Rabu, 12 September 2012

Kuih Lapis Tradisi

_DSC0596
KUIH LAPIS TRADISI

Assalamualaikum wbt semua :-)),

Apa khabar yg di sana semuanya?? Sihat tak? Gembira tak? Kita kat sini mcm ni lerrr kalau tgh musim, mood turun betull dr semalam nii, apa pun ttp ceria kena senyum2 selalu sebagai penyeri muka n awet muda ececece...

Buat kuih ni dah 2 kali sbb dah jumpa resepi yg mcm org dulu2 buat kuih lapis, sedappp! suke rasanya yg asli gini. Jumpa resepi ni masa gugel nak carik kuih lapis tradisional, jumpa blog kak an periuk tanah :D bahan2 dia senang n mudah, suke lerr sgtt2 ehehehe... Buat tuan punyer resepi minta izin n halal kembali resepinya utk dikongsikan kat sini :-)) Terima kasih! Buat semua pengunjung arah dan yg sewaktu dengannya, terima kasih juga setiap kunjungannya, insyaAllah buat kunjung balas bile free, salam bertemu kembali :-)

KUIH LAPIS TRADISI
Resepi Asal : KAK AN, PERIUK TANAH

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)>>kita lebihkan sikit
  • 2 sudu besar tepung gandum>>yg ni kita kurangkan sikit
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
  • 1/4 sud teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa ros
_DSC0608-1
Mendung jer kat luar, serba tak kena nak ambik gmbr :D silalah tarik layer demi layer klu nak menikmatinya ^____^

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis seperti kat gambar tu... budak-budak paling suka bab ni..

19 ulasan:

Marsita yahya berkata...

emm, sedap nyer kuih lapis tu...

Jun berkata...

ika...lama akak x buat kue lapis..peminat kue ni dah g belajar, huhu

Mas berkata...

teringat lama tak melapis...
sedapnya kuih lapis...
kak mas suka....

zila norazila berkata...

ingat akk masa kecik2..makan sekeping2..h ehhee macamnielah rupanya..kan dan camnielah colornya..alahaiii rindu nkmakan jgk..:)

Asmara berkata...

ahkak pun suka kalau makan kuih lapis ni tarik satu2. heaven gitu. hehe..

ummiakid-lily berkata...

cantik lapisannye...kalau makan suke kolek selai²...nikmat rasa. Dulu arwah mak suke buat kueh ni...

Rohah berkata...

cantek, cantek...teringat pulak 1st time melapis..lembik semacam..tong sampah yg jawab!!..hehe

izahdaut berkata...

morning ikaaaaaaaaaaaa
haaa suke jugak kuih tradisi gini.. yang rasa mcm kuih makcik kantin masa sekolah2 rendah dul. heheheh.. kuih muih gitu la yang tekak akak sukeeeee

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

ai loike babe
if tgk kuih lapis sure teringat teriuk terbakaq gara2 nak buat kuih lapis ni...sedap!! lama x buat ngeee

rahel berkata...

cantik dan kemas jer kuih lapis tradisi ni..suka tengok..tapi lg sukaklu dapat ngap..hehe..

Chik Mimi berkata...

sedapnya kue umah flat ni ijah ,lama akak tak mengukus kue2 ni

Cheq Sue berkata...

aduhhh... puasa... tengok sambil tutup mata...aci tak gitu?

Ummi berkata...

Assalam Ika cayang...sedapnya kuih lapis...akak dah lama x buat, dah lama x makan...apa kata bg kat akak setengah loyang...tradisi punya lapisan, punya warna...i liiikkkee... ^__^

JaSSNaNi berkata...

ermmm.. perfect... mmg kelas gitu.. menjadi betul kuih lapis ni...

cikmanggis berkata...

Iyaahhh..Iyaahhhh...hehe nak naikkan semangat ika ..maaf le lama tak berjalan-jalan kedapur ika ni..sibuk memanjang..sakit lutut tak boleh jalan jauh hehe.

Makcik nak buat jugaklah kuih lapis orang lama ni..orang lama cam makcik mmg suka makan kuih seperti ini...tapi..minta sepotong ya...nah test dulu:)

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Ika..

mmg tradisi sungguh kuih ni.. Masa kecik2, bila makan kuih ni, akk suka buka lapisan demi lapisannya..hihiii... Kalau di kg akak, kami panggil kuih ni kuih genggang..

Adilah Manaf Celik Vitamin berkata...

Wah, kuih ni saya suka.

Kajian 3 Tahun Tentang ESP Shaklee, Hasilnya Memang Mengejutkan!

Ismail Said berkata...

Rindunya sy kat kuih lapis yg boleh tarik sekeping niii..sekarang ramai yg suka buat cincai2,tak boleh tarik sekeping2...tq kak. Harap yg ini aromanya jg mampu mengamit kenangan..

Ismail Said berkata...

Rindunya sy kat kuih lapis yg boleh tarik sekeping niii..sekarang ramai yg suka buat cincai2,tak boleh tarik sekeping2...tq kak. Harap yg ini aromanya jg mampu mengamit kenangan..