ads/iklan

Jumaat, 19 Februari 2010

Talam Gula Merah

TALAM GULA MERAH

Salam n selamat pagi sume :-),

Yeaaaaaaaa!!!! akhirnyer menjadik jugak kuih talam nii hihihi... oppss.. ni 2nd trial ya, 1st trial buat dia tak mo lekat lapisan atas bawah :D lepas dapat tips dr DATIN JUNS n KAK YATIE barulah jadik! cuma td ni kita silap, kita main cakar2 bhgn tengah jerr jdnyer bhgn tepi tu dia malu2 nak lekat tp keseluruhan melekat! :D macehhhh kekanda2 ku sume :-).. Bila tgk org buat terasa jer nak makan nak beli tak de, kenalah buat.. dan sebenarnyer kan, kita tak suke kuih2 mcm ni dulu2 masa muda remaja belia nii tp tak tahulah sejak2 dah nak naik angka ni kan rasa cam dah tue, selera pun tukar bak kata kak jun lah kan wakakakaka... Tp tak pe, kuih2 mcm ni yg nak kena dhidupkan balik sbb akn pupus huhuhu.. semalam ada byk kemalasan lah.. ntahlah nak golek2 jerr kejanyer huhuhu... ninja tak de rasa mcm ada yg missinggggg jerrr :-( tp tak pe! hari2 dpt tgk muke ^_______^ love u papa! muaaaaccchhhsss! Untuk resepi talam ni kita ambik kat umah KAK YATIE US :-) maceh kak! kita suke sgt! sedap tauuu.. ;-) Mintak izin n halal resepinyer buat rujukan lain kali ya :-)

TALAM GULA MERAH

Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.


see!!! dia lekat kan kan kan!!! hihihi..

Lapisan Atas

* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Khamis, 18 Februari 2010

Bakso Resepi II

BAKSO
Resepi II

Salam kembali semuanyer :-),

Oleh kerana hari ni kita nak g kuar awal jdnyer kena masak awal lah jugak kan :D n as promise deetha, akak dah buat baksonya mmg sedap sekali kena dgn selera akak ya dee.. Sebelum ni guna resepi Che`iza tp che`iza pun dpt resepi dr org indonesia juga, n since kita dah suke ni mmg nak carik lagi variasi resepi baksonyer, mmg sukeeeeee sgt! Bakso ni byk jenis rupanyer alkisah... baru tahu tp yg kita suke daging sapi ini hihihi... Lama jugak tak buat bakso, lepas dapat kenal dgn DEETHA baru lah terasa nak tanyer resepi bakso dr dee.. Terima kasih ya deetha atas resepinyer yg kamu bg tu ya... aduiiiiii..pening paler sbb nak translatekan ke bahse melayu sbb bahse jawa mesia dgn pure indonesia ada lain sikit mummet endasku tgk word2 yg tak pernah ddgr :D n thanks tu dee jugak sbb tolong bg jwpnnyer :-).. Resepi asal dr CHEF BUDI BOGA/SUTOMO(org yg sama hihihi) dan dpt resepi ni dr DEETHA cik adik manis yg pandai masak2 juga ;-).. lepas ni akn ada lg menu2 dr indonesia hihihi.. Mintak izin n halal resepinyer untuk dpublish dsini juga ya dee, kalau enggak boleh cepat2 bagi tahu dgn akak.. Thanks! Sikit coretan lah eak, bakso ni dia rasa lada putih yg byk itulah kelainan dgn sup yg ada kat mesia. Correct me if im wrong :D, Deetha, kalau ada word yg akak salah tu betulkan eak? :D


Bakso Kuah Daging Sapi

Bahan:

60 g caisim, potong-potong, rebus, tiriskan >>Sawi dpotong n dcelur toskan
60 g suun, seduh air panas, tiriskan>> Suun dcelur n toskan(tak sure suun atau bee hoon)
60 g mi kuning, rebus, tiriskan>>Mee kuning, rebus n toskan
1 sdm bawang merah goreng

Kaldu:>>Kuah atau soup

1500 ml kaldu sapi>>Air rebusan daging(atau kiub lembu)
4 siung bawang putih, haluskan>>Bawang putih cincang atau tumbuk
1 sdm minyak goreng
1 sdm kecap asin>>Kicap masin
1 sdt lada halus>>Lada sulah
1 sdt garam halus
1 sdm sledri cincang>>Daun sup

