ads/iklan

Jumaat, 30 April 2010

Macam2 :D

CHICKEN TAUHU HAMBURGER

Salam kembali buat semua :-),

Haih! lama betul tuan umah g cuti2 hihihi..... Mintak maaf byk2 sgt sbb lepas balik dr japan tu terus demam pastu budak2 naik sekolah, dugaan betul dan waktu yg sama jugak ada meeting ada kinkyu lagi byk betul nak kena buat pheeww! Nak OL mmg tak sempat nak settlekan baggage yg byk tu pun tak larat, tapi skrg ni alhamdulillah sume dah settle cuma meeting ni lah ada lagi minggu depan ni tu yg malas sgt tu.. Org2 baju merah jugak satu hal, sgt2 leceh byk perkara yg kita nak buat tergendala nak beli refill card pun malas campur takut fobia betul nak kuar sbb baju2 merah ni dah semakin ganas jerr ada yg byk pistol sume, itu hari kita thn motosikal teksi tp tak perasan lah yg dia ni pengikut baju merah jugak bila dah naik baru perasan! ya Allah tuhan jer yg tahu perasaan kita masa tu, mcm nak terjun jer dr motor tu, yer la kan, byk musuh yg kita tak tahu kang tak pasal2 kuar peluru sesat yg berdendam ngan baju merah tu, tak ke haru huhuhu... alhamdulillah selamat :-)..

Pd yg tgglkan mesej, yg dtg ke rumah ni,mintakmaaf sekali lagi tak sempat nak buat kunjung balas, insyaAllah malam karang free sbb esok cuti sekolah, cuti kerja jdnyer leh lah meronggeng lama2 sikit ehehe.. pastu sabtunyer nak g belanja barang2 dapur pulak, dan esok jugak besday ninja tu pulak nak buat kek malas betul! Rasanyer buat kek fev dia jer lah mlm ni hihihi... kek paling senang iaitu Blueberry ciskek :D pastu pacaklah lilin :D..

Untuk resepi CHICKEN TAUHU HAMBURGER tu sbnrnyer resepi asal kat umah KAK HANA sana tu, cuma kita ni kena jimat daging terpaksa guna ayam ehehe.... not bad sedap ajer! tp kalau guna daging of kos xtra sedap :D.. Resepi asal kat SINI umah kak hana jugak hihihi... Untuk sos pun ikut yg kat resepi tu jugak ya :D sesekali tukar selera letak tauhu mmg best! Mintak ijin n halal ya kak resepinyer :-) maceh!!

TAUHU HAMBURGER

Bahan-bahan
  • 300g daging cincang
  • 50g taufu lembut
  • 1/2 biji telur - dikocok
  • 2 sudu besar bawang besar cincang
  • serbuk lada sulah dan lada hitam
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak @ butter
  • air (dlm 3 sudu besar) - utk steam
  • Fresh shiitake n Carrot d cincang>> yg ni kita tambah
Bahan Sos
  • 1/4 cawan air
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar syouyu - leh ganti kicap
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara
  • Utk membuat hamburger : Satukan semua bahan2 daging kecuali air utk membuat hamburger. Gaul sebati. Ambil segenggam, bulat2kan seperti bentuk humburger. (agak bolat2 n gemok@tebal dr beger biasa)
  • Panaskan sedikit minyak@butter dalam kuali. Seeloknyer guna kuali non-stick. masukkan hamburger dan balik2kan sehingga 3/4 masak.
  • Masukkan air. dan cepat2 tutup kuali (kaedah nih utk steamkan daging agar masak rata dan daging lembab serta juicy). biarkan sehingga air kering baru matikan api.
  • Utk membuat sos : Satukan semua bahan dalam kuali. Masak dengan api kecil sehingga pekat. Curahkan kuah sos ke atas hamburger.
  • Hidangkan dengan salad pilihan.


SARAWAK GRILLLED CHICKEN WING

SARAWAK GRILLED CHICKEN WING

Yg ni pulak makanan sampingan tuk hari ni ehehe.. dah lama plan sejak along publish n3 ni, tp oleh kerana sibuk dgn persiapan nak g japan terbantutlah segala2nyer :D Jdnyer ayam ni dah lama dperap dah terlebih semalam malam ehehe... rasanyer mmg kaw kaw TAPI kaler dia tak cunlah mcm along punyer huhuhu.. pastu silap masa bakar tu kita tak letak atas rack tu yg tersiat siat kulit dia tu ehehe..sengal punyer org.. Untuk along take care semasa dlm perjalanan pulang ke semenanjung semoga selamat pergi n kembali :-), n mintak izin jugak resepinyer ya along :-).. Leh g kat umah ALONGROZZ jugak tuk resepinyer. Tenkiuuuu long! Rasanyer KAK HANA pun dah buat leh g sana jugak tuk resepinyer ya :D

SARAWAK GRILLED CHICKEN WINGS

INGREDIENTS:
  • 8 pieces Chicken Wings
  • 2-3" Ginger*
  • 2 cloves Garlic* (* blended)
  • 3 tbsp Chili Paste
  • 1 tsp Freshly Grounded White Pepper
  • 2-3 tbsp Honey
  • 2-3 drops Red Color
  • Salt


METHOD:
1. Marinate wings with all ingredients.
2. Grilled until cooked.


