ads/iklan

Rabu, 15 Februari 2012

Nasi Lemak Tumis

_DSC0371
NASI LEMAK TUMIS

Salam pagi rabu sume!

Hari ni kena g sekolah, terpaksa tinggalkan kakak sorang2 kat umah sbb tak leh nak bwk dia. Ni lauk semalam :D Memula tgk nama nasi lemak tumis ni kita pun terpkir pikir jugak apa yg menariknyer, bila cek2 resepi rupanyer ditumis ya? Kalau nak tahu jugak kita masak nasi lemak pun tumis jugak sampai skrg n mmg akn tumis dgn minyak sapi :D mmg tak pernah masak mcm nasi lemak biasa tu, masa memula buat nasi lemak jerr ikut macam resepi buat nasi lemak main masuk jer sume bhn2 dlm periuk, tp lepas tu terus kita cuba buat cara tumis, yer la yg sedap tu lerr yg byk lemak hihihi... Nasi lemak kukus pun sedap tp tak rajin nak buat byk2 kerja KALAU nk mkn sgt baru buat :D Jadinyer nasi lemak tumis ni bukan asing lagi bg kita kikiki.. klu tgk bhn2 pun ikut suke kita kdg tu letak serai kdg tak letak daun pandan mmg letak kalau tak de daun pandan kita letak pandan essence :D

Dah ramai blogger yg buat kan? nak sebut sorang2 takut tertinggal, kita cnp dr umah KAK NOR :D itu hari pearasan kak Q buat terus terasa nak buat :D last makan nasi lemak masa puasa tahun lepas :D yg atas ni bg kat org jepun atas ni sbb dia suke nasi lemak :D Minta izin n halal resepinyer, terima aksih buat tuan punyer resepi :-)

NASI LEMAK TUMIS
sumber asal : Kak Jun
sumber: Mamasya, Kak Yatie, Noorsha, Kak Izah

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 3 cawan beras> utk beras mmg akn campurkan dgn 1 cwn beras basmathi n 1 cwn Beras siam
  • 2 cawan santan>>sukatan santan n air ni ikut pd no yg ada dekat dlm pot rice cooker cuma lebihkan sikit
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu besar halba
  • 1 daun pandan
  • 1 cm halia-hiris halus
  • 1 batang serai-titik
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi>>kita cuma guna minyak sapi jer.


_DSC0375
Suke mkn nasik lemak ada bilis goreng, sambal ikan bilis, telo mata kerbau dgn timun byk2!!! :D kita tak berapa pandai sbnrnyer nk mkn nasi lemak dgn sambal sotong ke udang ke hihihi...lepas tu ada ayam berempah :D

Cara-cara
  • Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
  • Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
  • Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
  • Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
  • Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.

* Yg K.Nor buat:
4 pot beras basmati
1 1/2 pot santan fresh
5 pot air
+ sedikit pewarna hijau

_DSC0376

Selasa, 14 Februari 2012

CPAB For Cinnamon Pull Apart Bread :D

_DSC0370
CINNAMON PULL APART BREAD

Salam kembali !!

Alhamdulillah, keadaan arika nmpk dah ok, demam dah takde tapi masih lemah sbb kesan ubat kot sbb byk tido :D. Dia ni kalau sakit mmg tak menyusahkan org sgt tapi semalam ni tersgt sibuk sbb byk kerja rumah yg tak siap, sambil2 tu buat adunan doh roti ni dulu dan sebenarnyer jugak ini kali ke 2 buat selepas tanya dgn kakak kesayangan sorang tu pasal buat CPAB ni :D ni lerr dptnyer kalau eksyen tak mo tanyer org sebelum buat hihihi... buat2 pandai gitu tp sbnrnyer kompius :D

