Jumaat, 4 Disember 2009

SALAM KEMBALI

BLUEBERRY CHEESECAKE

SALAM KEMBALI buat semua :-);

Pertama sekali MISSSSSSSSSSSSSSSSSS U OLS SO MCH!!!! :D Sory stobery bluebery ayam mery sbb lama menyepikan diri sian ada yg tanyer khabar kita sihat ke tak, pd mulanyer mmg lah tak sihat pastu dah baik dah nii tp si kicit ni demam lah pulak! tak bwk pun g sepital sbb takut! huhuhu.... kalau esok melarat baru bawak g sepital.. PERINGATAN!! n3 kali ni terpanjang dlm sejarah sbb MALAS nak masukkan 1 1 n3 huhuhu.... ni jer lah yg dpt masukkan tak larat ucu nak main donlod2 gmbr yg sememnganyer lembap semacam ni :D.. menu dr atas sampai ke no 3 td ni buat sampai ketat perut! huhuhu... Untuk menu kat atas ni BLUEBERRY CHEESECAKE dr NURE @ MyR mmg dah biasa buat memula buat ciskek ni lembik dia tak mo keras masukkan dlm sejuk beku upernyer! barulah dia keras pas tu kali ke 2 buat barulah ok tapi tuan umah ni sengal ala2 masih konpius lagi kita g guna loyang besor! tu yg nipis jerrr tuuuu huhu... tak pelah asal sedap! betul mmg sedap kita sukeeeeeee sgt dgn ciskek mcm ni :-) Untuk resepi mintak izin n halal tuk sharejkan pulak kat sini.. oopsss, sblm terlupa dpt ilham nak buat ni sbb tgk umah KAK ITA kat jepun sana tu terus dr tu mcm tak leh nak tidur nyenyak jerrr ekekeke.... jom tengok resepinyer! Tenkiuuuu !! NOTA SIKIT>> SAPA2 yg nak buat leh g terus kat link tu tgk komen2 kat sana mungkin boleh membantu ;-)

BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan-bahan ( 5org )

  • 24 kpg biskut (tanpa krim kat tengah)>>YG NI KITA GUNA DISGESTIVE mmg sedap!
  • 50g non-salt butter (dicairkan)
BAHAN A>>
  • 200g blueberry (dlm tin pon bole)
  • 30g gula, 2 sudu teh perahan lemon, 1/4 cwn air
Bhn dpukul bersama
  • 120g creamcheese
  • 30g gula halus
  • 70cc (atau ml) plain yogurt>>BOLEH GANTIKAN DGN BLUEBERRY YOGURT mcm kita :D
  • Whipping Cream sikit kasi lemak :D kita tambah :D
  • Air Perahan Lemon
BAHAN B
  • 2 sudu teh serbuk gelatin dan 2 sudu besar air>>nak dptkan gelatin halal leh g SINI

Cara-cara

  1. biskut dihancurkn. Kalo mahu mudah boleh guna pengisar. Kemudian masukkan non-salt butter yg telah dicairkan kedlm biskut yg telah hancur tadi.
  2. gaul rata biskut dan butter.Pindahkn ke dlm acuan kek. Tekan dgn tapak tgn supaya biskut td rata ke seluruh bekas. Tutup dgn wrapping paper dan masukkan dlm peti ais(bukan yg sejuk beku).
  3. Bhn A dimasukkan kedlm periuk dan dipanaskn sebentar.Seelok2 nya sampai pekat sikit. Setelah itu dibiarkn sejuk.
  4. bhn B: gelatin dicairkn dlm air. Ketepikan.
  5. dlm bekas yg lain, campurkn gula halus dgn cream cheese. pukul sampai lembut.
  6. masukkan yogurt. Kacau rata.
  7. 1/3 blueberry yg telah disediakan pd awal td dimasukkn dlm adunan. kacau rata. Kemudian masukkn separuh dr gelatin yg telah larut td. (jika gelatin berketul, panaskn dlm 1minit dlm oven) .Rasa sedikit bancuhan.Kalau perlu nk tambah jus lemon pon ok.
  8. curahkn adunan dlm bekas yg berisi biskut td.bekukan dlm peti ais( tempat sejuk beku). Bila dh beku, ikut step seterusnya.
  9. baki blueberry dicampurkn dgn baki gelatin, kacau rata. Tuangkn diatas lapisan pertama yg dh beku td.
  10. lepas diratakn keseluruh bekas, sejuk beku kn sampai la kek ni betul2 keras. Lepas tu boleh la dimkn masa sejuk2.
  11. tips: ms nk kuarkn kek ni dr bekas kdg2 susah skit. Kalo nk senang, tekapkn bekas kek dgn kain(atau tuala kecil) basah yg telah dipanaskn dlm oven sebentar. Kemudian baru keluarkn kek.



