Sabtu, 27 Mac 2010

Nasi LEmak Kukus

NASI LEMAK KUKUS

Salam kembali ;-),

Akhirnyerrrr! hah! baru puas hati lama benor tak makan nasi lemak ni gara2 teringat kalau mkn sure bertambah tambah tambah hihihi... tak pe dah seminggu tak mkn nasik niii mkn pun ala2 segan gitu kan jdnyer hari ni kita balas dendam untuk minggu yg lepas ni ya ekekeke.... NASI LEMAK KUKUS, sedap! buatnyer tak lah payah tp renyah sikit jerr, tak byk pun sikit jerrr :D rasanyer lg sedap dr tanak biasa cuma malas dgn tak jer lah kan :D Sblm ni kita pun dah pernah buat jugak nasi lemak kukus cuma lain resepi jer kali ni ambik resepi kat umah KAK HANA dan resepi asal kat umah KAK ZURA.. Bau2 serai daun pandan sedapnyerr! mmg keja nak menambah jer lah kalau makan :D, wahai kakak2ku sekalian ijinkan n halalkan resepinyer juga ya mekaseh!! lebiuuuu!!!

Alkisah jugak nak selitkan kat sini jugak, kita semalam ni masa sedang sibuk ber FB jengah2 profil kwn tgk2 gmbr kwn tup tup terjumpa sorang kwn satu sekolah ni lah, kita jarang bertegur sbb lain aliran tp bertegur jugak lah kan kalau tanyer2 gitu ehehe... skrg ni rasa rindu pd semua kwn2 sekolah sama ada yg se aliran atau pun tak sbb bila dah ddk jauh ni rasa sunyi jerr bila imbas balik waktu sekolah tersenyum sorang2, mekaseh yer SITI NURIZA SALEH hb dia pun sekelas dgn kita dulu ehehe... tu yg xcited + tak percayer gitu.. Mekaseh ya iza add kita semoga hubungan persahabatan ni pulak kekal kat sini insyaAllah.. :-) Panjang sudah tajuk nasi lemak kukus hari ni hihihi...Ni resepinyer ;-)

NASI LEMAK KUKUS

Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmathi (direndam 8-10 jam) - hana gune beras thailand
  • 4 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 biji kelapa
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan


Cara-cara
  • Beras yang telah direndam dicuci bersih dan toskan airnya. Bawang merah, bawang putih dimayang. Halia dihiris memanjang. Serai dititik. Santan diambil patinya sahaja.
  • Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam loyang kukusan yang dialas dengan sehelas kain kasa ataupun kain net. Terlebih dahulu didihkan air kukusan. Kukus beras selama 40 minit dan kemudian keluarkan beras dari kukusan dan dibubuh di dalam besen kecil dan curahkan air panas dalam 1 pot tin susu. Kacau sehingga airnya meresap ke dalam beras. Kukus semula selama 1/2 jam. Selepas 1/2 jam keluarkan semula beras dan arun dengan santan pekat dan bahan-bahan yang lain dan kukus lagi sehingga nasi benar-benar lembut dan masak.
  • *jika tidak memasukkan biji-biji halba kita bolehlah merendamkan halba dan diambil airnya sahaja dengan cara meramas-ramaskan halba tersebut. (Ini adalah kaedah orang-orang terdahulu di Johor Bahru kerana biji-biji halba yang terdapat pada nasi yang telah dimasak nampak tidak berapa molek)
  • Nasi lemak ini sedap dihidangkan bersama sambal tumis, rendang atau ayam goreng berempah, telur dan mentimun.


>>Kak mimi!!! ni gmbr seasoning yg dcampurkan dlm ladna.. ada tak kat sana? ehehe...

UNTUK MESEJ PULAK, akn buat balas kunjungan bila free nanti insyaAllah sibuk sikitlah cuaca dingin jer niii dr semalam :D alhmdulillah sejuk sikit :D. HAPPY WEEKEND SUME!!! ;-)

8 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

tak pernah buat nasi lemak kukus ni...bolehlah cuba la...TK salin resepi!

Siti @ nurie berkata...

bestlah ija tgok resepi ko...buat aku jeleslah....sih,...baru smlm teringin nak makan nasi lemak, hr ni ko dah kuar menu nasi lemak pulak...

Yat Maria berkata...

salam Ika..

wlpun tadi dah makan puas2 kat seberang, kita ada bawak tupperware besar ni for the nasi lemak..so letak la penuh2 eh..coz sini tak dak org nak buat kan kita..huwaaaa..

kakpah berkata...

salam ika. sedap nasik lemak kukus ni. Tengok gambar yang ika letak je dah meleleh air liur ha..
Tapi kakpah ni tak leh makan nasi lemak banyak2. bahaya...

PALATABLE berkata...

Salam Ika...sedapnya nasi lemak kukus pasti harum baunya kan...

http://treatntrick.blogspot.com

openid berkata...

Salam Ika!
Lama tidak ku jenguk dirimu. Dirimu apa kabor? sihat ke lepas mengukuskan diri dengan nasi lemak itew? hehe.. kebetulan lak.kite pon melemak tadi. :)
Ijan

Sue @ Nenie berkata...

Nasi lemak kukus,
nyum nyum nyum sukaaaa ni....

Tanpa Nama berkata...

kpd sesiapa yg bermasalah nak dapat zuriaat, jodoh tak sampai jangan tu7nggu lama2 hubungi kami 0127693808 jb untuk khidmat runding guna al quran .tq wslm