ads/iklan

Jumaat, 5 Mac 2010

Blueberry Cheese Tart

BLUEBERRY CHEESE TART

Salam dmalam sabtu sumenyer :-),

Maaf ya satu hari ni tak leh nak jalan2 sgt kepala kita dah senoneng balik lah bdn seram sejuk lagi :-( kali ni tak de selera langsung nak mkn pun punyer lah malas last2 masak maggi kari jerr huhuhu... pastu tido jap layan FB jap tu pun senyap2 jer tak leh duk lama2 sgt depan lappy huhuhu.... TAPI dah nmpk STRAWBERRY CHEESE TART kat umah KAK ZAI terus gagahkan diri jugak buat ni almaklumlah mmg antu segala tart ni tp tula, kita tak de lah stobeli yg besor2 tuuu yg byk stok blueberry jerrr dan lg satu ninja tu suke blueberry sbb dia tahu stobeli kat sini tak syedap! Jdnyer kita tukar filling jer dgn blueberry, SEDAPPPP sgt! tp tak leh nak bg ninja tu mkn lagi sbb tak sejuk tp td kita ni belasah jerrr lepas masak tuu dah sejuk terus ngap! :D sedaplah! suke base dia rangup lembut gitu.. Mekaseh ya KAK ZAI, resepi asal kat rumah KAK BABYBATRIESYIA aka NINA tp kita tak kenal n mekaseh sbb share resepi yg sedap ni senang pulak tu buatnyer.. Mintak izin n halal juga resepinyer ya mekaseh :-) cnp dr umah KAK ZAI, mekaseh to kak zai too!

>>Mekaseh yg dtg singgah n tggl mesej insyaAllah esok kita buat kunjung balas, nak p titun lah dah makan ubat ni.. Happy weekend sume!

BLUEBERRY CHEESE TART

Loyang : 10 in

**Sedikit perubahan

Untuk Doh Pastri

75 gm butter
25 gm gula icing**
1 biji kuning telur
150 gm tepung gandum

Butter, gula icing dan kuning telur digaul sekali. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Letakkan di atas loyang dan bakar selama 20 minit.


Untuk Adunan Cheese

250 gm cream cheese
115 gm gula castor**- akak guna 100 gm
1 biji telur
100 gm non dairy whipping cream
2 sudu besar tepung gandum
>>Kita tambah 1sb lemon juice

Cara-cara:
Putar cream cheese dan gula castor hingga sebati. Masukkan telur dan kacau rata. Jangan terlalu lama. Masukkan whipping cream dan tepung gandum. Gaul rata. Tuangkan ke atas base tadi. Bakar selama 40 minit pada suhu 150'C atau hingga bahagian tepi adunan cheese nampak sudah masak. Biar di dalam oven dalam sejam sebelum dikeluarkan dan disejukkan di dalam peti sejuk.





Topping

Strawberry - dibelah dua
Jem Strawberry secukupnya
Air
>>Kita gantikan dgn Blueberry Filling

Cara-cara:
Masak jem dan air hingga jem cair. Gaulkan buah strawberry di dalamnya. Hiaskan di atas tart tadi.

4 ulasan:

izahdaut berkata...

sedapnya..cantiknya..menggodanya...tak berani nak buat kut tak menjadi la..

K.Nor berkata...

ijah, bila la akak boleh merasa cistart ijah ni.. nk buat tak laku kut kat sini

Azita Zain berkata...

ika, k.ita lama dh teringin nak buat cistat ni tp bleum menjadi2 lagi. jeles tenguk ika punya..terliur dah ni!

Yat Maria berkata...

slm Ika...

ni resepi kita tengok terlioq jer ler..yg lain pat umah ni, tak berapa gemar..kalau kita buat & makan sorang2, alamat la naik ler tu scale berganda2..he he..

Yat