Jom ambik sepotong sorang ;-)




MINI SOSEJ ROLL

MINI SOSEJ ROLL WIF CHEESE!


Untuk resepi yg ni kebetulan pulak td g umah KAK HANA pun ada roti niii! tp kali ni guna doh KAK TULIP @ MyR SEBAB mcm kak hana jugak GERAMMMMMM tengok roti KAK YATIE yg gebussssss tu TAPI mmg lembut tau! kita suke!!! kedut2 kurang sikit sbb panas2 lagi masa kena posing roti2 tu :D roti ni jer kita abis 2 ketul :D.. Untuk Resepi ambik kat umah KAK YATIE ngeeeee...malas pulak nak masuk MyR nak carik2 resepi sbb lmbt :D tenkiuuuu both of u!! KAK TULIP!! misss u so mch!! ;-)


BASIC DOH @ KAK TULIP MyR

  • 500gm tepung high protein
  • 90gm gula halus
  • 4sb susu tepung
  • 1/2 st garam
  • 1 sudu besar bread improver
  • 1 sudu besar bread softener
  • 1 paket yis (11grms) mauripan
  • 2 biji telur
  • 3 sb butter
  • 150-200ml air / air secukupnya .. adjust sendiri yer .. masukkan air sedikit2 masa mnguli doh ..
  • 1sudu besar gluten/ wheat gluten ...
  • inti - sambal ikan bilis / sosej / or apa2 aje




Bila tengok rasa nak ngap lagi jerr! huhuhu... budak2 pun suke! :-)


Cara-cara

1. Masukkan semua bhn kecuali air kedlm mangkuk mixer dan gaul


2. Masukkan air sedikit2 sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jgn masukkan terus semua air ) . Uli sehingga 20 minit .. lebih skit pun x per


3. Bila doh dah licin keluarkan doh dan bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yg dikehendaki.. Loyang pembakar disapukan dengan hanya sedikit butter n tepung gandum


note : untuk bun 25gm /ea ..utk mini sosej 25 grm gak .. n utk sosej ala2 lipan tuh 50grms .. (perghh apa punya bahasa la nih) .. untuk step nih x yah penaik kan doh .. terus ngan upacara potong memotong n timbang menimbang ..

4.Dah siap masukan inti baru ler panaik kan doh sehingga sekali ganda .. 1jam / lebih .. note : bagi proses menaik kan doh ni ..k.yati masukkan tray yg dah diisi ngan doh tuh dlm beg plastik yg besar dan ikat kat hujung nya ..

5. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit .. api atas bawah ..
note .. kalu tgk bahagian atas dh agak perang boleh padam kan api atas dan bakar dgn api bawah shj .. ini bagi mengelakan roti bahagian bawah tidak masak sepenuhnya.. (bakar dlm oven kt rak paling bawah )

6. Dah siap ..masa bun masih panas terus sapukan butter ke atas permukaan nya ..




ANPAN DONUT



Doh yg sama kat atas tu CUMA yg ni kena goreng roti ni pemes dkalangan org2 jepun carik jer kat kedai bakery dia org mesti ada anpan donut ni ;-) yg BERANTU makan roti ni NINJA tu huhuhu tp td cuma buat 2 ketul jer seketul kita dah makan ekekeke... tak pe dia nak diet tak leh mkn byk2 :D alasan isteri yg tamak! tapi mmg sedap! i likeeeeeeeee it!!!! ;-) masukkan inti kacang merah jerrr tipah tertipu!! pastu goreng ya nak goreng dgn breadcrumbs pun sodap! tp td ni KEMALASAN dan KEPENATAN :D

ngap! alhamdulillah kenyang :D





CHOC CHIP LOVE SHAPE BREAD


Sama juga guna doh kat atas tu ekekeke... tertipu lg ya? hihihi... kali ni barulah tak termuntah keluar roti2 ku itew mcm sebelum ni buat ekekeke... tp tang nak potong tu tak sabo! panas2 dah kena korban dah tu yg cekelat nyer terlekat2 tuuuu.. sapa kisah sbb masuk mulut :D yg dah habis sekelip mata bila abang balik sekolah td huh! lapor sgtlah tu.. sedap tau! lembut nmpknyer dah jatuh cinta dgn resepi KAK TULIP dgn MAMAFAMI, tenkiuuuuu buat kekanda2 ku yg tak kedekut ilmu meroti :-)..


