ads/iklan

Sabtu, 6 Mac 2010

Orange Lassi

ORANGE LASSI

Salam kembali yg agak sunyi hari ni,

Oleh kerana ninja tu kena kerja semakin sunyiiiilah hari2 kita rasanyer walau budak2 ada terpekik sana sini tp lain sungguh klu ayah dia org ni yg tak de ekekeke...weekday lain sbb itu mmg tugas wajib kena buat kan jdnyer mmg tak kesah sgtlah kan tp kalau weekend2 gini dia tak de huh! kosong jiwa nii.. meh lah nak layankan tekak dah nak baik ni :D jan marah eak nak minumlah air niii sedap tauu, ubat sakit tekak pun ya jugak mintak2 tak nyambung batuk! hihihi.. ORANGE LASSI by LOVE2COOK, tenkiuu sis! sedap rupanyer air2 mcm ni, skrg ni mmg tgh musim panasssssssssssss yg amt2 ni kan mmg nak minum jerr air2 sejuk gini, harap2 puasa nanti tak de lah panas gini kan? mmg dugaan betul kalau puasa2 nanti ni cuacanyer mcm skrg ni huh! Senang jer nak buatnyer minatk izin sis resepinyer cnp kat sini seperti biasanyer ;-) thanks! jemput minum sume :-)

ORANGE LASSI

U need....
  • 3 Mandarin Oranges ~ peeled and unseeded ( U may also use other oranges )i used orange juice sbb malas nak perah2 hihihi...
  • 1/2 cup of yogurt>>i masukkan 1 kotak teruss abis citer! hihihi
  • 2 tbsp sugar>>i kurangkan jugak sbb nak masam2 :D
  • ice cubes
  • add some cinnamon powder (adding this becomes Lassi)>>owwhh..i have to skip dis one coz i don like! hihihi...
* Blend all ingredients till smooth. Serve chilled!
* If U prefer more flavour, add some orange juice...

Nasi Daging Berempah

NASI DAGING BEREMPAH

Salam sabtu buat semua :-)

alhamdulillah dah ok sikit ni sbb selera pun dah nak ada niii dah nk mkn yg mcm2 :D, Ni kes terliur tgk kat umah KAK NOR ganu semalam ni, pulak2 skrg ni kita semakin suke dgn nasi2 berempah dgn perasa2 mcm ni mmg sedap rupanyer! i likeee!!! Sebelum ni mmg tak pernah makan nasi2 mcm ni selain nasi minyak ke apa tp rasanyer nasi2 mcm ni lggggg sedap :D.. Ambik resepi ni kat MyR mcm biasanyer dr KAK FIDA @ NASI DAGING BEREMPAH.. Ya Allah! SEDAPPP tak terkata nasi ni tp kita alter sikit lah ikut selera tekak yg ngada2 skrg ni kan.. :D mekaseh buat kak fida yg byk sumbangkan resepi2 yg best ;-) mintak izin n halal juga resepinyer ya kak, maceh!! :-), Nmpk bhn byk tp senang jer ;-)

NASI DAGING BEREMPAH

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • 1 kilo beras - basuh dan toskan
  • 500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
  • 1 cawan susu cair>>Kita guna fresh milk
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili>>tak masukkan tp tambah sos tomato
  • 1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
  • Air secukupnya
  • daun sup dan daun bawang - dihiris
  • 1 cawan bawang goreng
  • 20 ulas bawang merah*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 sb ketumbar biji*-disangar
  • 2 sk jintan halus/putih*- disangar
  • 1/2 jari halia*
  • 2 sb kismis*
  • 4 tangkai cili hijau*
  • penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 batang serai - dititik
  • >>Kita letak serbuk kari

silaplah patut guna beras basmathi lagi kaw kaw.. :D

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.>>Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  3. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

Jumaat, 5 Mac 2010

Blueberry Cheese Tart

BLUEBERRY CHEESE TART

Salam dmalam sabtu sumenyer :-),

Maaf ya satu hari ni tak leh nak jalan2 sgt kepala kita dah senoneng balik lah bdn seram sejuk lagi :-( kali ni tak de selera langsung nak mkn pun punyer lah malas last2 masak maggi kari jerr huhuhu... pastu tido jap layan FB jap tu pun senyap2 jer tak leh duk lama2 sgt depan lappy huhuhu.... TAPI dah nmpk STRAWBERRY CHEESE TART kat umah KAK ZAI terus gagahkan diri jugak buat ni almaklumlah mmg antu segala tart ni tp tula, kita tak de lah stobeli yg besor2 tuuu yg byk stok blueberry jerrr dan lg satu ninja tu suke blueberry sbb dia tahu stobeli kat sini tak syedap! Jdnyer kita tukar filling jer dgn blueberry, SEDAPPPP sgt! tp tak leh nak bg ninja tu mkn lagi sbb tak sejuk tp td kita ni belasah jerrr lepas masak tuu dah sejuk terus ngap! :D sedaplah! suke base dia rangup lembut gitu.. Mekaseh ya KAK ZAI, resepi asal kat rumah KAK BABYBATRIESYIA aka NINA tp kita tak kenal n mekaseh sbb share resepi yg sedap ni senang pulak tu buatnyer.. Mintak izin n halal juga resepinyer ya mekaseh :-) cnp dr umah KAK ZAI, mekaseh to kak zai too!

