ads/iklan

Selasa, 31 Julai 2012

Nasi Daging Berempah n Air Asam

_DSC0488
NASI DAGING BEREMPAH n AIR ASAM

Salam ramadhan ke 12 sume :-)

Hari ni kena pergi library jd volunteer kat sekolah, jdnyer dr pagi sampai separuh petang tak available :D InsyaAllah, kunjung balas kita buat bila free nanti :-) di dahului dgn terima kasih dengan setiap kunjungannya :-)

Menu ulang tayang yg tak akn jemu, jarang buat lagi pun skrg ni nasi2 mcm ni, ni termengidam pulak sbb beberapa hari ni nmpk blogger2 tayang air asam lahh aishh! Takpe melepaskan geram sehari jerr pastu taubat balik ehehe... Suke dgn resepi ni senang n sedap :-) Buat penyumbang resepi, terima kasih n minta izin n halal kembali resepinya. Jumpa lagi nanti insyaAllah! Moga semua org berada dlm keadaan sihat hendaknya insyaAllah!

NASI DAGING BEREMPAH n AIR ASAM
Resepi Asal : KAK FIDA

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
  • 1 kilo beras - basuh dan toskan
  • 500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
  • 1 cawan susu cair>>ganti dgn fresh milk sbb takde stok susu cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili>>yg ni tak masukkan takut pedas budak2 tak makan :D
  • 1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
  • Air secukupnya
  • daun sup dan daun bawang - dihiris
  • 1 cawan bawang goreng
  • 20 ulas bawang merah*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 sb ketumbar biji*-disangar
  • 2 sk jintan halus/putih*- disangar
  • 1/2 jari halia*
  • 2 sb kismis*
  • 4 tangkai cili hijau*
  • penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 batang serai - dititik
  • 1sb rempah kari daging>>yg ni tambahan kita yg letak :D resepi asal tak letak ya

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan. >>Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  3. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.
_DSC0489-1_DSC0470
Kali ni buatkan sup jugak sbb budak2 lebih selesa mkn ni dgn sup, kita layan dgn air asam n salad2 ajerr :D

AIR ASAM
Sumber : ARAH

Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat

10 ulasan:

asyifamustaffa berkata...

Tang air asam yg x tahan tu...!
kecur air liur dibuatnya....hehe...

Azian Nd berkata...

Aduiii baru lepas sahur ni...tapi masih dpt rasakan nasi tu memang sedap!

Yani berkata...

Semalam pun akak masak nasi daging tapi guna rempah segera ja.. hihi sonang...

Mas Sani berkata...

tu dia....bukan main sedap baunya harum sungguh smpai ke malaysia hah....hui sbb pose akk tiup balik bau tu ke bangkok semula....pose dik...tahan godaan hehehehe kemain loyer buruk mokcik ni tau.....

Secara jujurnya akk kalo nmpk nasi yg ada lauk pauk dlm tu msti mikir dulu nak mkn ke tidak...nk ke tak nak....last2 mkn juga ler cuma x laju sbb tekak mokcik ni cerewet sikit huhuhu tapi kalo hubby...huiii mmg peberet ler hehehe.....

izahdaut berkata...

wehh terpengaruh hakak dengan nasi ekau ni adik ika wehh.. nyodal datang melangguk kat sini. daging pun dah habis kene bedal semalam. huh balik aa dulu

Unknown berkata...

Assalam Ika,nasi daging memang fav akak...dah lama tak buat sejak dok sini selalu buat nasi biryani jer sebab suami suka mkn biryani.

HALAMANKU berkata...

Salam IKa..hu huhu terliurnyer.. camana ni? nak yang Ika masak.. he he he Ika nampak memang menyelerakan.. memang erma terliur tgk.. erma copy dulu masuk list.. moga2 dapat try weekend ni.. hu hu hu siyes teringin tahap gaban.. he he h tqvm share resepi erma copy..

Asmara berkata...

berseri nampak dengan adanya pinku rousoku tu. hihi..

tun_telani berkata...

tun yg x makan daging ni pun blh terliur nengok..

wah.. ghajinnyer jd volunteer kat library.. eh, ke paksa-rela? hihi..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

laparnya tengok nasi daging tu nak nak pulak dengan air asamnya.. huhuhu