ads/iklan

Isnin, 30 Julai 2012

Cendol Durian

_DSC0309
CENDOL KUAH DURIAN

Salam kembali :D

Ini 1st dessert kita di bulan ramadhan yg berasaskan ala2 minuman gituuu tp sgt2 mengenyangkan :D Dah beberapa hari ni cuaca mendung nak buat puding2 atau air2 yg sedap tak selera, ttp carik air kosong atau jarang ajerr. Itu hari kes ternmpk kat rumah KAK TTM, kak ttm pun terperasan kat rumah KAK MADIHA, kita pun rasa nak terbuat buat cendol tak jugak kan :D buat cendol tak ssh sbnrnyer tp mood malas dgn tak ajerr yg buat cendol tu jadik atau tak, kalau ada yg readymade tu senang byk sikit kerjakannya ehehe...

Resepi senang dr rumah kak madiha, mekaseh kak ttm n kak madiha utk perkongsian resepinya! nasib baik ada durian kejang dlm freezer hihihi... Mintak izin kembali resepinya, terima kasih! Dan terima kasih juga setiap kunjungannya :-)

CENDOL KUAH DURIAN
Resepi Asal : KAK MADIHA
Rujukan : KAK TTM MELBEN

Bahan2 Untuk Cendol Durian

Kuah santan durian (lihat resepi dibawah)
Cendol (beli aje senang ) >>yg ni buat sendirik :D
Air gula merah/gula melaka (1 cwn gula merah/ 1 ketul besar gula melaka + ½ cawan air. Dimasak & tapis)
Ais kiub (jika suka)

Cara Menyediakan Cendol Durian

1. Sendukkan kuah santan durian ke dalam mangkuk.
2. Sudukan cendol. Tuangkan air gula merah secukup manis & sedia dinikmati.
(Jika suka cendol berais nikmati semasa kuah durian sejuk sedikit & masukkan ais kiub semasa menghidang)


Resepi Santan Durian

Bahan2
  • 1 biji durian ~ ambil ulasnya
  • 1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
  • 1 helai daun pandan ~ cuci & simpul
  • secubit garam

Cara2 menyediakan

1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan & secubit garam.
2. Masak hingga agak2 pekat dan tutupkan api.
3. Hidang bersama cendol & air gula merah.



_DSC0316_DSC0314
Cendol heavennn :D letak pulut, kacang merah, yummyylicious!

HOMEMADE CENDOL
Resepi Asal :
MyR dr MARIAM
Boleh tgk kat SINI jugak

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan>>kita guna 3 helai daun pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

6 ulasan:

FnF Simple Life berkata...

Alahai... cendol... bulan puasa ni memang menu wajib... Ika nye lagi laaa special...cendol homemade...siap makan ngan kuah santan durian tu...best nye...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

tak tahan tengok durian tu, iye ke kejung, nampak sedappppppppp sangat..

HALAMANKU berkata...

Salam Ika yang dirindui.. wah nampak cantik jek cendol tu.. mmmmm sedapnyer minum cendol sejuk2 nyum nyamannyer lalau kat tekak..mmmmm sedap..

Sharz berkata...

bile la berkesempatan nak cuba semua resepi akak nie.. =)

zila norazila berkata...

akk nak yg kacang merah tu dulu..melampau2 pulut tue..he hee terguda sudaa:)

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

TQ mencuba........ sori terlambat respon... hehe...