pemalas :D tp mmglah kita suke yg timbul2 gitu kacangnyer.. :D Ciimat n kak hana mintak ijin n halal ya resepinyer :D maceh!!! upah sorang sebuku tauhu goreng :D

ROJAK PETIS

BAHAN SOS PETIS :
  • 1 botol kecil petis
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan kicap pekat
BAHAN TAMBAHAN :
  • Kacang tanah tumbuk
  • Jus asam jawa
  • Kicap cair
  • Gula
  • Cili padi, dikisar halus
BAHAN ROJAK :
  • Kangkung, siang, cuci dan celur, toskan>>tak de
  • Taugeh, buang ekor, cuci dan celur, toskan>>byk2 xtra byk! :D
  • Tauhu, digoreng dan hiris
  • Timun, cuci dan hiris
  • Nenas, kupas, dan hiris
  • Sengkuang, kupas, cuci dan hiris>>yg ni kita ganti dgn APPLE ijo :D


ni kira rojak petis darurat sbb kangkung pun tak de sengkuang pun tadak! :D

CARA MEMBUATNYA :

  1. UNTUK SOS PETIS :- Satukan semua bahan sos petis, kacau rata dan masak hingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan reneh hingga sos petis memekat, kacau sekali sekala. Matikan api dan biar sejuk.
  2. UNTUK KUAH ROJAK :- Ambil 4 - 5 camca besar sos petis dan satukan dengan kacang tanah, cili padi (agak2 yea..kalau nak pedas atau tidak), gula dan sedikit jus asam jawa. Kacau rata dan rasa, jika kurang masin, tambah kicap cair. Pendek kata pandai2 lah sesuaikan rasa.
  3. UNTUK ROJAK PETIS :- Satukan bahan rojak (yang ni pun pandai2 juga lah agak, supaya sepadan dengan banyak mana kuah rojak yang anda buat tadi) dan gaul rata. Alih ke dalam pinggan sesuai dan jika suka tabur sedikit lagi kacang tumbuk sebelum dihidangkan.....

Sardine n Egg Paratha Roll

SARDINE n EGG PARATHA ROLL

Salam n selamat pagi sumenyer! :-)

Hari ni cerah secerahnyer mcm biasa, sambil menantikan bila hujan rahmat nak turun... kering jer rasa niii dan panasssss jerr dah niiii.. dpt ujan sikit2 pun jdlah asal basah kat bangkok niii..Hari ni mcm biasa bgn buat bentou lagi! sampai hari khamis ni lah last buat bentou pastu dah cuti haru dahhh :D boleh senyum lebor selebornyer ^___________^.. Ok, ni sarapan pg ni, kelam kabut sikit sbb melayan si kakak dgn suar sukan tak jumpa baju ntah kemana haih! mmg angin jgk pg nii.. itu satu, kang makannyer berejam nak ngabiskan roti sekeping tu huh! Rumah suma org dah ada roll paratha ni kan? kita mmg lah suke nak2 ada telur pastu guna instant punyer hihihi..lajuu jerrrr... :D Kita sajer lah tambah sardin dlm telur tuu jdlah sardine n egg parataha roll.. Idea sapa ya ni ya? kita pun kalau terlampau M sgt kita main tampal2 mcm sume org buat ekekeke... Kita cnp dr dapur KAK HANA, kak hana pulak cnp dr dapur KAK ZAI hihihi... n boleh jgk tgk kat dapur GERT jgk ya :D apa pun mekaseh tuk idea n share jugak buat semua.. tenkiuuuuu!!!!!! ;-) mintak ijin n halal ya :D tq! Paratha instant yg kita guna ni made in singapore ada tanda halal tp tu lah ala2 kehekut sbb nipis sgt! tp mmg sedap paratha ni kita suke! cukup rasa sume harga tu biasalah mestilah mahal eheheh.. dah namnyer import kan :D

SARDINE n EGG PARATHA ROLL

Bahan-bahan
  • 5 keping frozen plain paratha - jenama kawan@lain
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)

Dbanjiri kariii :D

Cara-Cara

  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.

