ads/iklan

Khamis, 8 April 2010

Mee Bandung

MEE BANDUNG

Salam kembali ;-),

Tetiba bdn mcm nak pitam gitu hihihi oppss! bukan ada isi, td ni masa kemas2 sambil main tali skipping, lompat lompat dpt 100 terus nak pitam! hihihi.. lama sgt tak lonjat2 tu pasallah, pastu perut terus mulas mcm tak de selera gitu senang kata ala2 mabuk :D haih! mcm2 bdn ni lah terkejut sgt lah tu sbb lama dah tak main lompat2 hihihi.... Oleh kerana dah plan nak buat mee bandung mmg hari ni nak langsaikan utang buat mee bandung niii :D Suke mee bandung style nii maksudnyer tak de letak kacang, boleh letak tp kita lg suke klu tak de kacang2 :D Biasanyer mmg makan mee bandung ni order dekat restoren akak ipar kita jerr lebih kurang dgn resepi yg kita guna ni cuma cara lain sikit bhn totally same.. Resepi hari ni ambik kat MyR, MEE BANDUNG DAGANG, kena dgn selera kita buat paste dia byk2 kan senang.. nak masak tggl bukak peti ais jerr :D Tp hari ni kita guna mee hoon jerr ehehe mee kuning yilek.. Sedap ajerr! tp mmg kita suke mee hoon tak de masalah lah kalau curah kuah apa sekalipun :D.. Mcm biasa mintak halal n izin ya tuan resepi untuk dpanjangkan kat sini pulak ya mekaseh!! :-)

MEE BANDUNG DAGANG

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 500g udang kering segar
  • cili untuk menumis
  • gula pasir
  • bawang merah 10 biji untuk menumis dan 10 biji lagi untuk buat pes
  • bawang putih 3 biji untuk menumis dan 3 biji lagi untuk pes
  • mee kuning 1 peket
  • sotong basah
  • telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
  • Sayur sawi 2 ikat
  • tauhu goreng 5 keping
  • garam
  • air untuk kuah>>Yg ni kita ikut cara akak ipar kita guna air rebusan daging then masukkan paste
  • 5 biji tomato segar
  • minyak untuk menumis
  • daging (optional)
  • Bawang goreng


Mee mcm biasalah, tertimbusss dgn sayur mayur yg bykk tuuu ya hihihi.. MEE HOON ya :D

Cara-cara

  1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
  2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
  3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
  4. Cuci mee kuning dan toskan
  5. Potong sayur sawi dan tomato
  6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
  7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
  8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
  9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan minyak ,tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
  10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
  11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
  12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam, bawang goreng dan rasa secukup rasa.
  13. Tomato dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
  14. Makan semasa panas
  15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

1 ulasan:

Unknown berkata...

tibe2...LAPOOOOOOO....