ads/iklan

Sabtu, 19 Disember 2009

Kek Batik Coklat


KEK BATIK COKLAT

Salam dpagi sabtu buat semua :-),

Hari ni ada kesibukan sikit al maklumlah weekend2 mcm ni byk kerja yg nak dbuat kerja nak berjalan hihihi.... Kek batik coklat ni buat mlm td kul 11mlm senang hati dan aman damai bila buat kerja tgh2 malam ni cumanyer ngantuk dgn tak ngantuk jer lah itu jerrr :D Nmpk kat umah IJAN finland kek ni cantek sungguh! mcm kat hotel jerrr dia punyer potong pun licin jerrr tak mcm kita eheheh... nak potong bila tiba bawah boleh terpecah pulak! huhuhu... geram pun ada :D TAPI rasa dia mmg sedap jan! tenkiu ya Ijan resepi mcm ni tak pernah buat dulu sbb lain dr yg lain cuma kita letak milo sikit kacang suka ati nak byk mana mmg sedap! eeeee....sedap betul! dan mungkin yg jd kek batik ni moden dan sedap sbb guna coklat makan2 tuuu tu yg sedap tuuu susu pun kurangkan sbb kita tahu coklat makan ni mmg manis sikit.. Mintak halal ya ijan resepinyer tq!! :-) nak tengok versi asal dr tuan resepi leh g kat UMAH IJAN mmg cantek ;-)!



FooD

KEK BATIK COKLAT

Resipi Kek Batik Coklat
  • 200 gm digestive biscuits atau biskut marie
  • 100 gm butter
  • 250-300 gm milk chocolate
  • 200 gm / 1/2 tin susu pekat manis
  • 80 gm kacang pistachio (boleh guna kacang lain juga)
  • 80 gm badam yg dibakar
  • 80 gm walnut yang dibakar
  • Milo>>kita letak hihihi
Cara2>>
  1. Cairkan coklat, butter dan susu pekat manis secara kaedah double boiling. Kacau semua hingga cair dan sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, patah-patahkan digestive biscuits dan campurkan dengan kacang-kacang tadi.
  3. Bila campuran coklat-butter-susu dah siap, tuangkan ke dalam mangkuk yang mengandungi biskut dan kacang.
  4. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
  5. Sejukkan kek batik coklat dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga keras dan mudah di potong :)



Letak kacang byk2 sedap! :D

7 ulasan:

Sheila Shafeareen berkata...

Salam selmat pg wah kek batik menarik tetarik..sy kat cini buat ambik tepahan baru je buat mlm td htukah htaran org,,dgg grg basah npk sdp nyamm nyam

hana berkata...

haipppppppppppppp!!! nih yg tk bley tahan nihh!! mintakkkkkkkkkk!

indahhouse berkata...

Salam Ika,
Memang tak tahan tengok cekelat tu...!
Uwa..! bila la nak gi beli coklat bar ni? huhu.
nak mintak sekeping dulu bole?

MamaFaMi berkata...

Alamak...daku telah tirrrrguda!

ieda berkata...

menariknya kek batik nieh dik
terliur akak .. ngaper lah aku x pandai buek .. huhuhuh

Tanpa Nama berkata...

Dah cantik dah tue Ika... kacang pun banyak je tuh nampak. Best kan letak kacang banyak2 ni.. :)

sonata anak kancil berkata...

sedap! sy tak buat...tapi adik rajin hantar! lagipun agak manis...kalau buat, terbanyak...dah tak sape nak makan...