Citer pasal CINNAMON atau SERBUK KAYU MANIS ni kan, kalau ada undian KITA lah org PALINGGGGGGGGG TAK SUKEEEEE dgn bau dia, baik letak kat kopi cuma seciput pun kalau dah namanyer serbuk kayu manis ni MEMANGGGGGG TAK SUKEEE :D tp cinnamon stick ok :D tp tgk kes2 jugak, mcm buat hamburger tu dia kena letak sedikit, yg tu boleh letak sbb bila dia bercampur dgn daging mmg bau n rasa dia tenggelam terus, TAPI kalau roti2 ni mmg TAK SUKE!!!!! di ulangi TAK SUKE!!! ehehehe... Oleh kerana TERCABAR, org kata sedap tgk n3 kak nor pun kata sedap, haish! tak leh jadi sbb dia punyer hasil sgt unik dan RASA dia pun SEDAPPPPPP sgt2!!! Salah tanggapan kita rupanyer, tp kalau cinnamon roll mmg kita tak leh makan tak tahulah kenapa :D juta2 terima kasih buat tuan punyer resepi dan juga buat blogger2 yang telah berkongsi resepi yg TER sgt sedap nii ;-) BM buat hal terpaksa uli guna tgn huh! tp rasa hasil yg diuli dgn tgn mmg tiada tandingannya :D ececece... nk sedapkan hati hihihi...

Terima kasih juga setiap kunjungan insyaAllah hari ni kita buat kunjung balas. Untuk Resepi minta halal dan izinkan juga utk dikongsikan di sini buat rujukan yang akan datang, Copy n paste dr umah KAKAK SECUBIT GARAM n dah dibetulkan ayatnyer sikit2 :D. Thank you!

CINNAMON PULL APART BREAD
Resepi: Joy the Baker

Sumber: Kak Shidah & K.Nor


Untuk Doh
  • 2 3/4 cwn campur 2 sb tepung
  • 1/4 cwn gula kasar
  • 2 1/4 sk yis
  • 1/2 sk garam
  • 4 sb butter
  • 1/3 cwn susu penuh krim>>susu segar
  • 1/4 cwn air
  • 2 biji telur (size A)
  • 1 sk Vanilla extract

Untuk Filling
  • 1 cwn gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang) kita gunakan gula perang semuanyer :D
  • 2 sk serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer
  • 1/2 sk serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
  • 4 sb butter - dicairkan sehingga menjadi brown

**kita ikut cara kak nor semuanyer, kecuali utk doh uli guna tgn, dan gula castor utk filling kita gantikan dgn gula perang>>yg ni yg buatkan semakin sedap :)

_DSC0369
sgt unik dia punyer kejadian :D tp malangnyer ini yg kali ke 2 sbb yg pertama ada kejadian kejadian yg menggerunkan sikit hihihi...

Cara:
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cwn tepung, gula, yeast, dan garam. Ketepikan
  • Pukul telur, ketepikan
  • Dalam kuali kecil, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  • Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi.
  • Tambah 3/4 cwn tepung, dan uli sehingga sebati. Doh ini mmg melekit sedikit. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang dah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. >>yg ni kita tak ikut terus guna doh utk buat roti tadi.

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah.

Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan (175c). Bakar sehingga masak (20min atau lebih bergantung dgn oven masing2), jika atas roti sudah kelihatan perang boleh tutupkan dgn alumunium foil dan tunggu sehingga keseluruhan roti masak>>step yg ni kita matikan api atas sbb bhgn atas mmg dah cantik sgt perangnyer, utk minit seterusnyer guna api bwh sehingga masak.

* Kaedah K.Nor bila guna BM:>> biasanyer kalau menggunakan BM masukkan bhn cecair dahulu
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa.

_DSC0364
Buat cuma stgh adunan kalau keluarga ramai mmg tak cukup, sila doublekan adunan atau satu adunan, sbb kita buat stgh adunan sahaja, ingat nk bg ke org tp kena kedekut sikit ehehehe...