Bakso Sapi:

400 g daging sapi, giling halus>>Daging lembu yg dhancurkan
1 sdm tepung terigu>>Tepung
2 sdm tepung kanji>>Tepung ubi
1 butir putih telur, kocok lepas>>Telur putih dpukul sedikit
¼ sdt lada halus>>Lada sulah
¼ sdt garam halus
(Untuk bebola ni kita masukkan dlm FP sume sekali )

Pelengkap:

Sambal cabai rawit>>Cili padi dtumbuk dgn air rebusan daging atau perahan lime pun ok
Saus tomat>>Sos tomato
Kecap manis

(untuk pelengkap kat atas tu kita satukan sekali sumenyer tu yg jd kaler dia pun lain pesen jer hihihi)




Cara Membuat:


1. Bakso Sapi: campur semua bahan bakso, uleni hingga tercampur rata. Bentuk menjadi bulatan-bulatan. Rebus hingga matang dan terapung. Angkat, sisihkan.

2. Kaldu: panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum, tuang kaldu, kecap assin, lada, garam dan sledri cincang. Masak hingga mendidih. Angkat.

3. Penyajian: Atur bakso, suun, mi kuning, caisim di dalam mangku saji. Tuang kaldu panas, taburi dengan bawang merah goreng. Sajikan panas dengan sambal cabai rawit, kecap manis dan saus tomat. Sajikan.

Untuk 5 Porsi

Tip: Rebus bakso di dalam air yang mendidih dengan api sedang. Jangan merebus dalam air yang terlalu mendidih karena bisa menyebabkan bakso pecah dan tekstur tidak halus.

Chicken Varuval

CHICKEN VARUVAL

Salam n selamt pagi sume :-),

Dah beberapa hari ni cuaca panasssss yg amat kdg tu mcm nak berendam jer dlm air 24 jam hihihi.... bila dah mandi tak reti2 nak kuar awal :D, Hari ni nk kuar g carik charger lah sbb esok hari jumaat dah malas nak kuar2, jdnyer kuar hari ni tak ramai org sgt biasanyer hari jumaat ramai org.. Semalam malam2 buat last ronda2 nmpk ayam ni kat umah LOVE2COOK, so tgk bhn2 dia pun bukan main senang masaknyer pun tak leceh ehehehe... terus salin n apa lg pagi ni masak lerr :D selain tu buat menu sampingan bentou untuk kakak n abang..jdnyer yg kita skip td ni cayenne itu jer yg lain2 ikut dlm resepi.. honestly mmg sedap! tak sangka tgk bhn2 dia tu kan biasa2 jer tp gabungan serai daun kari(tggl kurang dr segenggam huhuhu.. ) mmg hasilkan rasa dgn aroma yg lain byk2 lauk ayam kan ni rasa dia lain sikit.. Menurut sis LOVE resepi ni berasal dr south indian dan kebanyakkanyer ayam2 jenis mcm ni mmg jarang2 sekali buat atau kita yg jakun kun?? hihihi... Tenkiu SIS LOVE! as usual cnp this mabeles recipe here ;-) really love it! tenkiuuuuu lebiuuuu.. :-)

CHICKEN VARUVAL

Ingredients :~
  • 1 whole chicken ~ cleaned and cut into smaller pieces
  • 3 tbsp garlic-ginger paste
  • 2 tbsp chilli powder ( may also add some curry powder)
  • 1/2 tsp turmeric powder
  • 8 dried chillies ~ cut into pieces
  • 2 onions ~ sliced/cut into rings
  • 2 sprigs curry leaves
  • 2 lemongrass ~ crushed
  • 1 pc cinnamon stick
  • 2 pcs star anise
  • 2 pcs cardamoms
  • 1/2 tsp fennel seeds
  • 1/2 tsp cumin seeds
  • 1/2 tsp grounded blackpepper
  • salt to taste
  • oil for frying



Kaler dia pelik sikit tp rasa luar biasa must try! ;-)

Cooking Method :~

  1. Marinate chicken pieces with garlic-ginger paste, chilli powder, turmeric powder and salt for 20 mins.
  2. Heat oil in wok, fry marinated chicken till cooked and set aside.
  3. Reduce the remaining oil. Sauté cinnamon stick, star anises, cardamoms, fennel and cumin seeds till fragrant.
  4. Add the sliced onions, dried chillies, lemongrass and curry leaves. Stir till they turn light brown.
  5. Add the fried chicken, blackpepper and lil salt. Mix together. Dish out.