Isnin, 15 Mac 2010

Kek Pelangi

KEK PELANGI
di tgh hari :D

Salam kembali pd yg masih kembali :D,

Ni kek panas2 lagi woo... tak leh thn tgk kek yg santek ni kat umah KAK UMMI, KAK ZAI KAK MAZ n .. dah nmpk kat umah kak ummi terus masuk list pastu nmpk kat umah KAK MAZ tak jugak buat2 huh! last singgah kat umah KAK ZAI, HARUS buat! mmg kita suke kek2 cenggini ala2 kek butter gitu! sedap! bhn pun tak nyusahkan sume dah ada.. td pg ni sambil kemas sambil pekik2 jd lah kek sebuku nii :D budak2 dah mula cuti niii mmg keja jd tarzan jer lah.. nak jadi hulk tak leh kang sume brg musnah! :D hihihi... lembut lembap sedap itu yg boleh dgambarkan dgn kek kat atas tuuu.. mana yg suke leh buat mana yg tak suke jenis2 kek mcm ni tak patut buat kecuali kalau nak sedekah kat jiran2 hihihi... Mekaseh kakak2ku semua! mintak izin n halal resepinyer ya :-) Resepi asal dr CHEF NORAINI.. tenkiu for sharing sumenyer! :-) upah sorang sepotong yg kat bwh tu ya :D cnp dr umah KAK ZAI.. :-)

KEK PELANGI

Bahan-bahan :-
  • 250g mentega
  • 220g tpg kek *
  • 1 s/k serbuk penaik * (bahan * diayak bersama)
  • 200 gm gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 5 s/b air susu
    1 s/k esen vanila
    sedikit pewarna merah, hijau dan kuning



Jgn juling2 tgk belang2 kek nii kita tgk lama2 pun naik juling mataku huhuhu..

Cara-Caranya :-
  1. Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c.
  2. Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning.
  6. Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis.
  7. Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam.

Yg ni untuk sume org pandai2 bg ya :D

Homemade Air Soya

HOMEMADE AIR SOYA

Salam kembali :-),

Dah berpeluh peluh makan som tam kita minum air soya pulak, hari ni nyer menu sihat2 belaka :D... Rasanyer kalau dah buat soya ni kan mcm biasalah mesti nak buat homemade nugget :D bekalan dah habis lah sana sini pulak tyg nugget huh! mmg kena buat... n kebetulan hari jumaat lepas balik dr embassy tu kita terlupa yg hari tu ada farewell party kat umah atas ni nak tak nak kena buat jugak sib baik dtg idea nak buat menu sempoi yg dia org tak pernah makan, jan tanyer mana gmbr sbb mmg terlupa kit cuma ada masa 2 jam jer nak siapkan! bygkan ajerlahh balik dr embassy terus duk kat dapur siapkan nugget ni tuk hantar kat atas tu bukan tu jer buat jemput2 campur2 ahahaha... kan dia org tak pernah mkn jemput2 kan hihihi.. masa tak de lah! tu yg kat kepala otak buat jer jemput2 ni senang :D ngeeee.... Resepi air soya ni dr KAK YANI senang jerrr rendam2 blend2 masak2 :D pastu jd okara dptlah buat nugget sedap! mekaseh kak yani! lupa nak snap okara sbb dah masuk dlm FB baru teringat nak ambik gmbr hihihi...

Air Soya n Okara

Bahan-bahan ( +/- 1 liter )
  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  1. Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  2. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  3. Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  4. Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.

Som Tam

SOM TAM

Salam windu buat semua :-)!!!