_DSC0359
Doh yg dah naik sumenyer, sgt suke kalau menguli guna tgn, inilah kelebihan menguli guna tgn :D

Isnin, 13 Februari 2012

Pad Ga Prao Gai (Stir fried Chicken wit Basil) n Influeanza B

_DSC0348
PAD GA PRAO TALAY(STIR FRIED SEAFOOD WIT BASIL)

Salam pagi isnin buat semua!

Minta maaf kunjungan balas belum sempat dibuat kerana dapat kerja yg baru dlm seminggu ni bermula semalam. Yang ni lauk hari sabtu ya :D buatkan utk bbsitter yang dtg tengok2kan budak kat rumah ni semasa ketiadaan kita org hari sabtu lepas. Byk2 lauk org thai, paling suke yang ni, memula tak berapa minat sgt sbb kita ni kurang suke dgn bau2 basil, tapi lama2 dah jadi kebiasaan bila masak tak letak rasa mcm somting wrong jerrr hihihi... daun ketumbar aka daun kumbang busuk tu pun sama, sblm ni mmg pantang bau daun tu mmg terbantut nak makan, skrg ni? ahahaha... ketawa dulu, mcm tak best kalau tak letak daun2 tu sume :D Menu paling best!

Resepi ni boleh gunakan ground chicken, seafood atau daging atau dada ayam yg dihiris, feveret ninja tp kita buat kurang pedas, klu tak pedas kurang kick ler buat org2 yg antu pedas ni kan :D klu buat tuk makan sendirik mmg buat xtra pedas. Dan makan ni biasanyer dgn telor goreng mata lembu, eeeeeee.. terasa nk makan pulak! hihihi... Resepi tanya kwn thai n main agak2 utk sukatan tu sbb dia pun main agak2 jugak :D

Sementara tu, mungkin akn bercuti sekejap sbb kena jaga org yg kena jangkitan influenza B, semalam hantar arika pergi sepital sbb dia demam mlm ahad tu dan skrg ni dekat sekolah mmg musim influenza ni, jdnyer ibu mana yg tak risau kan kan hantar ke hospital dan keputusan utk influenza B adalah positif n kena cuti sekolah seminggu dan hari ni jugak kelas arika semuaaaa sekali diberi cuti rupa2nya dah 8 org yg kena influenza ni, mmg tak pelik sbb sabtu tu ada kelas, rasanyer dia kena ari sabtu tu lerrr, doanyer semoga cepat sembuh insyaAllah, skrg ni dlm masa 5 hari kena habiskan ubat tamiflu. Kerja saya jd semakin byk lah minggu ni, insyaAllah kalau ada kelapangan kita buat kunjung balas insyaAllah! btw, tajuk atas tu GAI-CHICKEN tp since kita guna seafood nama dah jadi lain ya :D SEAFOOD-TALAY :D

PAD GA PRAO TALAY
Sumber : ARAH

Bahan2

  • 4 ulas bwg putih di cincang halus
  • 5 btg cili merah atau lebih (bukan lada besar tau :D) Di cincang halus dan satukan dgn bwg putih
  • 1/2 biji bwg besar di hiris
  • Daun Basil (holy basil)>>bukan sweet basil, dlm bahasa melayu tak tahu daun apa tgk gmbr kat bwh
  • Kacang Panjang>optional
  • 1 biji thai pepper (gmbr bwh) takde pun tak pe belah 6 memanjang
  • 6 ekor udang sederhana besar, buang kulit n urat (utk bhn ni boleh gantikan dgn daging ayam cincang atau daging)
  • 1 ekor sotong sederhana besar di belah bulat atau atau potong ikut kegemaran :D

Sos

  • 1 sb sos ikan
  • 1 sk kicap manis atau pekat manis
  • 2 sk sos tiram atau lebih
  • sedikit serbuk secukup rasa
  • sedikit pak aji KALAU suka, kita tak letak
  • sedikit minyak utk menumis

_DSC0351
menggunakan bahan2 yang mudah tapi dia punyer rasa, walahhhhhh! mabeles! :D

