Isnin, 22 Mac 2010

Apam Mekar

APAM MEKAR


Salam n selamat pagi sume :-),

Mulakan pg anda dgn senyuman ^_________^ yg leborrrrr n sekembang apam kat atas nun :D.. Alhamdulillah semalam dah settle sume urusan kat sepital n org yg kena inject pun tak de apa2. Mekaseh yg dtg singgah, n semalam tak leh lama sgt ber OL sbb bz kemas brg carik2 buah tgn nak dbawak ke jepun nanti ni.. adooiiii yaiiii... ssh nak mencarik buah tgn tuk org jepun ni kena cek harga, cek berapa gram huh! naik krem kaki duk berdiri jerr... Kita org ginilah setiap kali balik jepun buah tgn mmg HARUS ada pastu payah sikit nak pilih yg mana, nak2 ada penasihat mak ninja tu kang itu tak kena kang rega mahal kang sikit sgt gramnyer.. bygkan jer lah ada 4 jenis buah tgn yg berlainan pastu setiap 1 jenis tu kena beli 20 pack???!!! huh! mana kita org nak letak baju2 kita org ni sume nanti sbb beg sume penuh dgn buah2 tgn ni sume... Tp tu lah, kena beralah dgn org tua ni kan dpt pahla :-) tp jgn monyok2 kang kurang pahle walau tolong sekali pun :D.. Kita ni tak kesah tp tu lah baju ni yg payah sikit huhuhu...
Ok, balik pd citer atas ni lah kan, sana sini mengAPAM kita pun nak mengapam jugaklah! semalam ni tgk kat umah KAK HAZILA dah buat aduhaiiii jeles sunguh mekar setaman jerr kak zila punyer kita pun apa lg malam2 tu jgk memekak dgn mixer hihihi...dan hasilnyer walau penat kembang mekarrrrrrr sgtttttt :D.. Mekaseh kakak2 sume yg dah buat apam ni n segala specis apam ni ya.. Yg kat atas ni resepi dr KAK ROSSITAMZ@MyR, mekaseh! Resepi ni dambil dr dapur KAK HANILIEZA, GEBUS dan LEMBUT tp kita tak de kelapa parut kita letak inti dlm dia :D.. Mcm biasa mintak ijin n halal resepinyer kak ita tenkiuuuuuu!!!!

APAM MEKAR

Bahan-bahan ( Dalam 50 biji papercup kecik ) >>Kita buat 1/2 portion
  • 250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml susu segar
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil ovallate
  • Pewarna (ikut suka)
  • Acuan kertas (paper cup) secukupnya



Sbnrnyer buat guna acu lompang tu tp dah malam + penat + Ngantuk terus guna cup yg besar sikit terus abis! hihihi...

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).
  11. Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh...!!

1 ulasan:

cikmanggis berkata...

semekum!pepagi dah senyum:)bagus3X