Selasa, 30 Mac 2010

Donut Berlin

DONUT BERLIN @ BERLINER

Salam kembali buat semua :-),

Mintak maaffff sgt2 tak dpt nak mengupdate n3 terkini sibuk sikitlah sejak2 budak dah cuti sekolah ni kan, pastu byk benda yg nak kena buat lepas ni, lagiiiiiilah sibuk huhuhu.. Mekaseh yg sudi tggl mesej n jejak kat cbox tu ya, sayang sume!!! :-) Kita masak2 pun malasnyer nak menaip sbb kalau dah menaip ni mau 2 jam depan lappy huhuhu... Kita n family sihat2 jer alhamdulillah.. Harap sumenyer pun sihat2 juga ya ;-).. Ok ni bf pagi ni, hari ni menu roti2 jerr malas betul nak masak berat2 gitu :D Kali ni buat donut ikut resepi KAK HANA kat dlm buku apa ntah! lupa pulak ehehe... DONUT BERLIN sepatutnyer donut ni sumbat jem dlmnyer tp kita ni tak de penyumbat yg leh cucukkan kat donut tuuu ekekeke... kita buat jer lah bulat2 biasa tuu nak makan ngan jem belah jer tgh selet jem abis citer! hihihi... Rasanyer lama sgt dah kita tak wat donut sbb malas punyer pasal ni pun td abang mintak topping cekelat mama malas sgt lah abg lenkali jer lah ya ehehe... KAK HANA!! mintak ijin n halal resepinyer ya :D.. Nanti kalau free bukak YM k ada berita terkini hihihi... Untuk yg dtg ke sini insyaAllah free nanti kita buat balas kunjungan mekaseh sume :-)

DONUT BERLIN @ BERLINER

Bahan-bahan
  • 500g tepung roti - tpg gandum pong boleh
  • 20g yis kering
  • 295ml susu segar suam
  • 50g gula
  • 6g garam
  • 25g butter
  • 25g shortening
  • 50g kuning telur
  • 1/2 sk parutan kulit lemon
  • esen vanila - tk ltk sbb dh ade lemon
  • Filling - ikut suka
Cara-cara
  • Campurkan yis dan juga susu segar suam. Ketepikan. Biarkan yis kembang lebih kurang 40min.
  • Gaul tepung, gula, garam seperti breadcrumbs. Masukkan butter dan juga shortening. Gaul lagi.
  • Lobangkan bahagian tengah doh.. Kocok2kan kuning telur dan tuang ke dalam tepung. Kacau rata. Tuang campuran susu dan juga yis yg dh kembang td sedikit demi sedikit. Uli.
  • Masukkan pula esen vanila dan juga parutan lemon. Uli sehingga menjadi doh yg licin dan elastik.
  • Kaedah lain - Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. dan tekan menu Dough. On kan tunggu sehingga siap.
  • Tutup doh tadi dengan kain lembab atau cyling film, perap hingga naik dua kali ganda. Doh nih mudah naik, so tak amik masa lama sgt.
  • Tumbuk2kan doh. Bahagikan kepada bulat2 kecil lebih kurang 40g setiap satu.
  • Naikkan doh skali lagik. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. dan sejukkan.
  • Sadurkan donut ke dalam gula halus dan tekan sket agar donut leper sedikit.
  • Inject@paipkan filling ke dalam donut.
  • Siap utk dihidang.

2 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
wah, donut berlin ni nampak sedap. menjadi ya bulat2nya..gebu...

Tanpa Nama berkata...

DONUT TERBAIIIK

Kpd. sesiapa yg bermasalah nak dapat jodoh, zuriat ,atau kena sihir atau apa masalah spiritual boleh diselesaikan dgn menggunakan Al quran hubungi 012 7693808 jb.tq waslm amin