Selasa, 9 Mac 2010

Gulai Udang Galag Kalio

GULAI UDANG GALAH KALIO

Salam kembali sume! ;-)

Waaaa..sana sini menggulai i pun nak gulai jugaklah! tp dgn udang lah kan :D, lupakan daun kunyit yg dah nak habes, daun kesom yg dah lencun tuuu hihihi... Tp mmg sedap gulai ni bau daun kunyit, limau purut dgn kesum, Resepi ni ada kat umah KAK SUE@ NENIE pastu KAK HANA pulak buat pastu KAK FUZIDS aka DAYANG pulak buat pastu turn kita pulak ya lenkali guna ayam sbb ptg nanti nk masak ayam asyikkkkkk ayammmmm ajerrr :D huhu...
Tapi kita ni ala2 diet tau santan kita tak letak just ganti dgn fresh milk jerr :P, tp ttp maintain sedap cuma kurang lemaklah kan tp jus dr udang td tuu dah cukup buat kuah dia berlemak! Resepi cnp dr umah KAK HANA.. mekaseh yaaa penyumbang2 resepi.. n resepi asal dr CHEF WAN chef terkenal kat mesia :D.. Mekasehhhhhh daun keladi!!! enak banget! ;-)

GULAI UDANG GALAH KALIO

BAHAN-BAHAN
  • 1/4 ekor ayam kampung (dipotong sederhana besar) - gune ayam bando je
  • 200~300 ml santan
  • 1/4 biji nenas (dipotong ikut suka)
  • Sehelai daun kunyit (dicarik-carikkan)
  • Sedikit daun kesum
  • 3 helai daun limau purut (dicarik-carikkan)
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumisan (diblend)
  • 5 biji cili kering (direndam air panas sehingga lembut dan toskan)
  • 3 tangkai cili padi (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sehiris halia
  • Sehiris kunyit
  • 1 batang serai
  • 1 biji buah keras
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 2 helai daun limau purut

PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan cili masak.
  2. Masukkan ayam dan gaul mesra dengan rempah tumisan dan kecutkan lebih kurang 5min pada api sederhana.
  3. Masukkan santan,nenas dan daun kunyit..Kacau dengan api perlahan sehingga mendidih...jgn sampai pecah minyak.Perisakan dengan garam dan gula.
  4. Masak sehingga pekat..Masukkan daun kesum dan daun limau purut...Sedia dihidang.



HAAAA>..yg ni yg jd tak sedapnyer skrg niii huh! cuba tgk skrin kat lappy kita belah bwh tuuu dia kuar line2 sesat berkelip kelip kalau nak klik shorcut yg kat bwh tu mmg tak nmpk, kenapa ntah! sib baik bulan depan nak balik jepun kena bwk lappy ni sekali masuk ward sbb masih dlm guarantee lg.. kang silap hb pluppp! terus sume tak nmpk! huhuhu... tunggu dulu ya kalau nak merajuk pun jgn sekarang :D..

2 ulasan:

Merah Baldu berkata...

line2 tu dia bg tanda..suh ready je tu..heheh

fuzidss berkata...

wahhh Ija.. lagi menganjam laaa. Udang galah nampak fresh..Akak sukeeee sangat ni