Rabu, 17 Februari 2010

Blueberry Cheese Cake

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Salam kembali masih dhari yg sama :D,

Cancel nak g kuar, esok tak pun jumaat nanti.. tgh mengumpul air mata kasi byk sikit n nak kasi tsunami terus malam karang ni nanti hihihi... jgn tanyer kenapa, kan kak hana hanya kak hana yg memahami huhuhu... thn ni thn niii tak mo nangis2.. :D aaahhhh..jom jom kita citer pasal makan2, sgt gembira bila kasi pd ninja tu sbb dia ni paling ssh nak kasi makan kek, takat kek span ke apa ke mmg dia tak layan dia tak suke manis2 tp dia lg suke yg berlemak gini hihihi.... kita buat ni sume kurangkan gula sbb dah tahu citarasa ninja sorang tu tp kita lebihkan masam2 gitu pd topping dia tu walahhhhhh... enak banget! best cheese cake ever! yg pernah kita buatlah kan :D sblm ni buat jugak tp ada rasa yg kurang rupanyer yg jd pe yedap dia ni adalah fresh creaaaammmmmmm.... Tenkiu KAK HANA n KAK ZAI atas resepi yg mabeles ni mmg sedap! sedap dr kat kedai punyer kot! tp silap lah masa buat topping dia tuu patutnyer kita dah biasa tak letak air tp ntah malam tu menggong sikit almaklumlah buat mlm2 gini ler jdnyer nak skip air tp tertuang jugak akhinyer dah melelh gitu jdnyer sbb tak pekat huhuhu... tp tak pe rasa mmg sedap ;-) Maceh kekanda kekanda ku sekalian kerana berkongsi resepi yg sgt sedap ni :D Resepi asal adalah stobeli tp kita ada stok blueberry ajerr looo... ehehe.. lg satu mmg suke blueberry pong! :D Jom makan, ambik kat sebok ya.. tak pun leh g SINI juga :D
Macam biasa kak zai n kak hana mintak izin kopi n pes kaya n halal resepinyer ya :D lebiuuuuu!!

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahan

Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - hana cume buh 180g je
125 gm mentega tanpa garam - hana buh 90g

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - hana campur yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - hana buh 140g
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit (hana gune air panas, kacau dan sejukkan)

Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

Topping:>>Kita guna resepi lain
150 ml jus strawberry - hana gune jem stoberi jerk + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek.
1 sudu besar tepung jagung - x ltk


Untuk lapisan kek ni lepas tuang adunan cream cheese masukkan dlm sebok lebih kurang 1 jam then kuarkan layerkan dgn fresh cream sebelum tuang adunan filling tu adoiiii! xtra sedap! :D

Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. (hana dan k.zai cume masukkan 2jam jerk sbb dh keras)
  8. Buat topping dgn mencampurkan jus strawberry dan tpg jagung.Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api. - utk topping hana buat seperti di atas.
  9. Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.

Jemput ambik ya dah siap potong tu :D

Apam Balik

APAM BALIK

Salam n selamat pagi sumenyer ;-),

Ada org lagi tak ni ya?? masih collect angpowwww powww ka?? hihihi... hari ni bf dgn apam balik.. Geram tgk apam balik si SAKURA EMI kat jepun sana tuu.. sblm ni dah pernah buat tp resepi lain kali ni nak cuba resepi dr emi pulak, sedap lah emi! akak cuma kurangkan SB jerr maklumlah mg tak gemor sgt bau bau an dia tu bukan buat apam balik jer mana2 resepi yg ada guna SB akn kita ambik secubit 2cubit gitu ehehe... Hari ni nak kuar carik charger DS budak 2 org tu dah tak mo nyala lampu dia sejak kita ptong ekekeke.. ingatkan kalau dbetulkan wayar dia tu maksudnyer gunting n cantum akn nyala langsung terus tak mo nyala eheheh... maklah yg kena ganti huhuhu..
Untuk resepi ambik kat umah SAKURA EMI, mintak izin n halal ya emi resepinyer.. tabur kacang dgn jagung byk2 huh! sedap betul! tergeget geget dia punyer jagung dgn kacang tu yg sedap :D.. Mcm biasa juga cnp tuk rujukan, mekaseh emi! jom bf sama2 ;-)..psst>>sini dah musim buah kundang :D

