Ahad, 16 September 2012

Puding Tauhu With Nata de Coco

_DSC0465-2
PUDING TAUHU

Assalamualaikum wbt semua!! :-))

Salam minggu semuanya :D.. menyepikan diri beberapa hari ni sbb projek mega kita tu lerrr hihihi.... ok ok, tak leh bebel lama2 sbb hari ni nak jumpa pakwe korea semalam baru sampai kat bangkok ececece... sapa dia??? biarlah rahsia ehehe... geram jer kan kalau bg jawapan mcm tu, kalau dekat mmg dah kena sekeh2 jer kan hihihi...

Menu ni dah lama buat :D Suke dgn puding nii, kita suke puding2 yg berkuah n tak berapa berat sgt nak makan maksudnya bukan coklat :D Mekaseh buat kakak secubit garam atas resepinya. salin lagi kat sini versi gram ^____^ minta izin n halal ya kak resepinya n buat semua pengunjung selamat berhujung minggu n beristirehat! TErima kasih juga dgn kunjungannya :-)


PUDING TAUHU
Resepi Asal : KAK NOR SECUBIT GARAM

Bahan:

utk puding:

  • 1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
  • 6 1/2 cawan air
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan

utk kuah:
  • 1 tin laici
  • 1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
  • 3 - 4 sudu besar gula

_DSC0462

Cara2:

utk buat puding:

  • Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
  • Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
  • Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
  • Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
  • Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

Utk kuah:
  • Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
  • Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
  • Biarkan sejuk
  • Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
  • Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
  • Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

10 ulasan:

Rohah berkata...

naklah sikit...menjak2 ni ramai tayang puding yang mengiurkan,akak pun asyik nk makan je mende2 gini..bukannya ada mende apa, cuma kemaruk pulak kat jelly2 bila masuk Syawal..

Marsita yahya berkata...

Salam dik, emm pagi-pagi dah tayang dessert ni nak lah cikit...akak baru lepas kukus kek cokelat ngan buat kuih tako. Nanti kita tayang pulak miunggu depan hi hi..

~~zana@pb~~ berkata...

Assalam ika, favourite akk kalau tauhu ni.....tapi tak berani mencuba sb baru2 ni buat kek puding karamel....hancur n hampa..

Bicara Kak Noor berkata...

kalau puding macam ni mmg sejuk ja masuk mulut tapi sejujurnya akak tk pernah buat puding tauhu boleh try nnt ni pasti sedap kan..

Amie berkata...

Nak puding tauhu sebekas tu Ika... tapi bubuh nata de coco lebih-lebih ye...

ibundo berkata...

puas bundo belek bahan tu. mana tauhunya. Memang tak bubuh tauhu ke ataupun mata bundo ni memang kelabu hehe..
anyway, nampak sodap je kat tekak ni..

ibh_sue berkata...

Asslmkum ika.
Tpt akk panas lah. Kena sgt klu mkn puding ni sejuk2.
Tp mls lah nak bwt. Tumpang mkn ika punya ja lah ya. Ngeee ;D

rahel berkata...

Salam tuan rumah....
Sejuk mata memandang puding tauhu ni...tapi lg sejuk kalau dapat satu mug puding tauhu...

sabar dubai berkata...

mo dotte kimashita!!!!

kak ika terliur hokehhhh nasib dah lepas pantang mcm nk buat skg jugakkk jeekkkkkkk.....neway akak sihat ke?

Ummi berkata...

Assalam Ika cayangggg...muaahh muaah dulu...sebab suka tengok kek lapis tu dik Ika weeyy...lawooo..nampak sedap sekali... Di kesempatan ini akak ingin memohon maaf atas sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata/coretan sepanjang akak mengusik2 Ika di sini yeaa... doakan akak dipermudahkan segalanya yeaa...salam sayang dr akak..