Cara2

  • Basuh dan kopek kulit udang terlebih dahulu, buang urat, basuh dan ketepikan, kalau gunakan daging cincang tak payah basuh. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bwg putih dan juga lada yang telan dicincang halus tadi, tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris tadi sehingga layu.
  • Kemudian masukkan ayam/udang/stotong/daging tadi kedalam kuali dan tunggu sehingga separuh masak.
  • Masukkan pula sos ikan, sos tiram dan kicap pekat manis tadi ke dalam kuali, gaul dan masukkan pepper yang dihiris memanjang tadi. Tunggu seketika dan masukkan serbuk perasa beserta sedikit air (dlm 2sb besar air atau lebih)
  • Akhir sekali masukkan daun basil dan kacau seketika dan rasakan, kalau kurang masin tambahkan sos ikan. Agak2 daun basil sudah layu bolehlah matikan api dan dihidang bersama nasi putih dan telor goreng mata lembu, selamat mencuba!


_DSC0344

Sabtu, 11 Februari 2012

Japanese Style Sweet Bun Dough

_DSC0336
JAPANESE STYLE SWEET BUN DOUGH

Salam minggu semua!

Sume org sihat? Kita alhamdulillah sihat :D Weken gini lagi sibuk, skrg ni pun dah dekat sebulan sekolah on jer ari sabtu, kita pun pening ler nk pkir buat bekal apa, kdg tu lepas buat bekal leh sambung tido lagi ahahaha.... fenaaaatttttttt sgt, dan ngantuk :D sbb mlm mesti dlm kul 1 tido tak pun paling cepat kul 12 secara rasminyer masuk dlm bilik :D itu belum kes terbongkang depan TV lagi tuu hihihi...

Rasanyer kan, kita dah lama tak buat roti sejak2 diet ni (kita on diet lagi tp dulangi weekday ajer, klu weken tu kita makan jer sesuka hati TAPI kuantiti yg sikit) jgn nanti org ingat kita buat kek kita yg melantak sume, terseksa tau masa mula2 diet dulu sampai ada satu tahap pengsan dan nasib baik panjang umur tuhan bg kita nyawa lagi nk tgk dunia ni, mana taknyer, kita pengsan dlm bilik air sorang2, dgn ada air dlm besen lagi, itu belum mangkuk tandas lagi, KALAU lah masa pengsan tu termasuk salah satu tu rasanyer mmg dah kat sepital, sejak tu terus makan mcm biasa cuma kuantiti kurangkan n yg lemak2 ni ambik sikit2 jer buat jamah, sgt terseksa nk menurunkan berat ni. Tapi yang penting happy lah kan, tak kesahlah bdn tu terlebih sihat ke cuma pastikan takde penyakit ya, insyaAllah bulan depan kita buat medical check up :D

Itu hari nmpk kak mas duniaku meroti, dlm hati lama sgt tak meroti, semalam ni duk kat dapo dekat tgh hari hihihi... lepas abis jogging terus projek, yg jd lmbt tu sbb ada kejadian2 masa buat roti ni ahahaha... Kita suke buat roti ni guna resepi dr kak nor dgn gert, mmg sedap! kali ni kita buat gertnyer resepi, Japanese Style Sweet Bun Dough, minta izn kembali resepinyer, tenkiu! Akhir sekali, selamat beristirehat bersama keluarga! :-) Terima kasih segala kunjungan

JAPANESE STYLE SWEET BUN DOUGH
Resepi Asal : GERT

Bahan-bahan
  • 375 g tepung roti (high protein flour)
  • 100 g tepung gandum
  • 35 g susu tepung
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau sedikit)
  • 80 g gula halus
  • 3/4 camca teh garam
  • 2 1/2 camca teh instant yeast
  • 150 ml air suam (kurang lebih) - hana lebihkan 15ml>>yg ni pun kita lebihkan
  • 40 g mentega>>Kita buat 20g shortening+20g butter
  • 4 camca besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 g tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna)
  • 1 biji telur + sedikit air + esen vanilla = kacau rata, untuk sapuan