3 hari menyepi.. huhuhu..KENAPA??? nilah jwpn yg malas nak djwb tp kena jwb sbb klu tak jwb org kata kita dok berkebun kat FB :D oh tidak tidak nehi nehi... Ini jwpnnyer, jgn ada yg ngantuk2 baca entry som tam ya hihihi... Ok lah nak meringkaskan nyer gini lah ya... 4 hari lepas mana yg tgk berita tu tahulah mana yg tak tgk tak tahulah kan.. alkisah si baju merah mahu buat demo jdnyer keadaan dah jd kucar kacir especially schedule sekolah n tadika yg mmg ada pd 3 dan 4 hari lepas dan sampai hari ni.. Bermula hari rabu g apply visa kat JAPAN EMBASSY.. punyerlah ramai umat manusia! dpt nombor 191 DULANGI 191 huhuhu... sib baik oengurusan kat sini dkirakan pantas dan cekap sbb byk kaunter..alhamdulillah oleh kerana kita ni guna MALAYSIA PASSPORT dulangi MALAYSIA PASSPORT byrn yg dkenakan FOC!!! jan tak cayer org thai sendirik kena bayar RM100 jan tanyer kita kenapa itulah specialnyer PASSPORT MESIA hihihi.... then, hari khamis ada GRADUATION day kat tadika kakak yg berlangsung kat Marriot Hotel dan jgn tak tahu jugak hotel tu betul2 jalan besar yg dia org akn buat demo ni lah.. gitu gini balik dah dekat ptg jugak.. so nio masak2 lah kan, hari jumaatnye.. dapat kol dr tadika kakak n sekolah abg mengatakan cuti kecemasan n abg pulak balik awal dr waktu yg sepatutnyer.. DAN hari yg sama kena collect itu passport lah kan, alhamdulillah..ninja tu pun kena cuti sbb takut tak leh nak balik rumah kerana org2 BAJU MERAH ni lah huh! suke3!!!! :D ptg jumaat tu g embassy lg ambik passport jan tak tahu jugak org mcm semut jugak! takat g n balik 1 jam kita tak heran lah kan ni sampai berjam jam tu yg menyebabkan jadual harian kita pun tertunda tunda.. Hari minggu mcm biasalah kan kena beli bekalan makanan n g sepital dan mcm biasa urusan pulak bukan 1 jam 2 jam berjam jam jugak dekat sepital tuu.. mmg tak sempat betul nak blogwalking, bukan kita makan angin atau berkebun semata mata dekat FB tu :D jdnyer hari ahad hari tuk kita melapangkan minda n rehat2 kan bdn ni.. penat yg amat.. jdnyer dgn rasminyer HARI INI iaitu HARI ISNIN barulah memulakan tugas2 harian sebagai blogger yg harap2 dsenangi oleh semua pembaca insyaAllah.. amin

Citer som tam kat atas tu jer lah tetiba terasa nak makan brg2 mmg dah beli dr hari belanja tu lagi jdnyer senang jer lah main buat jerr.. nak ikutkan kita mmg kerap buat som tam ni maklumlah senang dan sedap dan diet hihihi... Resepi tak de rujuk mana2 lah buku pun tak kita tgk kwn thai kita ni buat sbb dia pun tak de sukatan.. dan kita pun main hentam jer lah! :D sume org tahu buat ni kan..senang jer... ;-)



SOM TAM

Bahan2>>

  • 1 1/2 gengem penuh betik yg dsagat>> kita guna manual jer
  • 1 genggam udang kering yg kaler oren
  • 1 btg kacang Panjang dpatah patahkan
  • 3 sudu makan atau lebih kacang tanah yg dsangan>>kita beli yg dah siap tu yg masin2 :D
  • Hirisan Lobak merah >>ni tambahan nk cantikkan kaler som tam tu :D
  • 10 biji cili padi atau kurang atau lebih
  • 2 biji lime perah ambil jusnyer
  • Air asam jawa ikut selera
  • 4 biji ceri tomato
  • 1 sb paste sugar atau sugar biasa tu pun ok
  • 3 sb atau lebih Sos Ikan
  • Ajinamoto>> org thai mmg tak leh tggl ajinomoto dlm masakan dia org jdnyer kita skip yg ni..
Cara2>>

Tumbuk bhn rencah dlm lesung n masukkan bhn cecair perasakan mana yg nak dtambah tambah lah ikut selera.. Sekurang kurangnyer guna besen besar senang nak gaul2 then baru masukkan bahan2 hiris..

Ni paste sugar yg dgunkan tuk buat som tam

**Untuk yg tgglkan jejak mcm biasa kita akn dtg buat balas kunjungan bila dah free nanti mekaseh dtg singgah sgt hargai dgn ingatan tulus ikhlas sume pengunjung.. n mekaseh buat KAK MAZ sbb kol tanyer khabar terharu sgt..

