Selasa, 16 November 2010

Kari Ayam Kering ala Rendang

_DSC0907
KARI AYAM KERING ALA RENDANG

Salam AIDILADHA buat semua pengunjung yg beragama islam khususnyer!

Sunyiiiii jer dah niiiii ni yg malas nak menghupdet niiiii hihihi...., sume org dah balik kg eak? ke sibuk anyam ketupat? anyam ketupat dgn berkhemah okeyyy hihihi.... mana yg balik pulang berhari raya di kampung, berhati hati di jalan raya! semoga selamat sampai ke destinasi yg di tuju insyaAllah!

Ni menu berbuka semalam salah satunyer, KARI AYAM KERING ALA RENDANG, sedap! Mcm kak yatie jugak kita letak kerisik, kerisek dlm simpanan pun dah habis DAUN KUNYIT pun dah habis buat masak kari ni semalam haish! sumeeeeeeee dah habis!! uuuwaaaaa..pokok kunyit dah kojol! :-( Ari ni nak menyambut kepulangan laling ptg nanti sampai insyaAllah, semoga perjalananmu sentiasa dilindungiNYA insyaALlah! paling best sekali lesen international dia dah dapat!!!!! hihihi.... legalah makck tak yah nak drive balik nanti, dah 4 tahun rasanyer tak memandu mcm takut2 pulak nak drive wakakakaka....

Resepi atas ni milik jejaka malaya CMG, maceh cikmat! mintak halal n izin resepinyer! selamat ari raya!!! :D tp cnp dr umah KAK YATIE :D macehhh kak yatie!!!

KARI AYAM KERING ALA RENDANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 800 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 2 helai daun kunyit, hiris halus
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 3 camca besar cili kisar
  • 800 ml santan
  • 3 camca besar madu
  • Garam secukup rasa
  • 8 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar kerisik-akak tambah>>Sama mcm kak yatie! :-)
BAHAN TUMIS :-)
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 1 ulas bawang putih, hiris
  • 1 kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih


_DSC0912

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum.
  2. Tambah bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing, masukkan rempah kari tadi dan biar hingga terbit minyak. Masuk ayam dan masak hingga ayam kecut.
  3. Tuang santan dan masukkan madu serta asam gelugor.
  4. Kacau dan masak hingga kering, Tambah garam secukup rasa dan juga hirisan daun kunyit. Gaul hingga rata.
  5. Masak sekejap lagi dan boleh diangkat. Hidangkan bersama nasi dagang dan acar mentah.

3 ulasan:

Chik Mimi berkata...

salam ijah selamat menyambut hari raya aidil Adha ye,sedapnya nmpk rendang ijah tu

HALAMANKU berkata...

Ika... takkan sunyi.. erma masih on lagi...sedapnyer aym kari rendangmu itew... mkn ngan nasi impit...psssttt ngan lempengpun sodaptu...join..
*Selamat Harai Raya AidilAdha tuk Ika sekeluarga diperantauan*

Yatie berkata...

Salam Ika,
Selamat Hari Raya Aidiladha...wow sedap menu hari raya Ika...jngn sedih2 tau raya di perantauan...ceria2 selalu..