_DSC0337_DSC0342
tergeseng sikit sbb TERSILAP sapu telo ahahaha... ada ke sapu kuning telor wakakaka sengal betul :D

Cara-cara
  1. UNTUK DOH ROTI :- Satukan air suam dengan ragi, kacau rata dan biar berbuih. Dalam satu bekas, satukan tepung gandum, tepung roti, garam, gula, telur dan water roux, gaul rata hingga sebati, masukkan ragi tadi dan gaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal, lembut dan anjal. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik dan biar naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam bread maker kecuali telur untuk sapuan. Pilih setting untuk "Doh" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap. (Sila pastikan bhn cecair dimasukkan dahulu barulah masukkan bhn kering, dan pastikan garam juga tak bersatu dgn yis)
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kepada 16 bahagian sama besar (mat bagi pada 12, tapi kalau 16 lagi cun, comey). Bulat2kan setiap doh dan susun dalam bekas yang telah disapu sedikit mentega. Biar naik sekali ganda lagi (kurang lebih 45 minit).
  3. Sapu permukaan roti dengan telur tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sedap dimakan bersama jem kegemeran atau seri kaya.
_DSC0326

Jumaat, 10 Februari 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

_DSC0017
COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Salam jumaat sume! :D

Ada lagi n3 ya? :D buat ni dah lama dah bulan lepas kot, masa sembang2 dgn kak q pasal ciskek2 ni tergerak pulak nk buat sbb tak pernah buat jenis yg ni. Tapi kalau kek yg dibakar cara bain marie ni kita kurang yakin sikit lerrr sbb kdg hasilnyer penyek itu satu hal belum jadi bingka satu hal, yg tak masaknyer satu hal ahahaha... byk betul halnye kalau kek2 yg dibakar cara mcm ni :D tp tak salah kan kalau mencuba, kira jadik ler jugak ni ya sbb tak kempis hihihi...

Resepi yg sgt femes kat MyR, byk laporan dah dihantar, kita ajerr yg baru terhegeh hegeh nak cuba buat, mmg sedap! selembuttttt apa ya? ssh nk terangkan g buat baru tahu mcm mana rasa dia :D Resepi asal dr KAK ALMA MyR, mekaseh tuk resepinyer! Mintak izin n halal juga resepinyer sekali lagi ;-)

COTTON SOF JAPANESE CHEESECAKE
Resepi Asal : KAK ALMA MyR

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

_DSC0027
Curah blueberry filling :D mkn gondol2 gitu kurang kick :D

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
  5. Ni kek yg baru siap bakar, ter-over golden brown sket hihi (oven buat hal jap, signal kena beli oven baru kot adehhh kantoiii).
_DSC0014

Khamis, 9 Februari 2012

Kuih Serimuka

_DSC0274
KUIH SERIMUKA

Salam bertemu kembali sume!

Waaaaaah? tetiba rajin nak update blog hihihi.... oh tidakkkkk!!! ini projek dah jd baja asli semuanyer :D jap lagi ada kerja sikit, sementara leh duk depan lappy ni kita buat benda yg berfaedah sikit iaitu menghupdet blog, takut nanti ada benda2 dtg berkampung kat sini :D Dan sekarang ni pun nk pegang kamera malas betul sampaikan nak ambik gmbr baterry dah low dah! ahahaha...

Rasanyer sejak cuti berblogging, kita elakkan makan kuih2 gini, kek2, apa2 yg byk lemak2 ni sume kita elakkan, TAPI seksa mata memandang kek2 kat kedai, kalau tgk wall kwn2 kat FB yg post pasal kuih2 ni rasa mcm nak nangesss :( sbb tak leh makan kena sabar, tapi 2 haru lepas ni kita belasah jerr lerrrr, lama sgt tak makan kan :D eh? lupa nk bgtau, weken diet kita kat laut dalam, wekday jer kita bersungguh sungguh gituu :P

