Sabtu, 6 Mac 2010

Nasi Daging Berempah

NASI DAGING BEREMPAH

Salam sabtu buat semua :-)

alhamdulillah dah ok sikit ni sbb selera pun dah nak ada niii dah nk mkn yg mcm2 :D, Ni kes terliur tgk kat umah KAK NOR ganu semalam ni, pulak2 skrg ni kita semakin suke dgn nasi2 berempah dgn perasa2 mcm ni mmg sedap rupanyer! i likeee!!! Sebelum ni mmg tak pernah makan nasi2 mcm ni selain nasi minyak ke apa tp rasanyer nasi2 mcm ni lggggg sedap :D.. Ambik resepi ni kat MyR mcm biasanyer dr KAK FIDA @ NASI DAGING BEREMPAH.. Ya Allah! SEDAPPP tak terkata nasi ni tp kita alter sikit lah ikut selera tekak yg ngada2 skrg ni kan.. :D mekaseh buat kak fida yg byk sumbangkan resepi2 yg best ;-) mintak izin n halal juga resepinyer ya kak, maceh!! :-), Nmpk bhn byk tp senang jer ;-)

NASI DAGING BEREMPAH

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • 1 kilo beras - basuh dan toskan
  • 500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
  • 1 cawan susu cair>>Kita guna fresh milk
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili>>tak masukkan tp tambah sos tomato
  • 1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
  • Air secukupnya
  • daun sup dan daun bawang - dihiris
  • 1 cawan bawang goreng
  • 20 ulas bawang merah*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 sb ketumbar biji*-disangar
  • 2 sk jintan halus/putih*- disangar
  • 1/2 jari halia*
  • 2 sb kismis*
  • 4 tangkai cili hijau*
  • penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 batang serai - dititik
  • >>Kita letak serbuk kari

silaplah patut guna beras basmathi lagi kaw kaw.. :D

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.>>Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  3. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

3 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
apa khabar? saya bru ada smgt nak blogwalkin. semerbak bau nasi daging nih. guna beras basmathi sah2 special punya. geram tgok kek semolina dan cheese tat kat bawah. hihi

sonata anak kancil berkata...

salam....sedapnya!!! seperti biasa...salin mintak salin resepi dulu...orang kata mentelaah dulu...jika ade mood nak memasak...terus masak...memang sedap jika nasi2 seperti ini...bila anak2 balik bolehlah buat kenduri anak beranak ....TK

Sue @ Nenie berkata...

Salam Ika,
Sedapnya nasi ni..Akak pon memang sukeee buat nasi-nasi berperiasa ni....dolu-dolu jelah masa nak trick Sara mkn nasi..now dia dh kenal nasi...Mama dia pun dah mals jadinya mkn nasi putih jelah....
Tapi sesekali buat sedap gak ni....