Selasa, 30 Mac 2010

Pizza Ayam

PIZZA SUKAHATI :D

Salam kembali :-) masih dhari n waktu yg sama :D,

Haaaa..satu lg menu malas! :D budak2 yg letak topping ni sume dgn pemerhatian n speaker dr kita jerr hihihi.. yg ada olive tu kita punyer lah kan yg laen2 dia org yg letak since dia org ni kan kalau mkn pizza suka sgt umpil2 kuar sayur2 tu nak2 yg ijau tuuu jdnyer biar dia org letak topping yg dsukai mcm biasalah kan topping sosej, jagung dgn cis jerr ehehehe.... Kita lak mcm biasalah mmg peminat vege jdnyer sayur jer lh alat2 :D Untuk Resepi kita ambik kat MyR dr MINAMI san, cuma kita gnti dgn olive oil jerr :-).. Mintak halal n ijin juga resepinyer ya minami san, mekaseh!! byk kali jugak guna resepi nii jdnyer ni ulang tyg lah ya ntah yg keberapa kali tak tahu ekekeke...

PIZZA AYAM

Bahan-bahan ( 1 keping pizza saiz L )

  • 200 gm tepung roti
  • 1 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 125 ml air
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu susu tepung
  • bhn2 utk topping
  • ** 2 keping dada ayam
  • ** 2 ulas bawang putih
  • ** serbuk lada sulah
  • ** mayonis
  • ** sos cili dan sos tomato
  • ** cheese
  • ** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
  • ** black pepper


Cara-cara

  1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
  2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
  3. utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.
  4. Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
  5. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!


Sebelum tabur cheese :D

2 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
adus...kecur air liur tgok piza. adus..saya tak beli cili benggala. mmmg menarik, kan, kalu letak toping macam2. budak2 mmg suka ni...

PALATABLE berkata...

Salam Ika, sedapnya piza..macam2 toppingnya...