Rabu, 3 Mac 2010

Hotd*g Bread


DSC_0585
HOTD*G BREAD

Salam kembali sume :-),

TERIMA KASIH yg dtg tggl mesej n tanyer khabar, khabar tuan umah pulak yg kuranggg.. budak kecik tu dah ok cuma biasalah kan ambik masa sikit belum baik sepenuhnyer masih dtahap ngada2 yg amat! huhuhu.... Turn kita pulak lah yg tak sihat ni tu yg senyap jer tak berapa nak aktif sgt, penat lah, selera pun kurenggg jerr.. :-(
Tp tugas ibu tu WAJIB dlaksanakan :D tp syg pulaklah roti kali ni berkedut kedut! huh! tuan sakit roti yg dbuat pun sakit hihihi... pastu besor2 pulak tu! ahahaha.... punyerlah layankan bdn tak sedap dok gentel2 besor2 jerr doh tu tu yg dpt sikit jer tu, tp dpt satu mmg dah kenyang :D.. Ada sebab lah kita buat roti ni, tunggu kat atas tu ya :D.. Resepi ambik kat MyR @ KAK YANI mem besar MyR, mekaseh kak yani! Mintak halal n izin resepinyer maceh!

HOTD*G BREAD

Bahan-bahan ( 6 biji )
  • 160ml air
  • 250g tepung roti
  • 14g(1 1/2 sudu besar) gula
  • 4g(1 sudu kecil) garam
  • 8g(1 sudu besar) lemak sayur
  • 2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
  • 16g(3 sudu besar) susu tepung
  • 1sk WATER ROUX >>yg ni kita masukkan

DSC_0586

Cara-cara

  1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
  2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
  3. Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
  4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
  5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.

2 ulasan:

MamaFaMi berkata...

Punyalah lawanya roti Ika ni! Jeles aa.. Ingatkan roti belilah tadi....

zaliana berkata...

wow...roti nampak sebijik mcm kat kedai...akak nak cuba buat jadik mcm ni jugak laaaa