>>Mekaseh yg dtg singgah n tggl mesej insyaAllah esok kita buat kunjung balas, nak p titun lah dah makan ubat ni.. Happy weekend sume!

BLUEBERRY CHEESE TART

Loyang : 10 in

**Sedikit perubahan

Untuk Doh Pastri

75 gm butter
25 gm gula icing**
1 biji kuning telur
150 gm tepung gandum

Butter, gula icing dan kuning telur digaul sekali. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Letakkan di atas loyang dan bakar selama 20 minit.


Untuk Adunan Cheese

250 gm cream cheese
115 gm gula castor**- akak guna 100 gm
1 biji telur
100 gm non dairy whipping cream
2 sudu besar tepung gandum
>>Kita tambah 1sb lemon juice

Cara-cara:
Putar cream cheese dan gula castor hingga sebati. Masukkan telur dan kacau rata. Jangan terlalu lama. Masukkan whipping cream dan tepung gandum. Gaul rata. Tuangkan ke atas base tadi. Bakar selama 40 minit pada suhu 150'C atau hingga bahagian tepi adunan cheese nampak sudah masak. Biar di dalam oven dalam sejam sebelum dikeluarkan dan disejukkan di dalam peti sejuk.





Topping

Strawberry - dibelah dua
Jem Strawberry secukupnya
Air
>>Kita gantikan dgn Blueberry Filling

Cara-cara:
Masak jem dan air hingga jem cair. Gaulkan buah strawberry di dalamnya. Hiaskan di atas tart tadi.

Khamis, 4 Mac 2010

Kek Suji @ Samolina

KEK SUJI @ SEMOLINA

Salam khamis buat semua ;-),

Wahhhh.... semakin dah nak sihat ni kan dah mulalh mula lah nak buat mcm2 nak makan mcm2 masuk list mcm2 pastu tak tahu nak buat yg mana satu :d, list ni dah masuk dulu sejak2 kekeliruan tepung suji n semolina ni huhuhu... sampai kan demam baru nak buat kek ni.. sblm ni menggong lg sbb tu tangguh dulu :D Tapi mmg puas hati lembapppppp sgt! pastu rasa dia mmg lain dr yg laen walau penggunaan tepung semolina aka suji tu sikit kesan dia pd kek tu mmg berikan rasa yg laen, dan lg satu juga sbb ada madu walahhhh1 enak banget! huhuhu... jan tanyer kita lah yg atas kek tu apa huh!.. itu sekrim lah, sekrim vanilla wakakaka... pukul2 jap kasi cair2 manja kenakan pulak dgn ceri???/ sendiri mau ingat lah rasa dia mcm mana :D cedapppppppp kat tekak kita :D.. Resepi ni rasanyer dah byk rumah yg buat since kita demam tak jalan2 sgt jd nyer tak tahu rumah mana yg dah buat :D. Resepi dr dapur CMG n resepi asal dr "A Nyonya`s Kitchen" blog.. Sapa2 yg ada tepung suji atau semolina ni leh cuba mmg sedap ;-).. Mintak izin n halal ya CMG resepinyer mcm biasa tenkiuu!!!

KEK SUJI @ SEMOLINA

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 g mentega berkualiti tinggi
170 g gula halus
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 camca teh esen vanilla
170 g tepung gandum
1 camca teh baking powder
100 g semolina @ suji
Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu (macam gambar no 2).
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkab tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.



Buat half portion n guna loyang kecik jerrr :D

Rabu, 3 Mac 2010

Conney D*g

DSC_0589
CONNEY D*G

Salam kembali :-),

Haaa...ni lah dia! dah lama ngidamkan benda alah ni ekekeke.... malas nak buat roti dia tulah yg jd tangguh2 jer kejanyer :D Lega sungguh dpt makan barulah puas hati dan senang hati :D, tak yah ckplah kan mmg dah ramaiiiiiiii yg buat ni kan.. Tp tu lah, sosej tenggelam sbb roti nyer bersaiz XXXL :D.. Curah dia punyer inti tu byk2 walahhh! mmg best tak hingat bdn tgh tak sihat :D tp kan kita klu demam mmg kuat makan atau pendek kata berselera makan kali ni tak la pulak loyerrr tak de selera jerr BUKAN loya ada isi loya ngada2 hihihi... Resepi ni ambik kat MyR jugak dr KAK FIDA DAUD maceh kak fida yg sedang sibuk bercucuk tanam dan memasak kat FB ekekeke.. Mintak halal n izin resepinyer ya tq!