Resepi dr KAK HANIELIZA, ada guna telo sebijik, tp masih ok lagi sbb bau pandan tu kuat dr bau ayam tu, jdnyer takde masalah sgt klu sapa2 yg fobia dgn kuih2 kukus yg ada guna telor sbb bau ayamnyer kuat kalau guna byk telo sgt :D Resepi kita copy lagi kat bwh ni ya :D mekaseh buat tuan punyer resepi, n resepi ni dulu kita kopipes dr umah KAK HANA (yg ni pun dah halimunan jugak :D) Terima kasih n minta halal sampai bila2 tuk resepinya :-)

KUIH SERIMUKA
Resepi Asal : KAK HANIELIZA
Copy n Paste : KAK HANA

Bahan-bahan
Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Cara-cara
  • Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  • Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  • Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
  • Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  • Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Bahan-bahan
Lapisan Atas
:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam


_DSC0286
jangan mintak ya sbb dah habis :D

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan. >> Utk adunan yg atas ni kita masak sekejap sampai naik wap, ikut lah kerajinan n kebiasaan buat ya :)
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Rabu, 8 Februari 2012

Salam bertemu kembali ^_________^

_DSC0037
KEK PISANG GEBU

Salam bertemu kembali!!!!

Sambil2 tu sambil kejo2 KOMODO dah ada 3 ekor ni ya ahahaha.... SELAMAT TAHUN BARU dan selamat2 semuanya ya insyaAllah! Nak cerita panjang ni sepanjang KEHILANGAN kita di dunia blogging ni ya, mesti ada yg termuntah muntah nanti kalau baca story kita, baik tak yah citer kita pendekkan citer biar sume org gembira :)

Minta maaf byk2 mana yg dtg tp takde kunjung balas, mmg tak jengah langsung kat rumah yg satu ni kalau tak mmg tak menjadi lerrr rancangan utk menurunkan berat badan :D dan alhamdulillah usaha saya selama 2 bulan membuahkan hasil, berblogging mungkin kdg ada kdg tak sbb skrg ni dah semakin bz dgn urusan kat sekolah, almaklomlah, tgn ni gatal p letak jd volunteer kat perpustakaan sekolah :D hihihi.... InsyaAllah, kita akn buat yang terbaik utk memuaskan hati semua org, ada yg rindu ke? tak rindu pun tak pe kita merelakan ececece.... Untuk kunjung balas pulak, tak leh nak buat janji skrg ni mmg teramat sibuknyer, nak2 bila malam, sibuk dgn kpopnyer sibuk dgn family lagi sibuk dekat mukabuku jugak, byk kan sibuk kita? :D

Sebenarnyer mmg rindu sgt nak blogwalking nak gurau2 dgn kakak2 sume :( masa mula2 bercuti berblogging rasa mcm dunia ni sorang2 jerrr sunyiiiiiiiiiii sgt2!! tp tu lah kalau lemah mmg rancangan sume tak berjaya, akn diteruskan sampai mencapai target cuma berblogging ni kalau ada kelapangan kita update :-)

Buat sementara ni, kita letak resepi utk KEK PISANG GEBU, resepi dr ROS, kopipes dr umah KAK YASMIN aka KAK Q yg sentiasa fanatik dgn kpopnyer :P takde yg menarik, nk yg menarik tunggu dtg KERAJINAN kita yg betul2 baikkk punya! :D Salam rindu sekali lagi buat semua!


KEK PISANG GEBU
Resepi Asal: ros jintan manis
Copy n paste: quinnnie@qasehququinnie.blogspot.com


Bahan2

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 1 s/k soda bikarbonat >>hrp maklom kita mmg fobia dgn SB ni just letak secubit buat syarat jer
  • 1 cawan gula
  • 3 biji pisang yang telak dilenyek
  • 1/2 cawan minyak masak
  • esen vanila>>Ganti dgn esen pisang
  • 2 biji telur

Kek Pisang Gebu
Lebihan buat japanese ciskek utk toppingnyer tu kita tuang jerr :D blueberry filling..

Caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.