Khamis, 11 Mac 2010

My Happiness Burger

MY HAPPINESS BURGER

Salam kembali tuk hari ni ;-),

Ok ni n3 last tuk hari ni, sana sini org buat burger terseksa betull zahir dan batin hihihi.... tp kita buat style kitalah kan style ala2 McD tuuu tak pe tak same tp rasa dah ok ni best burger ever! cewahhhhh! betul tau! sbb prosperity burger pun kita tak pernah makan :D.. Ilham dr dapur KAK HANA n KAK INA KL.. Weeeeeee...sgtlah sedap!dgn roti yg lembuttt melampau tuuu mmg sedap! budak2 pun mkn abis tp tuk budak2 versi kecik sikit dgn paling kecik tuk si kenit tu.. Untuk daging burger sume kita masuk dlm FP senang kerja :D, Untuk Resepi ni ambik kat umah KAK HANA.. mmg sedaplaH! nak2 ada salad lebih huh! boleh licin makan! Terima kasih kekakanda2 ku sekalian atas resepi yg mabeles ni yaaa... nama jer lain sbb kita tgk sume org tak letak salad kan tu yg happiness sikit tuu ekekeke.... Mintak Izin n halal resepinyer! mekaseh! :-)

PROSPERITY BURGER

Bahan-bahan Utama
  • Roti Burger>>Leh rujuk kat SINI
  • Burger Daging>>Daging lembu, bwg besar, sedikit pati lembu, cinnamon powder sikit, nutmeg powder sikit, telur putih, tepung jagung,serbuk roti, black pepper, white pepper, grm. Masuk semua bhn kedalam FP.
  • Bawang Holland-di hiris memanjang-nak goreng boleh/nak yang mentah pun boleh
Bahan Sos Lada Hitam
  • 2 cawan stok ayam- guna stok ayam (air+kiub ayam)
  • 1/2 cawan susu segar - aku ltk suku cwn jerk
  • 1-2 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
  • 1/2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu mentega/ marjerin
  • 2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
  • garam dan gula - jika perlu

Jemput makan segeget ya! byk mulut nak kena bg neh :D

Cara-cara
  • Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam. Didihkan.
  • Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
  • Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
  • Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap.
  • Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam kat roti dan taburkan bawang besar yang di hiris.
  • Makanlah cepat-cepat tapi kunyah pelan-pelan yer..

Crispy Potato Wedges wif Mustard Cheese Sauce

CRISPY POTATO WEDGES w MUSTARD CHEESE SAUCE

Salam kembali buat semua :-),

Hari ni nak kena masak ala2 berat sikit sbb nak kena g hotel jap g ni :D, Ok layan resepi CRISPY POTATO WEDGES by NOORSHA @MyR dah byk kali buat wedges ni mmg sedap! Pastu untuk sos keju mustard tu ambik dr umah KAK ZALIANA resepi asal dr CHEF NORZAILINA.. Walau pun tak de rasa mcm kat KFC tu tp mmg sedap sos ni nak2 kalau letak byk2 dia punyer cis tu huh! Mmg sedapppppp sgt! Untuk resepi mintak izin n halal ya tuk rujukan akn dtg n untuk semua :-) tenkiuuu!!!

CRISPY POTATO WEDGES

Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.




SOS KEJU MASTARD

Bahan-bahan:
  • 2 camb mentega
  • 2 camb tepung gandum
  • ¼ camt garam
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 1 cawan susu segar
  • 1/3 cawan keju Cheddar, diparut -letak cheesedale + mozarella
  • ½ camt mustard (jenis kering, dlm tin) ~ mustard powder
  • Sedikit serbuk bawang putih

Cara membuat:
1. Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
2. Masukkan tepung, kacau 1 minit.
3. Bubuh garam dan serbuk lada sulah.
4. Perlahan-lahan tuangkan susu.
5. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.
6. Masukkan keju, mustard dan serbuk bawang putih.
7. Kacau selalu hingga keju cair. Jangan sampai mendidih. Angkat.

Hidangkan sos bersama kentang dan mayonis.