ads/iklan

Rabu, 17 Mac 2010

Blueberry Finger Bun

BLUEBERRY FINGER BUN

Salam sume dhari rabu ;-),

Tetiba angin meroti sampai ptg semalam :D jeles lah tgk umah KAMALIA, SAKURA EMI n ROSS roti blueberry nii, almakluomlah kita skrg ni mmg sukeeeee sgt dgn blueberry! Tp byk jgk tragedi nak buat roti ni huhuhu.. biar rahsia :D ehehehe... Untuk budak lg dua org tu buat bun cekelat lah pilihan dia org suh letak choc chip byk2, yer la nak kang abis buat lagi :D.. Resepi ambik kat umah ROSS OSAKA.. maceh ross! akak suke lah sedap n lembut ;-) tp tak berapa nak cunlah dia punyer jem tu kejap kuar kejap sumbat hihihi... tu yg ada besor ada kecik line dia tu :D.. rasa parmesan pun ada :D... Nilah projek akak semalam sampai kemalam jugak huh!.. Mintak ijin n halal resepinyer ross ;-) tq!! ambik se finger tu ya :D makan bg2 :D

BLUEBERRY FINGER BUN

Bahan-bahanya:

180gram tepung roti
50 gram tepung gandum>>tak masukkan sbb tpg gndm kita ntah mana ntah! hihii
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu marjerin>> kita letak shortening separuh dr adunan asal
130 ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread impover
1 sudu kecil bread softner>> tak letak
2 sudu besar parmesan cheese




Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada jari. Kalau ade Breadmaker tekan Dough dan On dan tunggu sampai siap.

2.Langkah seterusnya jika uli tangan, kemudian masukkan dalam plastik bersih dan ramas-ramas doh selama 5-10 minit, keluarkan dan uli lagi beberapa minit di dalam mangkuk adunan. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda.

3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untk keluarkan angin, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan di dalam acuan petak 18cm. biarkan doh naik sehingga dua kali ganda lebih kurang selama 40 minit atau 1 jam.

4. Gliss pemukaan roti dengan 1 sudu kecil susu+ beberapa titik madu, kemudian paipkan jem blueberry diatas bun, bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit. Apabila baki pembakaran tinggal 10 minit, tutup permukaan roti dengan alumunium foil, bagi mengelakkan permukaan roti terlalu perang, tutup pintu oven dan biarkan proses pembakaran selesai, setelah masak sejukkan atas redai dan amat sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, selamat mencuba.

2 ulasan:

tracieMoo berkata...

wah! Blueberry cheese bun.. dah lapar tengok photo ni.. Great job! I'm still learning how to make bread. dah puas try, tak jadi jadi ni..

K.Nor berkata...

bila la mood meroti akak nk balik ni ijah..