ads/iklan

Sabtu, 5 Disember 2009

Som Tam

SOM TAM

Salam sabtu n hari minggu buat semua ;-),

Hari ni besday raja thailand yg tersangat baiknyer.. ntahlah sejak duk kat sini suke tgk muke king thai ni mmg baik hati dan rakyat dia org pun hormat kat king of thai ni tak kira agama :-), sedih bila dgr keadaanyer yg dah uzur ramai yg tangisi nyer bila dgr king ni masuk sepital kdg tu tersentuh tiba2 bila kuar kat tv ke apa ke ntahlah tersgt baik dan tak sombong serta mmg mesra rakyat, harapan juga sebagai ank mesia mengharapkan semua sultan2 kat mesia berhati mulia mcm king thai kat sini :-).. suke tolong org ssh itu yg penting dan kalau tengok betul2 king of thai ni tak pernah tggl kamera dia bila g kampung2 mana ada carpet merah sume itu lah yg baiknyer ttg raja kat negara gajah ni :-) bebel2 sempena hari jadi nyer yg ke 82nd.. dan kalau nak tengok mcm mana dia org meraikannyer mcm mana hormatnyer rakyat pd raja yg baik hati ni leh g kat SINI.

Untuk resepi som tam ni kita dpt dr kwn thai kita yg mmg terrer buat som tam ni tp tu lah dia main agak2 jer td ni kita cuba buat ikut sukatan yg kita dah edit lebih kurang, sedap! cuba lah mana2 yg nak tahu rasa asli som tam made in thai ;-) byk jenis som tam tp yg ni yg ori kalau kat sini bila tgk menu2 dia org biasa dia org letak ketam itam yg kecik2 tuuuu mentah2 eeeuuuwwwwww!! hihiih... hari ni kita makan som tam ni jerr sbb semalam dh makan sakan sampai sakit perut! ekekeke....sbnrnyer tak penah makan som tam kat luar lagi jdnyer tak taulah rasa dia mcm mana TAPI kita dah rasa bila kwn thai kita ni buatkn masa dtg ke sini skrg jarang jumpa dah sbb masing2 sibuk :D.. pdhal satu jalan jerr nak ke kondo tempat dia tggl hihihi.. hari ni tak jalan kuar kot esok baru belanja! huhuhu...

SOM TAM

Bahan2>>

  • 100g BEtik Muda lepas dsagat
  • 4 biji Bawang Putih yg kecik2 sikit
  • Cili Padi 10 biji atau lebih atau kurang mana yg tak tahan pedas
  • Udang Kering Segenggam nak lebih pun boleh
  • 1 sb atau lebih sos ikan
  • 1sb Air Asam Jawa
  • 1/2 sb gula atau lebih
  • 1 biji lime perah pastikan biji tak termasuk sbb pahit!
  • 5 biji Tomato ceri belah 2
  • Kacang tanah yg dsangan banyak2!!! sedap! :D

Ajinomoto mana yg suke, kita tak letak sbb tak de :D


Cara2>>

oleh kerana kita tak de bekas lesung besor tu tuk buat som tam kita guna lesung bawak dr mesia jerrr ekekek... kalau guna lesung kecik tu tumbuk lada dgn bwg putih jgn hancur sgt, masukkan udang kering tumbuk2 sekejap pas tu masukkan pula gula, sos ikan, air asam jawa dgn perahan 1 biji lime td.. tumbuk2 sambil dkacau dgn sudu, perasakan masam pedas dan manis sikit ikut selera masing2, masukkan tomato dan yg dbelah 2 td serta kacang tanah sedikit tumbuk2 sekejap pastu pindahkan ke mangkuk yg lebih besar masukkan betik yg dsagat td, tumbuk dan gaul2 mcm nak buat rojak tuu, agak2 dah sebati rasa sekali lg kalau kureng tambah apa2 yg patut masukkan lebihan kacang tanah! siap!



silalah jgn malu2 sediakan air byk2 :D

3 ulasan:

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Ehh..bday king tu ari ni ke? Ari ni pun bday akak..
Sedap somtam..suka makan tp kalau tak letak air limau boleh tak?

ijayuji berkata...

Salam kak, ehehe..besday king tu hari ni dlu masa nak caesar nak pilih sama ada sama dgn besday king tu ke idak ehehe... tp akhirnyer buat keputusan 7hb 12 :D.. air limau boleh jer lebihkan air asam jawa :D sbb som tum dia masam2 mcm kerabu jugak :-)

indahhouse berkata...

salam kak ika,
dah meleleh air liur tgok som tam tu kak... :)