Sabtu, 20 Mac 2010

Kuih Keladi (o-kuih)

KUIH KELADI @ O-KUIH
Yg ni dah dgoreng sedikit cdgn dr lydia nak lg sedap mmg sedap!

Salam sabtu sume :-),

Since hari ni org baju merah yg sememangnyer kurang kerja dia org nakbuat demo lg, jdnyer jalan2 yg nak dtutup nanti ni termasuk jalan depan kondo ni haaa..huh! mmg men spoil kan betul hari2 minggu org.. Td ni g pasar dpt carik udang dgn sotong nak beli ikan konpius lagi ekekeke... Dan kuih ni ptg semalam dah buat sbb beli keladi semalam ni lah elok lah pulak tu keladinyer! kenyal2 gitu berkanji kata org kan? sedap! jdnyer menu hari ni menu keladi2 belaka hihihi.... Resepi dah lamaaaaa sgt masuk list baru hari ni tercapai hajat nak buat huhuhu... punyer lah lama peram resepi nii, sbb nyer buat nmpk KAK CM KAK HANA buat kek lobak putih tuuu dia lebih kurang jerrr cuma bhn utama lain yg lain2 tu lebih kurang jer sama.. yg ni kita letak santan sbb dulu ada chinese fred dia punyer resepi lgggg senang just guna santan keladi dgn tepung beras.. tp tak mintak lah dia punyer resepi dgn detail lg nanti nak tanyer dia lagi resepi dia tu sbb masa mkn kat mesia sedap sgt! yg ni pun sedap berempah cuma untuk 5 spice tu kita tak masukkan kurang suke kalau kukus2 ni letak rempah tu hihihi.. Untuk resepi rujuk kat MyR dr LYDIA@SKYBLUE, mekaseh lydia! cam biasa i cnp dr MyR thanks!! SKYBLUE @ LYDIA MyR leh klik situ.. Mmg sedap! kita ni thp pemalas makan dgn sos cili jerr hihihi.... Selamat hujung minggu sume!!! hari2 minggu ni n3 slow sbb byk luangkan masa dgn ninja n kids :D.

KUIH KELADI @ O KUIH

Bahan-bahan ( 9" )

  • Bahan-bahan untuk bancuhan:
  • 170g tepung beras
  • 40g tepung ubi (tapioca)
  • 500ml air
  • 1 sk garam
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1/4 sk serbuk 5-spices (boleh lebih sikit jika suka)
  • 1/2 sk serbuk stok ayam
  • Bahan-bahan lain:
  • 300g Keladi, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 50g Udang kering, direndam dlm air dan toskan
  • 5 biji bawang kecil, dimayang
  • 2 sb minyak masak
  • 1 biji cili merah (optional)
  • Daun sup / ketumbar (optional)


Yg ni baru lepas kukus nak goreng dgn sikit minyak just guna minyak gorengan bwg, powderkan dgn tepung gandum then goreng cam biasa tu..


Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras. Keluarkan dan diketepikan.
  3. Masukkan bawang kecil kedalam kuali yang sama, jika perlu, tambah sedikit minyak. Goreng bawang kecil sehingga garing.
  4. Keluarkan bawang bersama separuh minyak dan tinggalkan sedikit minyak didalam kuali. Bawang tadi di letak dlm mangkuk kecil berasingan.
  5. Masukkan udang kering ke dalam kuali, goreng sehingga perang. Masukkan bancuhan (1) sambil kacau.
  6. Masukkan keladi tadi ke dalam kuali, kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.
  7. Keluarkan (6) dari kuali dan masukkan ke dalam acuan dan rata-ratakan permukaan. Stim selama 30-40 minutes.
  8. Biar sejuk sedikit sebelum dihidangkan degan cili, bawang dan daun sup.
  9. Note: - Boleh dihidangkan pada suhu bilik atau panas2. - Potong 1" tebal, salut degan sedikit tepung gandum dan goreng degan sedikit minyak sehingga garing... sedap dimakan dgn sambal.

3 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
nampak sedap kue nih. ada keladi, udang kering. uish, kalulah beli kat pasar ada ubi keladi. tak ternampak plak tadi....
tumpang makan kat sini dulu la. hihi

Merah Baldu berkata...

kite suka mkn kuih ni..selalunye ltk sambal n gula merah.sedap sgt

openid berkata...

Salam Ika!
Nape ni first time kite tengok kuih ni...? esh, makan ngan sos cili ye... keladi kite memang suke... nak sepotong nak try!
ijan