Rabu, 3 Mac 2010

Conney D*g

DSC_0589
CONNEY D*G

Salam kembali :-),

Haaa...ni lah dia! dah lama ngidamkan benda alah ni ekekeke.... malas nak buat roti dia tulah yg jd tangguh2 jer kejanyer :D Lega sungguh dpt makan barulah puas hati dan senang hati :D, tak yah ckplah kan mmg dah ramaiiiiiiii yg buat ni kan.. Tp tu lah, sosej tenggelam sbb roti nyer bersaiz XXXL :D.. Curah dia punyer inti tu byk2 walahhh! mmg best tak hingat bdn tgh tak sihat :D tp kan kita klu demam mmg kuat makan atau pendek kata berselera makan kali ni tak la pulak loyerrr tak de selera jerr BUKAN loya ada isi loya ngada2 hihihi... Resepi ni ambik kat MyR jugak dr KAK FIDA DAUD maceh kak fida yg sedang sibuk bercucuk tanam dan memasak kat FB ekekeke.. Mintak halal n izin resepinyer ya tq!

UNTUK KOMEN KAT N3 n CBOX INSYAALLAH KALAU OK SIKIT FREE SIKIT MALAM KARANG BUAT KUNJUNG BALAS, MEKASEH! RINDU TAU KAT SUME ORG :-).

CONNEY D*G

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter



DSC_0590
Kata org ala2 A&W TAPI kita ni dah nak tue tak pernah jejak kaki kat A&W ahahaha..jdnyer tak tahulah rasa yg asli camne mcm yg kita buat ni kot! :D

Cara-cara

  1. SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

3 ulasan:

MamaFaMi berkata...

Sedapnyaaaa la hai... bikin gue keping aje!

geraugebang berkata...

Sedap sungguh Conney Dog, sedap lagi Ayam panggang kerisik mu wahai adikku....

fuzidss berkata...

Ija, malam tadi my Alif yg demam la ni request coney dog ni. Akan buat malam ni