Rabu, 31 Mac 2010

Blueberry Cheese Cake, again!

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Salam n selamat pagi sume ;-),

eheheh.... all time fev my ninja yg sorang tuu lah ya, dah kempunan sgt nk makan sbb lama tak buat hihihi...buat semalam ptg tp dah habes separuh :D mmg suke betul dia dgn cis kek ni DAN resepi ni rasanyer the best! mmg sedap sgt2! tp og koslah kan dah ada alter2 sikit.. Thanks ti tuan punyer resepi suke sgt dia punyer tekstur cis tu lembuttt! Resepi asal dr MAJALH MIDI pastu kat dapur KAK ZAI pulak, dapur KAK HANA yg sentiasa panas tu pun ada jugak hihihi.... dan akn ada kat dapur kita jugak :D lagi dan lagi sbb dah ada org yg antukan dgn ciskek ni :D Mintak izin kembali resepinyer ya kak zai mekaseh!! best sgt! n best ciskek ever! ;-) Resepi asal ni guna ceri, sampai jepun jd strawberry, sampai sini jd blueberry hihihi... tak pe lah janji ada ry ry belakangnyer tuuu :D

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - lebih kurang 200g
125 gm mentega tanpa garam - letak 100g

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - letak 150g
1 sudu besar jus lemon- 2 sb

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Topping
Blueberry topping secukupnyer
Jus lemon
Gula caster
Sedikit air



Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream.
  8. Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.
  9. Tuangkan kuah topping hingga habis.

5 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
wah, Hubby antu ciskek? bestnya. saya nak buat pun, Hubby saya krg suka. Mungkin nak try wat topping gini, kot2 dia suka plak..hihi

Zana~Sweet Rose berkata...

salam ika!!! sedapnya cheese cake tu..nanti akak nak cuba buat lagi..ari tu buat x brp menjadi!! emmp sedapnye...

AJEZ SHIPUNDEN berkata...

salam...wah kak dah kuar lg ciskek ni...kita juga x buat2 dek x nyempat jerk....list dah amik..buat x jugak...huhuhuh curi sikit la dlm pinggan akak wat rasa2.... :P

kiEyn kiNah berkata...

cam ne nak wat toping dia???

vanilla_lovelorn berkata...

akak mane nk cari gelatin ek?