LAUK PAUK

Haaa!!
Setelah sekian lama terngences ngences dgn menu mcm ni bila ROSS aka ONIGIRI beritahu kat FB lauk nyer beberapa hari yg lepas ada SAMBAL BELACAN??? huh! kita bukannyer apa malas nak buat lauk2 mcm ni ginilah jdnyer MAKAN TAK HENGAT PERUT DAH KETAT! dgn rotinyer td ciskek td huh! esok kena puasa ekekeke.... Alhamdulillah hari ni melantak sakan setelah lama tak de mood nak makan2 sgt :D berselera jerr rasa hari niii tak leh repeat ni sbb td dah tambah nasik hihihi... mlm ni kita makan belen2 roti yg dah nak habes! :D


KEROPOK LEKOR PERANTAU


Resepi dr MINAMI san @ MyR, mmg sedap kaya dgn rasa ikan :D guna ikan saba jer sbb malas nak kopek2 daging dia itu pun semalam mcm dah mabuk bau ikan saba ni huh! basuh dgn lime pun masih hanyir jari2 ku ini.. huhuhu..... dah 2 kali buat termasuk semalam ni lah guna resepi ni next time nak guna resepi JIYA PENGEMBALA KAMBEN pulak hihihi.... yg jiya punyer pun dah buat 2 2 sedap! ;-) sabo ya jiya sok lusa tulat buat lagi guna resepi NENEK jiya :D.. Tenkiu Minami san! Mintak izin juga resepinyer share kat sini ya :-) tq! baru perasan dah habes goreng pastu makan dgn nikmatnyer terlupa nak snap gmbr lepas goreng! ekekeke... yg kat atas ni lepas rebus huhuhu....

KEROPOK LEKOR

Bahan-bahan ( 15 batang(15 cm) )

  • 2 ekor ikan kembung/selayang(panjang 30 cm)
  • 100 gm tepung "warabi mochi ko" = tepung sagu
  • 30 gm tepung "katakuri ko" = tepung kanji
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit ajinomoto
  • ***utk sos:***
  • 3 sudu besar cili blend
  • sedikit gula melaka
  • 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
  • 2/3 cawan air

Cara-cara

  1. Ikan
    Bersihkan ikan.
  2. Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
  3. Isi-ikan
    Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
  4. Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
  5. Masukkan garam dan ajinomoto.
  6. Lekor
    Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung "katakuri ko" di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
  7. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan keropok setelah air mendidih.
  8. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
  9. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
  10. utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.



HALF PIZZA VEGE n CHICKEN wif BOLOGNESE SAUCE TOPPING


Pizza ni sah2 mmg dah masuk dlm BANGKOK DIRTY WATER ikikiki...... BENTOU atau BEKAL si kakak pizza! terpaksalah bgn kul 3.30pg menguli pizza pastu sambung tido balik pastu bangun2 doh dah naik tggl lah letak topping apa sume :D, dia punyer sos guna lebihan buat spaghatthi sebelumnyer yg tak habes hihihi..jimat! TAPI mmg sedap! untuk DOH PIZZA kita ambik dr MINAMI san@ MyR juga tenkiuuu Minami san!! sajer lenyek nipis2 sikit tp ttp lembut ;-).. Mintak ijin juga ya resepinyer share kat sini :-)

PIZZA AYAM atau ikut suke nak letak apa ya

Bahan-bahan ( 1 keping pizza saiz L )

  • 200 gm tepung roti
  • 1 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 125 ml air
  • 1 sudu butter
  • 1 sudu susu tepung
  • bhn2 utk topping
  • ** 2 keping dada ayam
  • ** 2 ulas bawang putih
  • ** serbuk lada sulah
  • ** mayonis
  • ** sos cili dan sos tomato
  • ** cheese
  • ** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
  • ** black pepper

Cara-cara

  1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
  2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
  3. utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.
  4. Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
  5. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!


I love vege! chic tuk budak2 :-)




MINI COFFE BUN @ MAMAFAMI


Roti kopi ni nmpk kat umah MAMAFAMI yg pemes buat2 roti dan kek dan sekut dan masak2 :D, SEDAP! sepatutnyer roti ni DILARANG MAKAN bg BUDAK2 yg ada kat umah ni sbb NINJA tu tak bg budak2 makan benda2 yg berasaskan kopi tp semnalam ni tak sampai hati pulak! bg jugak byk lah pulak tu dia org makan! hihihi.... sedap dan lembut sbb menggunakan WATER ROUX kot! last makan untuk budak2 yg ada kat umah ni sbb mmg tak penah bg dia org makan2 atau minum2 kopi niii..perasa kopi pun tak penah bg tau! kita pun tak tahu sbb dah terbiasa dgr kata tak elok tuk budak2 kecik huhuhu... ok okj resepi ni sekali lagi berjaya dceduk dr umah KANAZAWA yg penuh dgn menu2 yg mengancam hihihi... HALALA n IZIN juga resepinyer ya MAMA n KAK HANA dsharekan kat sini pulak! sayangggggggggggg sume org! :D tp nak bg dah habes lah :D..