SUP AYAM HADYAI


SUP AYAM HADYAI

Yg ni pulak menu masa tgh demam dah pinish yer hihihi... lama nak mencuba resepi ni akhirnyer dapat buat jugak, rasa lebih kurang jer mcm sup yg kita buat itu hari cuma masam jer beza dia, sup2 ni mmg kegemaran kita haih! rasa nk makan lagi jerrr nak2 tenyeh lah cili api tumbuk atau sambal kicap byk2 mmg bermangkuk mangkuk2 leh kering kuah dia kita hirup ehehe... Resepi asal dr PYHONDA @ MyR, pastu jejaka malaya chef MAT GEBU buat pulak, kita cnp dr umah KAK HANA n boleh tgk kat umah KAK NOR n KAK UMMI.. Mekasehhhhh tuk resepi yg simple n sedap! ;-)

SUP AYAM HADNYAI

Bahan-bahan
  • 800 g ayam, dipotong sederhana besar
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan


Cara-cara
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  2. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja. Jika suka boleh perahkan limau nipis.


PULUT SERUNDING

PULUT SERUNDING

Pulut ni dah biasa org buat tang serunding tu dah biasa guna resepi KAK AS kat MyR.. Kita ni jarang2 b uat srunding sbb tak pandai tp sejak2 dah pandai ni tp tak terrer suke buat stok byk2 nanti nak buat makan lagi tggl reheat jerr, ni lah kerja2 org pemalas ehehe.... letak daging cincang sedap! Untuk resepi serunding tu leh tgk kat MyR dr KAK AS, mekaseh yo kak :D mintak ijin byk2 kali jugak tuk resepinyer :-)..

SERUNDING

Bahan-bahan ( Lebih dari 10 orang makan )
  • Sebiji kelapa di buang kulit ari dan diparut (saya guna kelapa kering 500gm)
  • 300gm daging- di hiris halus
  • 1/2 cawan minyak
  • 1/2 cawan udang kering-di kisar halus
  • *2 labu bawang besar
  • * 3 ulas bawang putih
  • * sehiris lengkuas
  • *1 batang serai
  • *1 inci halia
  • *6 tangkai cili kering - pedas ikut suka
  • * 1/2 cawan ketumbar
  • Kisar bahan *
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Gula & garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 yang di kisar
  2. Setelah naik minyak dan bau masukkan daging
  3. Masukkan garam gula & air asam jawa, setelah daging empuk masukkan kelapa parut @ kelapa kering
  4. Gaul hingga rata dan agak kering, angkat dan sedia di hidang...
  5. * Jika x suka letak daging boleh juga. Guna kelapa sahaja...bahan2 tetap sama.. Selamat mencuba..



Haaa....ni satu lagi kisah sedih lah pd kita huhuhu.... Jam kat atas tuuu baru beli sebab kotak jam yg kat bwh tu jam baru pakai lebih kurang 2 bulan HILANG!!!!! uuuwaaaaaaa!!! sedihnyer sbb yer la kan kita kumpul duit sendirik beli pastu tup2 ilang??? kalau bertahun pakai tak pe baru 2 bulan?? :-( hilang lepas balik dr jumpa kak hana masa kat dlm umah kot! rasanyher budak kecik tu buang dlm tong sampah! wawawawa.... jam kesayagan tu! Tapi yg kat atas ni pun guna duit sendirik jugak, kena jaga betul2 sbb kita dah merosakkan menghilangkan byk jam ehehehe.... tuan umah ni mmg cuai :D... bukan jam tgn ajerrr sume brg rasanyer, nak2 spec kita ni ntah baper kali kita patahkan sbb terpijak terduduk terjatuh dan sbgnyer dgn kecuaian sendirik ehehe....

Citer pasal AWARD pulak malam karang kita angkut AWARD yg dah dbg ya :-).. tunggu kedatagan hamba ya ehehe... Mekaseh sbb sudi bg award ya terharu sgt! kita jer yg tak pandai2 nak buat award ehehe... ok, berjela jugak ya n3 kali ni, mana yg nak baca tu baca lah ya, kalau tak nak baca tgk2 gmbr jer ehehe... nak menggosok laks, insyaALlah malam karang buat kunjung balas, winduuuuuuuuuuuuuuu sgt kat semua org :-)..

4 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
tahniah cat dinding baru. lawa, besar, senang saya nak bergolek2 kat dapur baru ika nih. kihkih.
berderet lauk pauk tu. yg chicken wing amatla menambat hati. :) kesiannya jam hilang. sabar ika, bukan rezki tu. yg baju2 merah tu tak abes ronda bandar? ish ish...
Moga ika n family dalam lindungan Allah jua. take care tau..risau saya.

Treat and Trick berkata...

Salam Ika, kak sihat awak macam mana? Wah bestnya pergi bercuti...rumah pun dah tukar..terang dan lapang..menu semua sedap....

http://treatntrick.blogspot.com

Yat Maria berkata...

salam Ika...waaaaa...miss uuu!!!!!cantek umah baru ni akak sukerrrr...

byk masak2, kita mintak sumerrr sekali k, since dapur dah berasap kan?? he he..

Ika, take care la ya kat sana tu...hati2 selalu..kita doakan Ika sekeluarga selamat sejahtera always, ya..

Unknown berkata...

salam Ika.
bila masuk je, kakchik rasa makin luas ruang bacaan blog Ika ni. mesra mata.
lega kakchik dengar Ika dah sihat dan sudah banyak urusan yg selesai slps balik bercuti. moga-moga segala urusan lain yang masih menanti tu juga akan selesai dgn baik.
kakchik bila dok baca paper pasal org baju merah tu, terus teringat kat Ika. tentu selalu berdebar2 dan kena hati2 bila keluar rumah kan. kakchik doakan Ika dan keluarga sentiasa dilindungi Allah dari mara bahaya.
banyak betul yang Ika masak ya. Best la kalau dapat merasa semua tu.