APAM BALIK

Bahan-bahan>>

  • 2cwn tepung gandum
  • 1sk serbuk penaik
  • 1sk soda bikabonat
  • 1/2cwm gula
  • 1biji telur
  • 1 1/2cwn air
  • Bhn tabur: kacang tumbuk, jagung krim, gula


Cara-cara
  • Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan serbuk penaik, soda dan air. Pukul sebati. Blender semua sekali pun boleh.
  • Biarkan 1/2jam. Panaskan pan dan masukkan 1 senduk aduan. Tabur dgn kacang, jagung krim dan gula. Bila masak lipat 2 dan sapu dgn butter. Kalau suka ranggup xyah sapu butter.


Yg kat bwh ni pulak award dr SIS LOVE, tenkiu sis so sweettt!!! lebiuuuu!! thanks for sharing ;-) n pd sapa2 yg tak de lg tu ambik ya :-) tq!


Selasa, 16 Februari 2010

Mee Hoon Sup Tulang

MEE HOON SUP TULANG

Selamat petang sume :D,

Hari ni mood malas byk hihihi..perut kenyang dia dah malas nak pkir makan byk2.. ni pun td mkn lewat dekat kul 2 :D, itu hari nmpk kat umah ROSS sup tulang ni tp ross mkn dgn mee kuning kita lg suke mee hoon kalau sup2 ni :D sukelah dgn mee hoon ni mmg tak leh pisahkan tp tu lah yg malasnyer bila makan mmg tak hingat! :D Untuk resepi ni biasa2 jer lah yg pasti letak lada itam, ketumbar, jintan2 ya :D... Jemput makan ada lah lg sepotong tulang lembu tu n hari khamis baru sampai lg daging sekilo n tulang sekilo hihihi... ok.. selamat minum petang sume! :-)


Kalau kita yg buat mmg semak samun nak kena korek2 baru nmpk meenyer :D

Apam Comel Inti Kelapa n Kacang Merah

APAM COMEL INTI KELAPA n KACANG MERAH

Salam n selamat pagi semua :-),

Adakah sume org sudah balik dr bercuti? :D aiyyaaaa! ada yg belum balik lg ka? tak po, kita teruskan kehidupan harian kita mcm biasa masak2 makan2 blogwalking2 citcat2 lagi? Oklah ni buat td pg buat sarapan lerr kan sampai num ptg nanti kot sbb buat tamak 1 adunan bulat2 hihihi... sbbnyer kita ada inti kelapa tu yg nak buat tuuu tp kali ni campur jugak dgn inti kacang merah sedap! kita suke pulak lah sejak2 ni dgn apam :D kita pun tak tahu naper jgn bdn pun mcm apam sudah! ehehehe... mmg gebu n lembut apam ni :-), dah wat byk kali jugak kali ni guna cup yg kecik sikit dulu guna yg besor2 tu mcm tak bestlah pulak nama comel kan nak guna acu lonpang iteww masa tak de buat jer lah dgn cup yg terjumpa ni :D Resepi asal ambik kat MyR @ LilyDvalley, mekaseh kak lily! suke sgt dgn apam akak ni mmg sedap ;-) n mcm biasa resepinyer mintak halal n izin ya :-)..

APAM COMEL INTI KELAPA

Bahan-bahan ( 15-20 biji )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum/tpg kek
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar/UHT
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete




Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
  2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
  3. bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  4. masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
  5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
  6. masukkan inti kelapa
  7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.


INTI KACANG MERAH
readymade frm mesia :D


INTI KELAPA
  • Inti Kelapa:
  • ==kelapa parut
  • ==gula merah
  • ==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
  • ==2 helai daun pandan-pintal
Cara>>
  1. ==Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
  2. ==Utk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.
  3. Notes: Inti kelapa boleh di ganti dgn apa2 perisa filling atau jem.