Selasa, 23 Mac 2010

Mee Hailam

MEE HAILAM

Salam kembali dptg selasa ;-),

Kejap jer dah petang kerja tak habis2 lagi nii huhuhu....mata pulak ngantuk jan citerlah, nak tido kang terlelap terbabas babas ni kang hihihi.... Ok menu mudah tuk lunch hari ni, menu bersama jugak dgn menu budak2 :D Lama jugak dah tak buat mee hailam nii, tu yg terasa nak makan tuu guna mee cintan jer mee kuning tak de lah.. Sedap! guna resepi yg sama dr CMG@MyR maceh cikmat! Mintak izin n halal juga resepinyer tq!!

MEE HAILAM

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara

  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

2 ulasan:

zai@umiaiman berkata...

tuuuudiaaaa mee hailam sudah mari... sedapnyer... buat lunch...xmkn nasi ke?

Yat Maria berkata...

alamak mee hailam....confirm sedap Ika....ingat nak pi buat gak tapi rasa2 byk bahan dah tak der dlm esbok tu..errrr..tak kan nak buat mee hailam togel jer ek..