COFFE BUN


Ingredients
:
190 g high protein flour (I used multipurpose flour)
50 g sugar

2 g salt

6 g instant dried yeast

1/2 teaspoon bread improver

1 egg yolk
50 g fresh milk

12 g instant coffee (I mixed 2g nescafe granules with 10g hot water)

60 g
water roux
1/2 teaspoon cappuchino coffee emulco (I added)
30 g butter

Method : (Breadmaker method)
1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in instant coffee, salt, sugar, egg and water roux.

2. Top it with sifted flour, dry yeast and bread improver.

3. Set the Breadmaker to Dough function.

4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough 35g portion each. Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.

6. Let the air out of the dough and make into round balls again. Arrange in the prepared tin.

7. Leave to proof till double the size.

8. Bake in a preheated oven at 180 C for 25 minutes or so.
9. Once out of the oven, brush with butter.


*terkezut mmula tgk 12g coffee tuh! ghupernyer aku salah tgk! 12g instant coffee daaaa! hahaha... tp aku xde instant so aku ltk cume 5g serbuk coffee + 1 sudu serbuk koko + bancuh dgn 1sudu air panas. tk pahit! sesedap bau,warna dan rasa! ataupon korang leh tiru cam
mamafami buat. (2g serbuk coffee + 10g susu tepung) kan ma kan? sori klu silap! >>Ikut style kak hana :D

see! kedut2 kan! ekekeke...kita pun suke roti kedut2 niii leh tarik2 gitu! :D

Buat kicit2 jer :D


WATER ROUX

WATER ROUX
Ingredients

50g flour
250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.


CUCUR BADAK LABU

Haaaa! yg ni pun menu dah jd baja asli :D, Idea dr KAK AS NZ tenkiu kak! Ceduk dr umah KAK HANA sbb malas nak masuk MyR jugak! ekekeke.... KAK HANA!! sowi ya asyik keja selongkar dapur akak jerr huhuhu.... SEDAP! tak leh nak kata apa lagi mmgnyer LABU2 ni SEDAP! tp sbnrnyer ni yg kali ke 2 buat 1st buat baling org boleh benjol dahi! ekekke... biarlah rahsia :D Mintak ijin ya buk resepinyer :-).. tenkiu!!

CUCUR BADAK LABU

Bahan-bahan
  • 1 kg labu
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan gula & sedikit air
  • Minyak masak utk menggoreng
Cara-cara
  1. Bersihkan labu, buang kulitnya dan rebus hingga empuk
  2. Toskan airnya dan taburkan sedikit garam
  3. Lenyek sampai hancur sementara labu masih panas
  4. Biarkan hingga labu betul2 sejuk
  5. Setelah labu sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga rata
  6. Buat bentuk bulat & seperti gelang dan goreng, jaga api jgn terlalu kuat..
  7. :: Tip, sapukan sedikit minyak ditapak tangan supaya doh tidak melekat
  8. Setelah siap digoreng, ketepikan.. masak gula dgn air dalam kuali lain.
  9. Didihkan gula hingga pekat dan kacau rata, setelah agak likat masukkan kuih yg telah digoreng tadi,gaul rata & pantas.. pastikan semua terkena gula..
  10. Siap utk dihidang.

Sedap! ;-) leh buat lg!

INSYAALLAH KLAU MALAM FREE KITA G JALAN2 YA ;-) N3 akan menyusul TAHUN DEPAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU BUAT SEMUA!! KALAU RAJIN ada lah N3 TAK PUN SAPA2 YG RINDU LEH G JENGUK KITA KAT FB sbb mmg ada kat situ ekekeke....

3 ulasan:

Watierman berkata...

Ikaaaaaa nak roti......malas nak uli ni.....n3 terpanjang untuk tahun 2009.....macam hikayat 1001 malam.....!!

indahhouse berkata...

ceskek - saya amik sepotong ya
mini sosej roll- cheese tu mencairkan hati
anpan donut - tak penah dgar, macam roti goreng tak?
choc chip bread - waaa! tipah tertipu!
nasi, ulam segala - aduh, ketat perut ni..
keropok lekor - huhu. lapar!
pizza - rajinnya kak ika menguli. buat bentou kak?
roti kopi - first time tgok water roux
cucur badak - nampak cedap, kak
Selamat taun baru! ;)

may Ng berkata...

Manakah dapat beli coffee emulco? Supermarket?