Selasa, 16 Mac 2010

Sardine n Egg Paratha Roll

SARDINE n EGG PARATHA ROLL

Salam n selamat pagi sumenyer! :-)

Hari ni cerah secerahnyer mcm biasa, sambil menantikan bila hujan rahmat nak turun... kering jer rasa niii dan panasssss jerr dah niiii.. dpt ujan sikit2 pun jdlah asal basah kat bangkok niii..Hari ni mcm biasa bgn buat bentou lagi! sampai hari khamis ni lah last buat bentou pastu dah cuti haru dahhh :D boleh senyum lebor selebornyer ^___________^.. Ok, ni sarapan pg ni, kelam kabut sikit sbb melayan si kakak dgn suar sukan tak jumpa baju ntah kemana haih! mmg angin jgk pg nii.. itu satu, kang makannyer berejam nak ngabiskan roti sekeping tu huh! Rumah suma org dah ada roll paratha ni kan? kita mmg lah suke nak2 ada telur pastu guna instant punyer hihihi..lajuu jerrrr... :D Kita sajer lah tambah sardin dlm telur tuu jdlah sardine n egg parataha roll.. Idea sapa ya ni ya? kita pun kalau terlampau M sgt kita main tampal2 mcm sume org buat ekekeke... Kita cnp dr dapur KAK HANA, kak hana pulak cnp dr dapur KAK ZAI hihihi... n boleh jgk tgk kat dapur GERT jgk ya :D apa pun mekaseh tuk idea n share jugak buat semua.. tenkiuuuuu!!!!!! ;-) mintak ijin n halal ya :D tq! Paratha instant yg kita guna ni made in singapore ada tanda halal tp tu lah ala2 kehekut sbb nipis sgt! tp mmg sedap paratha ni kita suke! cukup rasa sume harga tu biasalah mestilah mahal eheheh.. dah namnyer import kan :D

SARDINE n EGG PARATHA ROLL

Bahan-bahan
  • 5 keping frozen plain paratha - jenama kawan@lain
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)

Dbanjiri kariii :D

Cara-Cara

  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.

2 ulasan:

mamakitchen-makcikmanggis berkata...

salam yang..rata rata kawan2 dah buat egg prata ni mesti sedap kan?cm tak masak hari ni nak jalan jalan..anak anak cuti...jalan jalan cari makan hehe

fuzidss berkata...

memang betul tu rata kengkawan kita dah mencuba. Bila la akka nak mencuba ni