UNTUK KOMEN KAT N3 n CBOX INSYAALLAH KALAU OK SIKIT FREE SIKIT MALAM KARANG BUAT KUNJUNG BALAS, MEKASEH! RINDU TAU KAT SUME ORG :-).

CONNEY D*G

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 1 sdk serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam - kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter



DSC_0590
Kata org ala2 A&W TAPI kita ni dah nak tue tak pernah jejak kaki kat A&W ahahaha..jdnyer tak tahulah rasa yg asli camne mcm yg kita buat ni kot! :D

Cara-cara

  1. SOS: Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.

Hotd*g Bread


DSC_0585
HOTD*G BREAD

Salam kembali sume :-),

TERIMA KASIH yg dtg tggl mesej n tanyer khabar, khabar tuan umah pulak yg kuranggg.. budak kecik tu dah ok cuma biasalah kan ambik masa sikit belum baik sepenuhnyer masih dtahap ngada2 yg amat! huhuhu.... Turn kita pulak lah yg tak sihat ni tu yg senyap jer tak berapa nak aktif sgt, penat lah, selera pun kurenggg jerr.. :-(
Tp tugas ibu tu WAJIB dlaksanakan :D tp syg pulaklah roti kali ni berkedut kedut! huh! tuan sakit roti yg dbuat pun sakit hihihi... pastu besor2 pulak tu! ahahaha.... punyerlah layankan bdn tak sedap dok gentel2 besor2 jerr doh tu tu yg dpt sikit jer tu, tp dpt satu mmg dah kenyang :D.. Ada sebab lah kita buat roti ni, tunggu kat atas tu ya :D.. Resepi ambik kat MyR @ KAK YANI mem besar MyR, mekaseh kak yani! Mintak halal n izin resepinyer maceh!

HOTD*G BREAD

Bahan-bahan ( 6 biji )
  • 160ml air
  • 250g tepung roti
  • 14g(1 1/2 sudu besar) gula
  • 4g(1 sudu kecil) garam
  • 8g(1 sudu besar) lemak sayur
  • 2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
  • 16g(3 sudu besar) susu tepung
  • 1sk WATER ROUX >>yg ni kita masukkan

DSC_0586

Cara-cara

  1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap
  2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
  3. Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
  4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
  5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.

Isnin, 1 Mac 2010

Banana Date Bread

BANANA DATE BREAD

Salam n selamat pagi sume :-),

Hari ni thai cuti umum tak tahu cuti apa asal kan cuti sudah lah kan cuti buat bekal :D.. Tak leh nak lama bukan kerana nak jalan2 tp si kecik dr semalam demam jdnyer tak leh nak jalan2 dulu sbb dia asyik merengek jer dr mlm td, kalau tak surut jugak kena g sepital, malas nak g sepital sbb skrg ni musim influenza mesti dia asing2kan mana budak yg ada demam+selsema+batuk lain bilik n budak yg tak de demam lain bilik itu lah yg buat malasnyer ni nak pergi2 sepital skrg ni.. tp kalau tk pergi tak tahu pulak kan.. Oleh itu jamu dulu dgn BANANA DATE BREAD ni dulu, nice combination date n banana sedap sgt walau dia ala2 kek bantat gitu.. :D Resepi ambik kat internet nanti kasi n cnp resepinyer sbb skrg ni sibuk nak layan dia yg dr td dok merengek jerr.. Tapi rasa mmg sedap! kita ni dok carik2 resepi roti guna pisang tp kebannyakkannyer dia kuar ginilah bukan roti tp ala2 kek gitu! huh! ok ok, dah bising jer tuu.. huhuhu...

Untuk yg tgglkan komen kat sebelah tu mintak maaf byk2 tak sempat nak reply saty persatu insyaAllah kalau ada masa free sikit hari ni kita buat balas kunjungan ya, terima kasih! :-)

BANANA DATE BREAD

Ingredients:
  • 1 3/4 cups sifted all-purpose flour
  • 2 3/4 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 1/3 cup shortening
  • 2/3 cup sugar
  • 2 eggs, slightly beaten
  • 1 cup mashed bananas
  • 1 cup finely chopped dates



Preparation:

Sift together flour, baking powder, and salt. In a mixing bowl, beat the shortening until creamy, about 1 to 2 minutes with electric mixer. Gradually beat in sugar and continue beating until light and fluffy. Add eggs and beat until thick and pale lemon in color. Add dates. Add flour mixture and bananas alternately, blending well after each addition. Grease bottom of a loaf pan and pour batter into pan. Bake at 350° for 60 to 70 minutes, or until a wooden pick or cake tester inserted in center comes out clean. Cool in pan for 20 minutes then turn out onto a rack to cool completely.

NOTED>>Adunan dia mmg pekat jd adjustkan dgn fresh milk n fresh cream sampai adunan betul2 sedap nak dtuang :D.. Pandai2 adjust sendirik sbb kita lupa berapa byk kita masukkan fresh milk dgn fresh cream tu :-)..