Khamis, 4 Mac 2010

Kek Suji @ Samolina

KEK SUJI @ SEMOLINA

Salam khamis buat semua ;-),

Wahhhh.... semakin dah nak sihat ni kan dah mulalh mula lah nak buat mcm2 nak makan mcm2 masuk list mcm2 pastu tak tahu nak buat yg mana satu :d, list ni dah masuk dulu sejak2 kekeliruan tepung suji n semolina ni huhuhu... sampai kan demam baru nak buat kek ni.. sblm ni menggong lg sbb tu tangguh dulu :D Tapi mmg puas hati lembapppppp sgt! pastu rasa dia mmg lain dr yg laen walau penggunaan tepung semolina aka suji tu sikit kesan dia pd kek tu mmg berikan rasa yg laen, dan lg satu juga sbb ada madu walahhhh1 enak banget! huhuhu... jan tanyer kita lah yg atas kek tu apa huh!.. itu sekrim lah, sekrim vanilla wakakaka... pukul2 jap kasi cair2 manja kenakan pulak dgn ceri???/ sendiri mau ingat lah rasa dia mcm mana :D cedapppppppp kat tekak kita :D.. Resepi ni rasanyer dah byk rumah yg buat since kita demam tak jalan2 sgt jd nyer tak tahu rumah mana yg dah buat :D. Resepi dr dapur CMG n resepi asal dr "A Nyonya`s Kitchen" blog.. Sapa2 yg ada tepung suji atau semolina ni leh cuba mmg sedap ;-).. Mintak izin n halal ya CMG resepinyer mcm biasa tenkiuu!!!

KEK SUJI @ SEMOLINA

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega berkualiti tinggi
170 g gula halus
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 camca teh esen vanilla
170 g tepung gandum
1 camca teh baking powder
100 g semolina @ suji
Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu (macam gambar no 2).
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkab tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.



Buat half portion n guna loyang kecik jerrr :D

3 ulasan:

Azita Zain berkata...

kat sini pulak kek somalina@suji ni! kat merata2 ruamh ada je kek ni...jeles tul! kena cuba gak ni. tegnok lak ika punya kek tu posing mengancam jer...

sonata anak kancil berkata...

eiihhh...sedapnya kek ni...senang2 nak buat la nanti...simpan resepi dulu....TK untuk dikongsi sama....

fuzidss berkata...

bestnya tengok orang buat kek ni... entahllah bila la akak nak explore ni